E-Lembaga Peperiksaan : Aplikasi Mudah Alih elp

Panduan buat mereka yang kehilangan sijil atau ingin membuat terjemahan kepada sijil-sijil peperiksaan di bawah kendalian Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP), Kementerian Pendidikan. Bermula 1 Februari 2021, permohonan salinan keputusan dan terjemahan boleh dibuat secara atas talian melalui portal dan aplikasi e-Lembaga Peperiksaan. Pemohon tidak perlu lagi ke pejabat yang berkenaan kerana perkhidmatan salinan keputusan, terjemahan, semak semula dan semak keputusan boleh dilakukan secara atas talian dan pos.

Aplikasi ini merangkumi dua (2) modul utama iaitu Modul Penataraan Maklumat di mana ia menjadi medium penyampaian maklumat berkaitan peperiksaan di bawah kendalian LP kepada  calon dan orang ramai. Modul kedua adalah Modul Semakan Keputusan Peperiksaan membolehkan pengguna membuat semakan keputusan peperiksaan awam kendalian LP pada tempoh yang ditetapkan.

e-lembaga peperiksaan online & aplikasi

E-Lembaga Peperiksaan : Salinan Keputusan & Terjemahan

Berikut adalah informasi berkaitan Portal dan Aplikasi Mudah Alih LP sebagai panduan untuk calon peperiksaan, pegawai peperiksaan dan orang ramai.

Terdapat dua kaedah untuk menggunakan sistem yang dibangunkan bagi menyemak atau mendapatkan salinan sijil peperiksaan anda.

Kaedah pertama adalah melalui laman web apabila menggunakan komputer atau komputer riba manakala kaedah kedua adalah melalui aplikasi di telefon pintar atau tablet.

Pautan kaedah tersebut adalah seperti berikut:

  1. Laman Web Rasmi eLP
  2. Muat turun aplikasi di Google Playstoredan Apple AppStore (akan dikemaskini)
    • Pengguna adalah disarankan untuk mengemaskini versi terkini aplikasi eLP (versi 3.0.2) di peranti masing-masing

Perkhidmatan yang disediakan melalui Portal / Aplikasi Mudah Alih elp adalah seperti berikut :-

i) Permohonan Salinan Sijil Peperiksaan  Melalui Lembaga Peperiksaan (Salinan Result)

Sijil peperiksaan (hilang san sebagainya) yang boleh dituntut adalah:-

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
  • Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU)
  • Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
  • Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
  • Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
  • Malaysia Certificate of Education (MCE)
  • Penilaian Menengah Rendah (PMR)
  • Sijil Rendah Pelajaran (SRP)
  • Lower Certificate of Education (LCE)

Ikuti langkah-langkah membuat permohonan sijil peperiksaan lembaga peperiksaan seperti berikut:-

  1. Layari laman web atau masuk ke dalam aplikasi yang telah dimuat turun
  2. Pilih bahagian Perkhidmatan : klik paparan
  3. Klik pada bahagian Salinan Keputusan
  4. Seterusnya pilih jenis peperiksaan yang anda ingin mohon. Klik senarai peperiksaan
  5. Isi nombor kad pengenalan dan klik Papar Borang Permohonan
  6. Jika maklumat pemohon dipaparkan adalah betul, pilih penghantaran salinan melalui pos. Klik pilihan penghantaran
  7. Klik pada kotak pengesahan dan perakuan pemohon dan klik Mohon

Jumlah Bayaran

Untuk makluman, setiap tuntutan sijil peperiksaan yang baharu akan dikenakan bayran sebanyak RM30 dan kos penghantaran sebanyak RM10.

ii) Permohonan Terjemahan Sijil

Kepada anda yang ingin membuat terjemahan sijil bagi memohon kerja atau menyambung pelajaran di luar negara, sila ikuti langkah-langkah seperti berikut:

Buka laman web e-lembaga peperiksaan atau aplikasi elp yang telah dimuat turun

Seterusnya klik bahagian Perkhidmatan

Pilih sijil yang anda ingin terjemah (SPM, STAM (Rumi), SPMU, SVM, MPV, MPAV, MCE, PMR, SRP, LCE)

Masukkan nombor kad pengenalan

Isi maklumat seperti alamat, emel dan nombor telefon anda

Jika butiran permohonan adalah betul, pilih penghantaran salinan melalui pos

Klik pada kotak pengesahan dan perakuan kemudian klik Mohon

Anda kemudian akan dibawa ke perbankan online untuk membuat pembayaran pada kadar yang sama seperti permohonan sijil peperiksaan.

iii) Semak Semula

Perkhidmatan lain yang disediakan oleh lembaga peperiksaan adalah untuk menyemak semula keputusan SPM berdasarkan pilihan subjek.

Cara-caranya adalah seperti di bawah:

Pada menu perkhidmatan di laman web atau aplikasi elp, pilih bahagian Semak Semula

Kemudian klik SPM (semak semula)

Isikan maklumat peribadi calon seperti nombor kad pengenalan dan angka giliran

Seterusnya klik Papar Pilihan Subjek

Pilih subjek yang anda ingin semak semula dan terus kepada pembayaran

Kadar bayaran adalah sama untuk setiap subjek.

Semak Status Permohonan

Pengguna yang telah menggunakan salah satu perkhidmatan di atas boleh membuat semakan secara atas talian di menu pada paparan uatama aplikasi.

Maklumat Lanjut e-lembaga peperiksaan

Sekiranya anda menghadapi masalah berkaitan, sila rujuk :

  • No. Tel : 03-8884 3785/3787
  • Emel : khidmatbantu.lp@moe.gov.my
  • Pautan Aduan

Related : 7 hari bekerja, tempoh pengeluaran, peperiksaan untuk, salinan keputusan peperiksaan, 1 jam, selepas 1994, spm pada atau selepas, mendapatkan semula sijil peperiksaan yang hilang, penilaian menengah rendah pmr pada atau selepas, penilaian menengah rendah pmr pada atau selepas 1998 satu 1 jam, 1997 tujuh 7 hari, selepas 1994 satu 1, 1994 satu 1 jam, 1993 tujuh 7 hari, tujuh 7 hari bekerja, untuk mendapatkan, tahun 2020, malaysia spm 2020, mewujudkan sistem, menjalankan peperiksaan

Tinggalkan Balasan