UPU

Permohonan UPU 2018 Online UA/ IPTA Politeknik ILKA

Borang Permohonan UPUOnline Sesi 2018/ 2019

UPU online? Perhatian buat pelajar lepasan SPM/ STPM dan Setaraf yang bercadang untuk memasuki Universiti Awam (UA), Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti sesi kemasukan 2018/ 2019. Berikut adalah panduan permohonan UPU 2018 online meliputi tarikh penting permohonan dan pembelian Pin upu serta maklumat semakan syarat kelayakan dan kategori. Kepada pelajar yang berminat dan berkelayakan, permohonan UPUonline tahun 2018 akan dibuka pada tarikh 5 Februari sehingga 10 April 2018. Dasar dan kriteria pemilihan adalah berasaskan kepada prinsip meritokrasi.

Untuk mengakses borang permohonan, pemohon perlu untuk membeli Pin Unik ID UPU di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) beredkatan sebelum tarikh tutup pembelian pada 9 April 2018. Permohonan memasuki UA, Politeknik, ILKA, Kolej Komuniti adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No.KP/ My Kad sahaja. Dua kategori permohonan yang layak memohon adalah pelajar lepasan SPM/ setaraf dan lepasan STPM/ setaraf.

Panduan Permohonan UPU Online Sesi Akademik 2018/ 2019

Berikut dikongsikan panduan dan maklumat penting berkaitan Borang Permohonan kemasukan ke UA dan IPTA melalui UPU Online 2018 yang merangkumi perkara berikut :-

  1. Pautan borang
  2. Tarikh Pembelian Pin UPU
  3. Tarikh Permohonan
  4. Cara semak syarat kelayakan UPU
  5. Maklumat Lanjut UPU

Tarikh-Tarikh Penting Permohonan UPU 2018 Secara Online

Berikut adalah tarikh-tarikh penting permohonan UPU 2018/ 2019 meliputi tarikh buka dan tutup permohonan serta tarikh pembelian Pin unik ID UPU.

  • Pembelian PIN UPU : 5 Februari sehingga 9 April 2018
  • Tarikh Permohonan UPU : Bermula 1200 tengahari pada 5 Februari sehingga 10 April 2018, 1159 malam

Harga nombor PIN Unik ID adalah RM15.60 dan tidak dikenakan GST

Pautan Borang Permohonan UPU Online 2018

Pelajar yang telah membeli Pin UPU boleh mengkases borang permohonan di Portal Rasmi UPU di :-

Permohonan UPU 2018 Online UA/ IPTA Politeknik ILKA

Kategori Permohonan Melalui UPUonline 2018

Terdapat 2 kategori permohonan iaitu seperti berikut :-

i) Lepasan SPM & setaraf

Untuk calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf seperti berikut :-

  • 1. Kategori A : Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2017 sahaja
  • 2. Kategori B : Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2015 atau 2016

Pelajar dari kategori lepasan SPM & setaraf adalah layak untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, LKA & Kolej Komuniti berdasarkan kelayakan dan minat. Program yang boleh dimohon adalah Program Asasi/ Diploma Di UA/ Politeknik Dan Sijil/ Diploma Di Kolej Komuniti dan ILKA

ii) Lepasan STPM & setaraf

Kategori pemohonan untuk lepasan STPM dan setaraf adalah seperti berikut :-

  1. STPM 2017
  2. STAM 2016 & 2017
  3. Asasi UA
  4. Matrikulasi KPM
  5. Diploma/ Setaraf

Kategori Lepasan Diploma/ setaraf adalah termasuk :-

  1. Diploma UA/ Politeknik
  2. DKM / DLKM / DVM / Diploma IPTS / Diploma Luar Negara/ Lain-lain Diploma
  3. Kelayakan Setaraf seperti A-Level / IB/ AUSMAT/ SAM/ CPU/ STPM, Matrikulasi, STAM (Bukan tahun semasa)

Semakan Syarat Kelayakan UPU Dan Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan

Pemohon adalah disarankan untuk membuat semakan syarat kelayakan UPU yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU, Jabatan Pendidikan Tinggi.sebelum membuat permohonan. Ianya penting dalam untuk mendapatkan maklumat penting berkaitan UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA yang ingin dipohon. Maklumat yang boleh disemak termasuk syarat am kemasukan, syarat khas permohonan program pengajian, senarai program pengajian yang ditawarkan serta maklumat lain berkaitan institusi berkenaan.

Untuk membuat semakan syarat UPU, sila layari pautan URL di

Untuk kemasukan ke Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti pula, pelajar boleh melayari

Maklumat Lanjut Permohonan UPUonline

Cara kemaskini borang permohonan UPU 2018 secara online, klik KEMASKINI BORANG

Adalah diingatkan menurut FB Rasmi UPU, penawaran kemasukan ke UA dibuat adalah berdasarkan kepada dasar markah merit iaitu 90% akademik dan 10% kokurikulum. Antara punca pemohon tidak berjaya dalam permohonan adalah seperti berikut :-

  1. Tidak menekan butang sah dan hantar pada borang online
  2. Tidak memenuhi syarat yang ditetapkan
  3. Memohon program luar bidang aliran
  4. Tidak melepasi temuduga
  5. Markah merit rendah
  6. Tidak dipilih oleh Universiti ekoran tempat yang terhad kerana pesaingan yang tinggi di kalangan pelajar

Maklumat permohonan UPU 2018 boleh dirujuk pada grafik panduan permohonan UPU di bawah ini :-

Permohonan UPU 2018 Online UA/ IPTA Politeknik ILKA

Pelajar adalah disarankan untuk melayari atau menghubungi maklumat yang disertakan di bawah ini dalam mendapatkan maklumat terkini Permohonan Kemasukan Ke UA, Politeknik Dan ILKA Sesi 2018-2019 Online.

Selamat membuat Permohonan UPUonline 2018. Moga permohonan kemasukan anda ke UA/ IPTA, Politeknik, ILKA serta Kolej Komuniti yang dihajati tercapai.

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Close