SPM

Semakan Keputusan SPM 2018 Secara Online / SMS

Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2018 Diumumkan Mac 2019

Semak Result SPM 2018 Online Dan SMS. Panduan buat pelajar Tingkatan 5 yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bilakah tarikh rasmi keputusan SPM 2018 diumumkan pada tahun 2019? Berdasarkan kepada tarikh tahun lepas, keputusan SPM dijangka diumumkan pada bulan Mac 2019. Tarikh rasmi Semakan Keputusan SPM 2018 akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bahagian ruangan pemberitahuan.

Pada tahun lepas, result SPM telah diumumkan pada hari Khamis, 15 Mac 2018. Pelajar boleh mendapatkan pernyataan keputusan SPM bermula dari jam 1000 pagi di sekolah masing-masing. Ringkasan keputusan boleh didapati dengan membuat semakan online (JIKA ADA) dan juga khidmat SMS. Mereka yang lulus cemerlang berpeluang untuk melanjutkan pelajaran tinggi mereka ke UA/ IPTA melalui Permohonan UPU online.

Cara Semak Keputusan Peperiksaan SPM 2018 Online Dan SMS

Buat panduan pelajar Tingkatan 5. berikut dikongsikan maklumat penting dan panduan cara mendapatkan keputusan peperiksaan SPM tahun 2018. Ianya merangkumi tarikh rasmi keputusan diumumkan dan cara atau kaedah membuat semakan.

Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2018 Diumumkan

Berikut adalah senarai tarikh rasmi keputusan SPM diumumkan :-

  • Tahun 2018 : 14 Mac 2019 (Hari Khamis)
  • 2017 : 15 Mac 2018
  • 2016 : 16 Mac 2017
  • 2015 : 3 Mac 2016
  • 2014 : 3 Mac 2015.

Tarikh rasmi akan diumumkan di media massa dan juga di Portal Rasmi KPM di Bahagian Pemberitahuan atau E-Perkhidmatan Berkala dan juga di Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Cara Semakan Keputusan SPM 2018

Berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan keputusan SPM 2018 secara online dan melalui perkhidmatan SMS buat panduan pelajar. Sebarang perubahan akan dikemaskini dari masa kesemasa :-

  1. Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan penuh peperiksaan SPM mereka dari sekolah masing-masing selepas 1000 pagi pada tarikh keputusan SPM diumumkan iaitu pada hari Khamis, 14 Mac 2019
  2. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu

1. Semakan SPM Online

Ringkasan Keputusan SPM boleh disemak secara online di

  • SPPAT atau Lembaga Peperiksaan Malaysia

Sistem semakan akan hanya diaktifkan bermula dari tarikh keputusan peperiksaan diumumkan

2. Melalui Aplikasi Mobile

Keputusan SPM juga boleh disemak melalui aplikasi mobile/ telefon pintar e-Lembaga Peperiksaan. Muat turun di Google Play untuk Android.

3. Semakan Keputusan SPM Melalui SMS

KPM menyediakan perkhidmatan semakan keputusan peperiksaan SPM melalui khidmat mySMS 15888. Cara semakan adalah speerti berikut :-

  • Taip SPM <jarak> Nombor kad pengenalan (K/P) <jarak> Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888
  • Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan bermula 10 pagi. Pengguna akan dicaj 15 sen untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan SMS.
  • Perkhidmatan SMS akan diaktifkan bermula dari jam 1000 pagi, 14 Mac 2019 sehingga jam 600 petang, 20 Mac 2019

Kenyataan Media KPM

Berikut adalah kenyataan media KPM terkini pada 6 Mac 2019 berkaitan tarikh rasmi keputusan SPM 2018 diumumkan.

tarikh rasmi semakan keputusan spm 2018

Selamat membuat semakan keputusan result SPM 2018 secara online dan SMS. Tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Moga hasrat anda untuk melanjutkan pengajian tinggi anda ke Universiti pilihan anda tercapai.

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close