UUM Portal : Login, Maklumat Pelajar Dan Akademik

Makluman kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM). Tahukah anda mengenai fungsi-fungsi dan cara log masuk ke UUM Portal? Jika tidak, sila rujuk perkongsian di bawah untuk mendapatkan maklumat berkaitan manual penggunaan portal dan cara mendaftar bagi pengguna kali pertama termasuk UUM Student Portal.

Portal ini dibangunkan bagi kemudahan warga universiti samada pelajar mahupun staf-staf pengurusan serta pensyarah. Untuk makluman semua, Universiti Awam (UA) yang terletak di Sintok, Kedah ini ditubuhkan bagi mengembangkan serta memajukan pendidikan pengajian tinggi berkaitan pengurusan sumber manusia dan mendidik pemimpin yang holistik untuk berbakti kepada komuniti global.

UUM Portal

Login UUM Portal : Cara Daftar Secara Online

Mulai 1 September 2015, UUMIT melancarkan Portal Pelajar baru berdasarkan Single Masuk (SSO), Dengan kemudahan ini, pelajar perlu log masuk sekali menggunakan nama pengguna yang sama dan kata laluan untuk mengakses Portal UUM, Pembelajaran Dalam Talian UUM Online Learning, WiFi UUM dan E-mel.

Berikut adalah fungsi dan cara log masuk ke Portal sebagai rujukan warga UUM. Fungsi-fungsi di bawah dapat dilayari pada halaman utama portal.

Fungsi Portal

Portal ini merangkumi lima (5) kategori utama yang berbeza dari segi fungsi seperti berikut:

1.Student (Hal Ehwal Pelajar)

  • U-Assist
  • Student Affairs
  • Academic Affairs
  • Centre for International Affairs and Cooperation
  • Centre for University-Industry Collaboration

2. Staff (Kakitangan Universiti)

  • Chancellery
  • Registra
  • Bursary
  • Research

3. Academic (Hal Ehwal Pengajian dan Kursus)

  • Colleges
  • Graduate Schools
  • Schools

4. Knowledge (Arkib Perpustakaan dan Terbitan UUM)

  • Library
  • UUM Journal
  • UUM Press

5. Info (Informasi lain yang berkaitan)

  • UUM Website
  • Campus Map
  • Service Desk
  • IT Helpdesk
  • Staff Directory

Sekiranya anda merupakan pelajar atau kakitangan UUM yang ingin log masuk ke Portal, berikut adalah ringkasan panduan untuk anda rujuk:

Cara Daftar & Login UUM Student Portal

Kepada pengguna kali pertama, sila ikuti langkah-langkah mudah di bawah untuk log masuk ke Portal UUM:

  1. Layari UUM
  2. Masukkan ID serta kata laluan anda iaitu No. Kad Pengenalan masing-masing pada ruangan atas halaman utama portal. Pihak UUMIT akan memberikan id pengguna pelajar yang baharu mendaftar.
  3. Klik “Login”
  4. Pelajar dikehendaki menukar kata laluan pada log masuk kali pertama serta menjawab beberapa soalan berkaitan keselamatan akaun anda.
  5. Selesai menjawab soalan tersebut, sila klik “Save Answers” dan kemudian klik “Next” pada mesej yang terpapar.
  6. Masukkan kata laluan yang baharu dan klik “Next”
  7. Satu e-mel notifikasi akan diterima pelajar pada e-mel masing-masing.
  8. Log masuk semula pada halaman utama dan gunakan kata laluan yang baharu.

Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah, sila berhubung dengan UUMIT pada e-mel:  itservices@uum.edu.my

Paparan Muka

Bahagian Home akan memaparkan profil pelajar, akademik, kewangan, pengajaran, aktiviti dan kemudahan.

1. Profil Pelajar

Ianya memaparkan butiran mengenai pelajar iaitu Maklumat Peribadi, Maklumat pengajian, Latar Belakang Akademik dan Maklumat Penyelidikan

2. Akademik

Skrin berikut akan memaparkan keputusan, Pengijazahan, Praktikum dan Kursus yang Diambil.

3. Financial

Fungsi menu kewangan menyediakan kemampuan untuk melihat notis penting dan penyata akaun pelajar. Menu yang ditandai dengan asterix ***, akan mengarahkan anda ke halaman log masuk yang lain

4. Lecture

Halaman menu Kuliah memaparkan perincian berikut: jadual waktu kuliah, slip, pendaftaran kursus dan jadual waktu individu

5. Activity

Klik pada menu Aktiviti untuk memaparkan perkembangan pelajar

6. Facility

Klik pada menu Kemudahan untuk melihat butiran berikut: perpustakaan, jadual bas dan yang lain. Menu yang ditandai dengan asterix ***, akan mengarahkan anda ke halaman log masuk yang lain

Info Lanjut

Bagi mendapatkan info tambahan atau membuat sebarang aduan, sila hubungi pautan di bawah:

Diharapkan perkongsian berkaitan di atas dapat memberikan manfaat kepada semua warga UUM khususnya pelajar yang baharu mendaftar.

Related : reuse a course uum online learning training course will guide involve or are similar online meetings page will help you navigate search courses for uum webex through your uumol courses for uum online navigate around your site access a quick user user manual english malay student or lecturer parts of a course guide you can search quick user guide backup and restore process access webex site as a student similar to a backup,

Tinggalkan Balasan