SPM

Pendaftaran Calon Persendirian SPMU 2020 Online SPM Ulangan Dan SPM

Permohonan Menduduki Peperiksaan SPMU (Calon Persendirian)

Perhatian kepada pelajar calon persendirian yang ingin menduduki Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Anda diminta untuk membuat pendaftaran terlebih dahulu sebelum membuat persiapan menduduki peperiksaan SPMU dan SPM 2020. Tarikh rasmi pendaftaran SPMU 2020 adalah bermula dari 1 Mac 2020 hingga 31 Mac 202015 30 April 2020 seperti yang diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Bagi mereka yang ingin membuat pendaftaran calon persendirian SPMU dan SPM (calon baru atau mengulang), sila berbuat demikian sebelum tarikh tutup pendaftaran.

Untuk pengetahuan semua, SPMU diadakan bertujuan membei peluang kepada rakyat Malaysia yang pernah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengambil semula peperiksaan tersebut atas sebab-sebab tertentu. SPMU kebiasaannya diadakan dua kali setahun iaitu pada Jun dan November. Calon yang menduduki peperiksaan SPMU sesi Jun hanya boleh mengambil tiga kertas iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah. Bagi sesi November pula calon akan menduduki peperiksaan bersama dengan calon SPM. Oleh itu, calon boleh menduduki semua kertas yang ditawarkan.

pendaftaran calon persendirian spmu

Panduan Dan Borang Pendaftaran Calon Persendirian SPMU & SPM 2020 Online

Berikut dikongsikan tarikh rasmi pendaftaran calon persendirian SPM dan SPMU 2020, cara membuat pendaftaran, dokumen yang diperlukan serta lain-lain info penting berkaitan SPM persendirian SPMU 2020.

Maklumat lain yang dikongsikan termasuk semakan status pendaftaran dan kadar bayaran yang dikenakan.

Untuk makluman, sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebarang pertanyaan berkaitan UPSR, PASR, PT3, SPM, SPMU, UPBA, SVM dan STAM boleh diajukan melalui e-mel ukb.lpm@gmail.com

Tarikh Pendaftaran  SPMU 2020

Berikut dikongsikan maklumat tarikh pendaftaran peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) buat rujukan pelajar. Sila pastikan anda membuat pendaftaran sebelum tarikh tutup seperti dinyatakan di bawah ini
NOTA : Susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa pada 18 Mac – 14 April 2020 bagi mencegah penularan wabak COVID-19, Lembaga Peperiksaan telah melanjutkan tempoh pendaftaran bagi UPSR, PASR, PT3, SPM, SPMU, UPBA dan STAM bagi tahun 2020 daripada 31 Mac kepada 30 April 2020
Tarikh BukaTarikh Tutup
1 Mac 2020
31 Mac 202015 30 April 2020

Tarikh Pendaftaran  SPM Persendirian 2020

Berikut dikongsikan maklumat tarikh pendaftaran peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) persendirian buat rujukan pelajar. Sila pastikan anda membuat pendaftaran sebelum tarikh tutup berikut
Tarikh BukaTarikh Tutup
1 Mac 2020
31 Mac 202015 15 Mei 2020

Cara Membuat Pendaftaran Calon Persendirian SPMU 2020

Sila klik pautan dibawah untuk membuat pendaftaran secara online
Aplikasi PermohonanSijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU)
Sila masukkan no kad pengenalan, tahun peperiksaan dan angka giliran SPM terakhir anda

Cara Membuat Pendaftaran Calon Persendirian SPM 2020

Sila klik pautan dibawah untuk membuat pendaftaran secara online untuk calon baru atau mengulang:
Aplikasi PermohonanCalon Baru atau Calon Mengulang
Sila masukkan no kad pengenalan anda

Langkah-Langkah Melengkapkan Borang Pendaftaran SPMU Dan Calon Persendirian SPM Online

Sila teliti dan ikuti panduan di bawah untuk melengkapkan borang SPMU 2020 dan borang calon persendirian SPM Online
No.Langkah
1.Klik pada pautan di atas dan tekan butang daftar
2.Lengkapkan butiran yang diminta dan tekan butang mohon
3.Sahkan maklumat yang anda lengkapkan sebentar tadi dan tekan butang teruskan
4.Isikan maklumat peribadi seperti yang diminta dan tekan butang teruskan
5.Pilih mata pelajaran yang ingin diambil dan tekan butang teruskan. Jumlah bayaran akan dipaparkan diskrin anda berdasarkan mata pelajaran yang diambil
6.Pilih pusat peperiksaan yang anda inginkan. Perlu diingat kekosongan pusat peperiksaan bergantung pada kouta pusat peperiksaan tersebut
7.Pastikan maklumat yang diberikan adalah benar. Kemudian tandakan ruang akur janji dan hantar permohonan
8.Sila cetak dokumen senarai semak pendaftaran SPMU dan kenyataan semakan. Sila bawa bawa ke JPN/PPD negeri anda dengan disertakan enam dokumen lain yang diperlukan dalam masa 7 hari dari hari pendaftaran

Calon boleh menyemak status pendaftaran pada tarikh yang dikemaskini di pautan berikut :-

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon hendaklah hadir ke JPN/PPD tempat pemohon memilih untuk menduduki peperiksaan dalam tempoh 7 hari dari tarikh pemohon menghantar permohonan secara dalam talian bagi mengesahkan pendaftaran dengan membawa dokumen seperti yang berikut. Bagi calon yang mendaftar semasa tempoh PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP), calon hendaklah hadir ke JPN/PPD dalam tempoh 7 hari selepas tamat PKP atau boleh menghantar DOKUMEN tersebut secara POS
No.Dokumen
1.Cetakan senarai semak pendaftaran
2.Satu Salinan dokumen pengenalan diri yang disahkan
3.Tiga salinan kenyataan semakan
4.Bayaran yuran peperiksaan sama ada Kiriman Wang/ Wang Pos/ Bank Draf atas nama Akauntan Negara Malaysia
5.Empat keping sampul pos laju prabayar atau pos ekspres bersaiz A5 beralamat sendiri
6.Satu salinan sijil/ slip peperiksaan SPM/ SPM(V)/ SPVM/ MCE/ SC/ FMC yang disahkan (Calon mengulang sahaja)

Peringatan

Berikut adalah maklumat penting berkaitan peperiksaan persendirian SPM dan SPMU 2020:
No.Maklumat
1.Sebelum menghantar borang permohonan sila pastikan semua maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat
2.Permohonan hanya dibuka kepada calon yang pernah menduduki SPM/ SPM(V)/ SPVM/MCE/ SC/ FMC
3.Pendaftaran untuk calon persendirian SPM adalah sehingga 15 Mei 2020 dan calon SPMU adalah pada 1 Mac 2020 hingga 30 April 2020
4.Sila sertakan 6 dokumen seperti yang di atas
5.Semakan status permohonan pendaftaran SPM adalah bermula 8 Jun 2020 manakala SPMU adalah pada 1 Jun 2020
6.Sila pastikan borang Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP) dicetak dan dibawa bersama ke pusat peperiksaan semasa tarikh peperiksaan bermula
7.Jika ada pengemaskinian maklumat (permohonan pindah pusat peperiksaan dan pembetulan maklumat) sila berbuat demikian di JPN negeri masing-masing
8.Calon perlu mencetak semula PPP jika ada perubahan maklumat
9.Untuk SPMU :

  • Permohonan pindah pusat peperiksaan setelah pendaftaran berjaya dilaksanakan, hendaklah dimohon antara 01/05/2020 sehingga 15/05/2020
  • Permohonan pembetulan maklumat setelah pendaftaran berjaya dilaksanakan, hendaklah dimohon antara 01/04/2020 sehingga 15/06/2020
  • Calon-calon yang telah mendaftar peperiksaan SPMU secara atas talian tetapi belum membuat bayaran, boleh membuat bayaran secara manual di JPN/ PPD atau secara perbankan internet (FPX) sehingga 31 Mei 2020

Untuk SPM persendirian :

  • Permohonan pindah pusat peperiksaan setelah pendaftaran berjaya dilaksanakan, hendaklah dimohon antara 16/05/2020 sehingga 31/05/2020
  • Permohonan pembetulan maklumat setelah pendaftaran berjaya dilaksanakan, hendaklah dimohon antara 01/03/2020 sehingga 31/05/2020

Pembayaran Pendaftaran SPMU

Berikut merupakan bayaran pendaftaran SPMU tahun lalu. Jika terdapat perubahan pada harga akan dikemaskini
PeperiksaanBayaran AsasMata PelajaranBayaran
SPMU Sesi JunRM 20.00Bahasa Melayu (1103)RM 12.00
Matematik (1449)RM 10.50
Sejarah (1249)RM 12.00
SPM sesi NovemberRM 20.00Bahasa Inggeris (1119)RM 20.50
Bayaran mata pelajaran bertanda *RM 10.50
Bayaran mata pelajaran bertanda **RM 12.00

Untuk senarai mata pelajaran yang ditawarkan, sila rujuk gambar di bawah ini.

Senarai Mata Pelajaran

mata pelajara yang ditawarkan di spmu
mata pelajaran spm persendirian

Maklumat Lanjut Pendaftaran Calon Persendirian SPMU/ SPM

Sila rujuk kepada panduan berikut :-

Diharap perkongsian panduan Pendaftaran Calon Persendirian SPMU/ SPM dapat memberi manfaat kepada bakal calon Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan 2020. Semoga memperoleh keputusan yang cemerlang.

Share this post:

Tags

Related Articles

3 Comments

  1. apakah takat umur maksima untuk menduduki peperiksaan SPM. Bolehkah saya memilih 3 matapelajaran sahaja iaitu Sejarah, BM dan Bahasa Inggeris. Terimakasih

    1. Tiada had umur maksima. Setakat ini KPM mewajibkan untuk pendaftaran kali pertama pelajar yang menduduki SPM untuk mengambil enam mata pelajaran, tetapi Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sama ada kali pertama atau ulangan layak untuk mengambil satu mata pelajaran, iaitu Bahasa Malaysia. Bagaimanapun, ia perlu mendapat kelulusan daripada Pengarah Lembaga Peperiksaan (LPM)

  2. saya terlupa untuk cetak borang semakan di akhir pendaftaran.Masih boleh kah saya dapatkan cetakan borang tersebut ? dan saya tidak dapat menyemak permohonan disebabkan saya tidak mengetahu nombor permohonan pada borang yang saya terlupa cetak?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Close