Permohonan Kad Debit Pelajar 2019 Online (KADS1M)

Perhatian buat pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia. Tahukah anda bila tarikh untuk membuat permohonan Kad Debit Pelajar Bank Rakyat (BPPT) tahun 2019? Untuk makluman, Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi telah menggantikan baucar buku 1Malaysia mulai tahun 2017. Bagi tahun 2019, Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan pada 24 Februari 2019 bahawa BPPT akan diteruskan pada tahun ini.

Untuk makluman anda, Kementerian Pendidikan telah mengumumkan maklumat lanjut mengenai perincian pelaksanaan BPPT 2019 seperti pautan pendaftaran dan semakan status dalam masa terdekat. Sebagai rujukan, pada tahun lepas, semakan status pembayaran untuk pemegang KADS1M sediada boleh disemak bermula 15 Mac 2018. Penuntut yang telah menerima KADS1M tidak perlu membuat permohonan baharu.

MAKLUMAT TERKINI BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI (BPPT) 2019

1. Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) telah meluluskan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) berjumlah RM100 bagi tahun 2019 untuk setiap pelajar IPT yang berwarganegara Malaysia.
2. BPPT akan disalurkan pada penghujung bulan Mac menggunakan mekanisme sedia ada iaitu kad debit Bank Rakyat, yang merupakan penambahbaikan daripada sistem baucar buku yang dulu.
3. Dengan peruntukkan sebanyak RM120 Juta, BPPT dijangka akan memanfaatkan 1.2 juta pelajar berdasarkan pangkalan data lama, sekaligus mengurangkan beban kewangan pelajar di IPT.
Nota : Perincian pelaksanaan BPPT 2019 dan kriteria kelayakan penerima akan diumumkan Kementerian Pendidikan

 

Permohonan Kad Debit Pelajar 2019 Online (BPPT)

Seperti diketahui umum, Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diwujudkan untuk membantu meringankan perbelanjaan siswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta di seluruh negara. Bagi tahun 2019, jumlah bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM 100.

Berikut adalah maklumat mengenai Semakan Permohonan Kad Debit Pelajar Bank Rakyat (BPPT) meliputi Kriteria Kelayakan, Kadar Bayaran dan Cara Semakan Kelayakan BPPT bagi tahun 2019 sebagai panduan semua.

Kriteria Kelayakan Permohonan BPPT 2019

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa atau separuh masa pada tarikh 31 Disember 2017 di institusi pendidikan di Malaysia seperti berikut:-
    • a) Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional, Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, International Baccalaureate Diploma, Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda dan setaraf, Sarjana dan setaraf, Doktor Falsafah dan setaraf, serta kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia; atau
    • b) IPT di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akta yang berkuatkuasa; atau
    • c) Mendapat pertimbangan daripada YB Menteri Pendidikan berdasarkan kriteria / syarat kelayakan seperti di atas.

Kadar Bayaran BPPT 2019

Setiap Pelajar yang layak akan menerima BPPT berjumlah RM 100.

Cara Semakan Kelayakan Dan Permohonan Baru BPPT 2019

Bantuan RM100 BPPT akan disalurkan secara berperingkat kepada pemohon yang layak mulai 28 Mac 2019.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN BAHARU BPPT 2019 DAN SEMAKAN KELAYAKAN

Pelajar boleh menyemak status kelayakan dan mengisi borang permohonan secara atas talian di portal Bank Rakyat atau di pautan http://www.bankrakyat.com.my/bppt
PERKARAPELAJAR SEDIA ADA (TELAH MEMILIKI KAD)PELAJAR BARU (TIADA KAD) / AKAUN TELAH DITUTUP
Tempoh Semakan Kelayakan
28 Mac 2019 – 28 April 2019
28 Mac 2019 – 28 April 2019
*Tempoh Pengemaskinian Data sekiranya status “TIADA REKOD”
28 Mac 2019 – 28 April 2019
28 Mac 2019 – 28 April 2019
Tempoh Permohonan bagi pelajar “LAYAK”
Tidak perlu memohon / BPPT 2019 akan dikreditkan ke akaun sedia ada
1 April 2019 – 30 April 2019
Tempoh Permohonan bagi pelajar “TIADA REKOD”
Tidak Berkaitan
10 Mei 2019 – 31 Mei 2019
Tempoh Semakan Status Permohonan
Tidak Berkaitan
Semakan status permohonan boleh dibuat 2 minggu selepas tarikh permohonan sehingga 30 Jun 2019
Tempoh Pengambilan Kad
Tidak Berkaitan
Selewat-lewatnya pada 31 Julai 2019
*Sekiranya pelajar memenuhi kriteria kelayakan menerima BPPT 2019 tetapi semakan menunjukkan status “TIADA REKOD”

Pelajar diminta untuk menghubungi dan memaklumkan hal ini kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar di institusi masing-masing untuk mengemaskini data di MyMohes (Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti) / e-IPTS (IPT swasta) / penyelaras agensi bermula 28 Mac 2019 sehingga selewat-lewatnya pada 28 April 2019.

Nota : Pelajar yang telah membuat permohonan boleh mengambil Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat di mana-mana cawangan Bank Rakyat selepas semakan status bertukar kepada “BPPT TELAH DIKREDITKAN KE AKAUN SIMPANAN-i BANK RAKYAT ANDA”.
*Sumber : GARIS PANDUAN PEMBERIAN BPPT KPM

Cara Permohonan Kad Debit Pelajar KADS1M 2018 Online

Sebagai rujukan, berikut dikongsikan maklumat penting mengenai cara Permohonan KADS1M (BPPT) 2018 secara online, syarat kelayakan permohonan serta dokumen penting buat panduan pelajar.

Permohonan KADS1M 2018

Pelajar boleh membuat Permohonan KADS1M bagi mendapatkan bantuan RM250 secara online bermula 2 April 2018 menerusi Bank Rakyat yang bertindak sebagai agensi pelaksana serta menguruskan permohonan dan pengeluaran KADS1M. Untuk memohon KADS1M, terdapat 2 kategori penerima Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT). Tarikh tutup permohonan online KADS1M 2018 adalah pada 30 Ogos 2018

1. Pelajar Yang Baru Memohon Atau Pelajar Yang Telah Menutup Akaun BPPT 2017

Untuk pelajar yang masih belum mempunyai KADS1M (Penerima BPPT Baharu). Pelajar boleh membuat semakan kelayakan permohonan BPPT bermula 1 April 2018. Sekiranya layak, pelajar boleh terus memohon permohonan KADS1M

2. Pelajar Yang Telah Menerima BPPT 2017 Dan Akaun Simpanan-i aktif

Pelajar yang telah mempunyai KADS1M adalah tidak perlu memohon permohonan KADS1M 2018 yang baharu. BPPT akan disalurkan kepada yang pelajar yang layak (iaitu memenuhi syarat kelayakan permohonan) bermula 15 Mac 2018 (jam 400 petang) secara berperingkat. Semakan boleh dibuat di iRakyat, ATM dan CDM Bank Rakyat

Semakan Syarat Kelayakan KADS1M 2018

Pelajar boleh menyemak kelayakan samada layak membuat permohonan KADS1M (untuk pelajar baru/ telah menutup akaun BPPT) atau semakan layak menerima BPPT (pelajar baru) bermula dari 1 April 2018.

Berikut panduan permohonan cara mendapatkan KADS1M di Bank Rakyat sebagai rujukan :-

  1. Anda perlu isi borang permohonan secara online melalui pautan:
  2. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat.
  3. Kemudian, pemohon perlu menunggu email dari Bank Rakyat mengenai pengambilan KADS1M tersebut.
  4. Status permohonan akan disahkan melalui emel permohonan oleh Bank Rakyat.

Syarat Kelayakan Permohonan KADS1M

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa atau separuh masa pada tarikh 31 Disember 2017 di institusi pendidikan di Malaysia seperti berikut:-
    • a) Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional (Tahun 3 dan 4), Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia; atau
    • b) IPT di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akta yang berkuatkuasa

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pengambilan KADS1M

Antara dokumen diperlukan ketika pengambilan KADS1M Debit:

i) Umur Di Bawah 18 Tahun

  1. MyKad (Asal dan 1 salinan)
  2. Kad Pelajar (Asal & 1 salinan)
  3. Surat kebenaran dari ibu bapa/ penjaga
  4. Satu salinan MyKad Ibu Bapa/ Penjaga dan
  5. Sijil Kelahiran/ sijil anak angkat pelajar/ pelanggan (Asal serta 1 salinan)

ii) Umur 18 Tahun Dan Ke Atas

  • MyKad (Asal & 1 salinan)
  • Kad Pelajar (Asal dan 1 salinan)

Maklumat Lanjut

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat (BPPT), sila hubungi:

  • Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1300 80 5454.

Selamat membuat Permohonan Kad Debit Pelajar 2019 (BPPT) secara online kepada semua pelajar yang berkelayakan. Gunakan kad yang diterima dengan cara yang berhemah untuk kecemerlangan pendidikan anda.

Tinggalkan Balasan