eOperasi KPM: Login Sistem Kemaskini Maklumat Guru 2022

Perhatian kepada guru dan kakitangan awam yang terlibat dengan pengurusan sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sebuah modul pengurusan guru di sekolah telah disediakan secara online bagi membantu memudahkan sistem pengurusan yang melibatkan guru, murid dan sekolah. Berikut adalah perkongsian berkaitan sistem eOperasi KPM Login Modul Pengurusan Guru sebagai panduan untuk semua.

Sistem ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) KPM dan diselia oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM. Untuk makluman, sistem ini bertujuan untuk melancarkan sistem pengurusan data berkenaan guru dan bukan guru yang meliputi dua kategori akses iaitu pengguna dan pentadbir sistem. Ia juga adalah salah satu modul untuk Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru.

login eoperasi

eOperasi KPM: Kemaskini Maklumat Guru & Semakan Status Online

Di bawah adalah maklumat berkaitan Modul Pengurusan Guru KPM dan cara log masuk Sistem Kemaskini Maklumat Guru untuk panduan semua.

Sebagai makluman, KPM telah memberi kebenaran untuk mengakses di peringkat sekolah terhad kepada Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan dan Pembantu Tadbir bagi menyemak, mengemaskini dan mengesahkan maklumat guru.

  • Oleh itu, guru-guru perlu sentiasa menyemak dan mengesahkan maklumat menggunakan ID Pengguna dan kata laluan masing-masing.
  • ID pengguna dan Kata laluan tidak boleh dikongsi atau diturun kuasa.
  • (Sumber rujukan: Surat Makluman KPMSP.100-11.2.2 (24) bertarikh 20 Januari 2016, (Lampiran D), Pekeliling ICT Bil. 1. Tahun 2012 Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (DKICT) Kementerian Pelajaran Malaysia, KP.BPM(S).100-11/1/4 jld 2 (61) Bertarikh 19 Mac 2012)

Pengesahan Dan Pengemaskinian Sistem Kemaskini Maklumat Guru

Semua Pengguna di Sekolah (Guru dan AKP) di sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia perlu membuat semakan dan pengemaskinian bermula 1 Julai 2020 sehingga 31 Julai 2020 dengan menggunakan ID Pengguna masing-masing seperti yang telah dinyatakan pada Surat Siaran Penetapan Prosedur Pengemaskinian Dan Verifikasi Data Guru Dalam Modul Pengurusan Guru Bagi Tahun 2020 bertarikh 17 Januari 2020.

Pengguna Sistem Kemaskini Maklumat Guru KPM

Sistem e-operasi  KPM ini telah mempunyai sasaran pengguna iaitu guru dan bukan guru serta pentadbir sistem yang terdiri daripada pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah dan sekolah.

1) Pengguna

  • Hanya pengguna yang telah didaftarkan sahaja oleh Pentadbir Sistem dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan modul ini

2) Pentadbir Sistem

  • Hanya pentadbir sistem yang telah dilantik oleh KPM sahaja dibenarkan untuk menggunakan modul ini mengikut peranan yang telah ditetapkan

Login eOperasi KPM

Untuk log masuk secara online ke Laman web modul pengurusan guru, klik pada pautan di bawah:

Bagi mendapatkan paparan terbaik, sila gunakan pelayar Internet Explorer (IE) 7 ke atas, Mozilla Firefox 3.0.18 ke atas, atau Chrome dengan paparan 1024 x 768.

Manual Penggunaan

Sila buka pautan untuk mendapatkan manual penggunaan lengkap:

Untuk memudahkan anda, berikut adalah beberapa bahagian penting dalam penggunaan sistem:

1) Halaman Utama

Halaman utama memaparkan beberapa maklumat penting seperti pengumuman terkini, log masuk dan bantuan jika pengguna menghadapi sebarang masalahPaparan mesej ralat adalah ruang dimana jika pengguna memasukkan butiran log masuk yang tidak tepat.

2) Mendaftar Sebagai Pengguna

Pengguna dinasihatkan untuk mengisi ruangan di bawah dengan teliti. Kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan perlu diingat oleh pengguna kerana medan ini diperlukan jika hendak menukar kata lalauanSetelah selesai mengisi, klik butang simpan untuk proses pendaftaranPengguna perlu log masuk semula untuk menggunakan sistem

3) Log Masuk eOperasi

Setelah membuat pendaftaran, pengguna boleh log masuk ke sistem dari halaman utama dengan memasukkan butiran ID, Kata Laluan dan nombor Kad Pengenalan.

4) Lupa Kata Laluan

Jika lupa kata laluan, sila pilih pautan Lupa Kata Laluan yang berada di halaman utama.Masukkan nombor Kad Pengenalan dan klik Hantar.Kata Laluan pengguna akan dihantar melalui emel

5) Tukar Kata Laluan

Pengguna boleh menukar kata laluan dengan memilih pautan Tukar Kata Laluan di halaman utama.

6) Log Masuk (Pengguna)

Selepas Log Masuk, terdapat paparan bagi nama dan nombor Kad pengenalan.Pautan Muat Turun Manual Pengguna juga disediakan bagi memudahkan penggunaPengguna perlu memaklumkan kepada PK1/PK2/PK3 untuk mengemaskini dari semasa ke semasa.

7) Log Masuk (Pentadbir Sistem)

Bagi pentadbir pula, selepas log masuk, paparan bagi nama dan No. Kad Pengenalan serta senarai menu akan ditunjukkan di sebelah kiri skrin untuk dipilih mengikut peranan

8) Log Keluar

Pengguna dinasihatkan untuk supaya log keluar dengan menekan butan keluar.Ia merupakan langkah selamat agar tiada pihak yang menyalahguna maklumat.

Diharapkan perkongsian Sistem Kemaskini Maklumat Guru diatas dapat memberikan manfaat kepada semua. Semoga guru-guru dan kakitangan sekolah yang lain dapat melaksanakan tugas dengan mudah dan lancar.

Related : terus ke ruangan log, tepat dan terkini, sso kpm, cara untuk, login e operasi, single sign on, nama no kp, https eoperasi.moe.gov.my, laman utama, no kp no gaji, pentadbir sistem pengurusan kpm, sekolah dan pengguna guru, no gaji dan emel, modul ini ialah pentadbir, berjaya log masuk, pengguna boleh terus, guru mesti buat semakan, semakan dan pengesahan maklumat guru, maklumat yang tidak tepat, penolong kanan 1, email protected, semakan dan pengesahan maklumat,

Tinggalkan Balasan