Sistem Maklum Balas UPU BPKP JPT

Cara Hantar Maklum Balas Ke UPU – JPT. Satu lagi kemudahan atas talian telah disediakan buat kemudahan para pelajar dan pemohon application UPU. Kemudahan yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi Malaysia (BPKP JPT) ini dikenali sebagai Sistem Maklum Balas UPU.

Untuk makluman, selain talian HOTLINE UPU, SISTEM ATAS TALIAN MAKLUM BALAS telah disediakan bagi membolehkan para pemohon atau pelajar untuk membuat sebarang pertanyaan berkaitan UPU melibatkan kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti. Masalah berkaitan adalah termasuk Log Masuk, Pertukaran Aliran, Status Permohonan, Pilihan Program dan lain-lain lagi.

Sistem Maklum Balas UPU

Sistem Maklum Balas UPU Secara Atas Talian Untuk Application UPU

Berikut dikongsikan panduan penting dalam menggunakan Sistem Maklum Balas UPU – JPT buat panduan pelajar dan pemohon yang menghadapi masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh mereka. Sistem ini dapat diakses di pautan berikut:-

Sistem Maklum Balas UPU Online BPKP JPT

Sila gunakan borang yang disediakan untuk membuat sebarang maklumbalas di mana ruangan yang diperlukan adalah bertanda *

Untuk makluman, terdapat 4 menu dalam paparan sistem maklum balas UPU iaitu seperti berikut :-

  1. Menghantar Maklumbalas : Hantar maklumbalas kepada pihak UPU
  2. Lihat maklumbalas yang wujud : Lihat maklumbalas yang telah dihantar sebelum ini
  3. e-Panduan : e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA
  4. Halaman Pentadbir Maklumbalas : Pengurusan Maklumbalas oleh Pihak BPKP

Langkah-Langkah

  1. Layari pautan URL MENGHANTAR MAKLUM BALAS UPU di pautan https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/ untuk mengisi borang
  2. Isikan Nama, email, Kad Pengenalan, Program Pengajian dan Nombor Telefon
  3. Program Pengajian termasuk Lepasan SPM/ setaraf, lepasan STPM setaraf, UPUskills dan CBBDPBKP
  4. Kategori Masalah
    • Log Masuk
    • Pertukaran Aliran
    • Status Permohonan
    • Pilihan Program
    • Lampiran Muat Naik Dokumen Sokongan
    • Lain-lain
  5. Keutamaan : Rendah> Sederhana> Tinggi
  6. Perkara
  7. Penerangan
  8. Lampiran
  9. Had Muatnaik Lampiran
    • Bilangan maksimuam untuk lampiran adalah: 2
    • Saiz maksimum untuk lampiran adalah: 1 MB
    • Anda boleh memuat naik lampiran berakir dengan format:
      • gif, .jpg, .png, .zip, .rar, .csv, .doc, .docx, .xls, .xlsx, .txt, .pdf

Nota Penting

Sebelum dihantar,pastikan perkara berikut dipenuhi :-

  1. Semua maklumat yang diperlukan sudah dipenuhi
  2. Semua maklumat adalah betul dan tiada ralat

Untuk gambaran yang lebih jelas, sila rujuk kepada grafik di bawah :-

LANGKAH HANTAR MAKLUM BALAS UPU

UPUChat

Kini, pelajar boleh berhubung dengan pegawai atau agen pintar bagi mendapatkan maklumat berkaitan UPU melalui UPUChat. Chatbox automatik ini akan terpapar apabila pelajar mengakses portal rasmi UPU dan beroperasi selama 24 jam, setiap hari.

Pelajar perlu mengisi ruangan nama, nombor telefon, emel, kategori pemohon, tempat tinggal dan daerah anda sebelum menggunakan perkhidmatan UPUChat.

Maklumat Lanjut

Pelajar adalah disarankan untuk melayari atau menghubungi maklumat yang disertakan di bawah ini dalam mendapatkan maklumat terkini Permohonan Kemasukan Ke UA, Politeknik Dan ILKA Sesi 2023-2024.

Semoga Sistem yang disediakan ini dapat membantu pemohon UPU yang menghadapi masalah dalam permohonan kemasukan ke UA, IPT, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA sesi kemasukan 2023-2024.

Tinggalkan Balasan