DELIMa KPM : Cara Log Masuk Untuk Pembelajaran Dalam Talian

Panduan kepada pelajar sekolah rendah atau sekolah menengah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Adakah anda mengetahui tentang portal pembelajaran dalam talian DELIMa? Jika tidak, berikut dikongsikan maklumat berkaitan DELIMa KPM : Cara Log Masuk Untuk Pembelajaran Dalam Talian sebagai panduan.

Sebelum ini, KPM  menggunakan aplikasi Frog VLE sebagai portal pembelajaran dalam talian. Pada tahun 2019, KPM telah mengumumkan perubahan portal yang kini menggunakan perkhidmatan percuma daripada Google, Microsoft dan Apple serta lebih mudah untuk diakses oleh warga sekolah. Kemudahan ini diharap dapat menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran pelajar yang lebih menyeluruh dan interaktif di mana sahaja pelajar berada.

DELIMa KPM cara log masuk portal pembelajaran online

Login DELIMa KPM : Cara Log Masuk Untuk Pembelajaran Dalam Talian

Ibu bapa atau penjaga pelajar boleh merujuk maklumat yang dikongsikan untuk memudahkan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Apa Itu DELIMa?

DELIMa dari segi perkataan bermaksud Digital Educational Learning Initiative Malaysia. Ia merupakan satu pelantar pembelajaran digital KPM yang telah diperkenalkan sejak tahun 2019 dan dijenamakan sebagai DELIMa pada tahun 2020. Pelantar ini menyediakan persekitaran pembelajaran digital yang inklusif dan dinamik untuk semua guru dan murid sekolah.

Baru-baru ini, DELIMa telah ditambah baik kepada DELIMa 2.0 yang membawa paparan pengalaman pengguna baharu dan membolehkan personalisasi. Penambah baikan ini bertujuan meningkatkan tahap pembelajaran peribadi, peningkatan pengalaman pengguna serta penggunaan analisis data. Kini pengguna juga boleh menggunakan chatbox untuk bertanyakan sebarang soalan mengenai DELIMa.

Tatacara Log Masuk

Semua murid di sekolah rendah dan menengah di bawah kelolaan KPM mempunyai ID untuk Login ke dalam portal DELIMa. Ikuti langkah-langkah berikut untuk log masuk kali pertama ke dalam portal pembelajaran online ini :-

  1. Anda perlu pastikan peranti yang digunakan mempunyai capaian internet
  2. Buka browser seperti Google Chrome, Safari, Mozilla Firefox pada peranti tersebut
  3. Pergi ke laman sesawang RASMI
  4. Klik kotak di sebelah
  5. Klik pada butang kuning
  6. Isikan ID DELMa dan klik Next
  7. Isikan kata laluan DELIMa dan tekan butang Next
  8. Klik butang Continue, Kemudian klik butang Allow

Nota : Jika tidak mempunyai ID DELIMa, dapatkan ID daripada pentadbir DELIMa sekolah

Kelebihan DELIMa KPM?

Pelbagai kelebihan dan kemudahan yang diperolehi para pelajar dan guru melalui portal ini. Antaranya adalah :-

  • Akses yang mudah boleh dilakukan di mana-mana pada bila-bila masa
  • ID boleh digunakan dari sekolah rendah hingga ke peringkat Matrikulasi atau Tingkatan Enam
  • Dapat berkongsi dan memuat turun pelbagai jenis bahan PdP
  • Memberi akses kepada pelbagai sumber bahan seperti Buku Teks Digital dan aplikasi pembelajaran
  • Kelas dalam talian
  • Mesyuarat dalam talian
  • emel dan takwim
  • Google Workspace & MS Office 365
  • Program Latihan
  • Pelbagai kandungan yang disediakan oleh rakan DELIMa iaitu Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), DIGI, ASTRO, United Nations International Children’s Emergency Fund (UNICEF) dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
  • Aplikasi menarik seperti Padlet, Canva, WolframAplha, Plickers, Edpuzzle dan Blendspace
  • Aplikasi AI seperti ChatGPT, Gemini by Google dan MS Copilot

DELIMa juga menyediakan laman sokongan ibu bapa untuk berkongsi tips dan sumber untuk menyokong pembelajaran. Antara tipsnya adalah:

  • Berkomunikasi dengan guru : Ibu dan bapa digalakkan untuk menghubungi guru kelas untuk membincangkan perkara yang perlu dipelajari oleh anak anda.
  • Sediakan jadual berkala : tetapkan waktu belajar dan rehat untuk anak anda
  • Fleksibel : Ibu dan bapa perlu bersikap fleksibel dan mengubah jadual mengikut kemampuan dan keperluan anak anda. Berikan tempoh penyesuaian untuk anak anda
  • Berkomunikasi dengan ibu bapa lain : Berhubung dengan ibu bapa lain dapat memastikan proses PdPR atau pembelajaran online ini difahami dan dilalui dengan lebih baik. Bantuan dan sokongan dapat dikongsi bersama supaya anak-anak dapat melalui pengalaman yang terbaik demi mencapai kecemerlangan.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda terdapat soalan atau masalah berkaitan Portal Delima KPM , sila hubungi atau layari :-

Rel : pembelajaran untuk kegunaan pelajar dan guru perlu, bahan rujukan pembelajaran untuk kegunaan, menawarkan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta bahan, pelantar pembelajaran dalam talian, diakses pada bila bila masa dan guru perlu log masuk menggunakan id delima yang boleh didapati melalui guru kelas atau pentadbir sekolah, mengakses delima pelajar dan guru, delima merupakan pelantar pembelajaran, menggunakan peranti yang mempunyai,

Tinggalkan Balasan