Semakan Keputusan MUET Sesi 2 2023 Online

Calon yang telah menduduki peperiksaan MUET sesi 2 boleh membuat semakan keputusan MUET sesi 2 2023 pada bulan September nanti. Bagaimana cara untuk menyemak keputusan MUET Sesi 2 dan bilakah tarikh rasmi semakan keputusan MUET sesi 2 2023 diumumkan?

Untuk makluman, keputusan peperiksaan MUET sesi 2 2023 boleh disemak secara atas talian/ online di Laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) atau disemak melalui khidmat penghantaran SMS. Tarikh rasmi akan dikemaskini selepas pengumuman MPM.

Malaysian University English Test (MUET) adalah satu ujian untuk mengukur tahap pencapaian dan kemahiran berbahasa Inggeris pelajar-pelajar pra universiti di Malaysia.

Pelajar yang berkelulusan STPM, Matrikulasi atau Diploma yang ingin memohon masuk ke program ijazah pertama di institusi pengajian tinggi tempatan perlu menunjukkan bukti bahawa mereka telah mengambil ujian MUET. Ujian ini diselia oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Semakan Keputusan MUET Sesi 2 2023 Online Dan SMS

Berikut adalah maklumat penting dalam membuat Semakan Keputusan MUET 2023 secara Online dan SMS. Semakan Keputusan MUET Sesi 2 boleh disemak pada tarikh berikut seperti yang dikongsikan dari pengumuman rasmi oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Berikut adalah tarikh penting semakan keputusan MUET sesi 2 di mana ujian bertulis telah diadakan pada bulan Julai 2023 :-

Tarikh Semakan Keputusan MUET Sesi 2 2023

Semakan sesi 2 MUET  akan diumumkan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh MPM. Tahun lepas pada 15 September 2022

  • Sistem aplikasi semakan Ujian MUET bagi sesi 2 2023 akan diaktifkan pada: 6 September 2023, Rabu
  • Semakan secara atas talian boleh dibuat selepas jam 1000 pagi

Kaedah Semak Keputusan MUET Sesi 2 2023 Online Dan SMS

Berikut dikongsikan cara atau kaedah-kaedah yang disediakan dalam membuat semakan keputusan MUET (Sesi 2):-

1. Semakan Keputusan MUET Secara Online

Layari Laman Web MPM dan semak secara atas talian/ online di : www.mpm.edu.my

  • Isikan No Kad Pengenalan anda dan tekan butang SUBMIT

*Calon mungkin menghadapi kesukaran untuk mengkases applikasi semakan di sebabkan penggunaan yang tinggi. Anda disarankan untuk membuat semakan keputusan pada waktu tidak puncak atau menyemak menggunakan Perkhidmatan SMS

2. Semak Keputusan MUET melalui SMS

Result MUET sesi 2 juga boleh disemak melalui perkhidmatan SMS :-

  • Taip MUET [jarak] RESULT [jarak] No. K/P dan hantar ke 15888

* Caj penghantaran adalah sebanyak RM0.15 manakala caj penerimaan adalah RM0.20 (Tidak termasuk GST)

semakan keputusan muet sesi

Nota Penting

Calon yang ingin membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET, boleh merayu seperti panduan dan syarat yang dinyatakan berikut :-

Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET

  1. Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan MUET yang diperoleh boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan secara online di portal MPM http://www.mpm.edu.my atau url http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_ss/
  2. Yuran bagi rayuan penyemakan semula ialah RM70.00. Calon boleh membuat pendaftaran dengan cara membeli nombor PIN MEC di Bank Simpanan Nasional. Calon juga boleh membuat pembayaran secara online iaitu melalui FPX (dikenakan caj tambahan sebanyak RM2.00) atau melalui Kad Kredit/Kad Debit (dikenakan caj tambahan RM2.50).
  3. Tarikh tutup permohonan rayuan penyemakan semula ini ialah seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET diumumkan bagi setiap sesi
  4. Keputusan rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET boleh disemak di portal MPM http://www.mpm.edu.my selepas18 hari permohonan lengkap diterima di MPM (hari bekerja)
  5. MPM akan mengeluarkan Sijil MUET baharu kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja

* Langkah-langkah dan panduan cara membuat semakan semula keputusan MUET boleh dirujuk di SEMAK SEMULA MUET

Maklumat Lanjut Peperiksaan MUET

Kepada mereka yang bercadang untuk menduduki peperiksaan MUET Tahun 2023, berikut adalah maklumat berkaitan peperiksaan MUET termasuk tarikh pendaftaran dan ujian buat panduan calon. Untuk makluman, penawaran Ujian MUET on Demand (MoD) secara Computer Based Test (CBT) yang akan diperkenalkan oleh MPM bermula bulan April 2019

Sesi 1 2023

  • 7 Disember 2022 : Tarikh Pendaftaran dibuka
  • 10 Januari 2023 : Tarikh Tutup Pendaftaran
  • 8, 9, 10, 11, 15, dan 18 Mei 2023 : Tarikh Ujian Speaking
  • 1 April 2023 : Tarikh Ujian Bertulis

Sesi kedua MUET tahun 2023 adalah sesi Jun

Sesi 2 2023

  • 28 Februari 2023 : Tarikh Pendaftaran dibuka
  • 4 April 2023 : Tarikh Pendaftaran Ditutup
  • 13, 14, 15, 19, 20 dan 21 Jun 2023 : Tarikh Ujian Speaking
  • 15 Julai 2023 : Tarikh Ujian Bertulis

Sesi seterusnya adalah sesi Oktober yang merupakan sesi ketiga dan terakhir untuk tahun 2023

Sesi 3 2023

  • 12 Julai 2023 : Tarikh Pendaftaran dibuka
  • 23 Ogos 2023 : Tarikh Tutup Pendaftaran
  • 30 dan 31 Oktober, 1, 2, 6, 7 November 2023 : Tarikh Ujian Speaking
  • 18 N0vember 2023 : Tarikh Ujian Bertulis

Selamat membuat Semakan Keputusan MUET Sesi 2 2023 secara Online Dan SMS. Tahniah kepada calon MUET yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Tinggalkan Balasan