Semakan Saman Polis Trafik PDRM, JPJ & AES (Online / SMS)

Perhatian kepada rakyat Malaysia yang memiliki kenderaan, adakah anda dikenakan saman oleh Polis Trafik atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)? Sekiranya ya, tahukah anda cara untuk semak atau check saman ke atas kenderaan masing-masing dengan mudah dan pantas? Jika tidak, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Saman Polis Trafik PDRM, JPJ & AES secara atas talian (Online / SMS).

Pengguna jalan raya yang mempunyai saman di atas pelbagai kesalahan seperti melebihi had laju atau melanggar lampu isyarat merah boleh dibayar secara online melalui platform seperti MyBayar Saman, MyEG dan SMS. Saman yang tertunggak juga boleh diselesaikan melalui perkhidmatan pembayaran saman yang disediakan oleh Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Semakan Saman Polis Trafik PDRM JPJ AES Online SMS

Cara Semak / Check Saman Polis Trafik PDRM, JPJ & AES Secara Online / SMS

Berikut adalah informasi berkaitan cara membuat Semakan Saman Polis Trafik PDRM, JPJ & AES (check summons) secara atas talian atau SMS untuk panduan semua. PDRM dan JPJ telah membangunkan aplikasi online untuk memudahkan kaedah semakan serta pembayaran oleh pengguna jalan raya yang disaman. Pastikan anda mengikuti langkah-langkah di bawah dengan tepat untuk memastikan semakan dan bayaran saman berjaya dilaksanakan.

Untuk makluman, terdapat dua penguatkuasa yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan saman atau kompaun kepada pengguna jalan raya sama ada pemandu motorsikal atau kereta iaitu Polis Trafik PDRM dan Anggota JPJ. Setiap saman dan kompaun mempunyai tempoh yang ditetapkan untuk bayaran justeru, pastikan anda menepati tempoh bayaran yang diberikan.

Kesan daripada meninggalkan saman yang belum dijelaskan boleh mengakibatkan pesalah disenarai hitam dan dikeluarkan waran tangkap sehingga mengakibatkan pengguna tidak dibenarkan memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu. Pengguna hanya akan dikeluarkan dari senarai setelah menyelesaikan semua saman tertunggak.

Senarai Kesalahan Pengguna Jalanraya

Sebagai peringatan kepada pengguna jalanraya, di bawah adalah senarai kesalahan yang boleh didenda oleh PDRM beserta amaun kompaun setiap kesalahan:

  • Melebihi had laju : RM150
  • Memandu di lorong kecemasan : RM300
  • Menghalang lalu lintas : RM150
  • Memotong kenderaan secara bahaya : RM150
  • Tidak memakai Topi Keledar : RM100
  • Tiasa lesen kenderaan motor : RM150
  • Tidak mempamerkan stiker “P” di depan dan belakang : RM70
  • Tidak mematuhi larangan memotong : RM150
  • Larang letak kenderaan : RM150
  • Lampu isyarat kenderaan : RM100
  • Kesalahan melanggar lampu merah : RM150
  • Menggunakan alat komunikasi semasa memandu : RM150

Bagi kesalahan di bawah penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), senarai dan kadar kompaun boleh disemak pada pautan :

Namun begitu, terdapat kesalahan pengguna jalan raya yang tidak boleh dikompaun kerana saman perlu diselesaikan di mahkamah. Senarai kesalahan tersebut adalah:

  • Menggunakan telefon bimbit ketika memandu
  • Gagal mematuhi lampu isyarat merah
  • Memandu di lorong kecemasan
  • Memandu melebihi had laju
  • Memotong garisan berkembar
  • Memotong barisan
  • TIdak memakai tali pinggang keledar

Semakan Saman Polis Trafik PDRM

Berikut adalah kaedah untuk semak saman Polis Trafik PDRM melalui aplikasi yang disediakan oleh PDRM:

1) MyBayar Saman

  1. Layari Portal Rasmi MyBayar Saman (https://mybayar.rmp.gov.my)
  2. Pengguna baru perlu mendaftar terlebih dahulu
  3. Klik “Daftar” dan isikan maklumat peribadi yang diperlukan
  4. Anda akan menerima nombor pengesahan OTP di telefon bimbit yang didaftarkan
  5. Log masuk ke dalam akaun dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah dicipta
  6. Sistem akan memaparkan saman tersebut dan klik “Bayar pada butiran saman untuk membuat bayaran
  7. Anda boleh membayar saman trafik dalam talian menggunakan kad debit, kad kredit dan kad prabayar (prepaid) yang sah

Sebarang pertanyaan berkaitan pembayaran kompaun saman dengan PDRM boleh dihantar ke alamat e-mel mybayar@rmp.gov.my dan melalui surat ke alamat Pusat Panggilan Setempat, Cawangan Pengurusan Saman, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman 50560 Kuala Lumpur.

Cara Semak Saman Polis Melalui SMS

Perkhidmatan SMS diberhentikan semasa ini. Berikut adalah rujukan perkhidmatan semak saman polis melalui SMS:

  • POLIS <jarak> SAMAN<jarak>Nombor Kad Pengenalan atau nombor kenderaan
  • hantar ke 32728
  • Contoh : POLIS SAMAN 9106111111 atau JPJ SAMAN ABC 2345

Semakan Saman JPJ & AES

Untuk saman daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau AES, anda boleh membuat semakan dengan kaedah berikut:

1) JPJ mySIKAP

  1. Layari Portal Rasmi mySIKAP (https://public.jpj.gov.my)
  2. Klik “Daftar/Log masuk kali pertama”
  3. Isikan butiran maklumat yang diperlukan dan klik “Teruskan”
  4. Sila pastikan maklumat anda betul dan tepat
  5. Paparan pengesahan akan keluar dan klik “Ya”
  6. Pendaftaran yang berjaya akan dipaparkan
  7. Log masuk semula menggunakan ID pengguna dan Kata Laluan sementara untuk menyemak dan membuat bayaran saman

2) MyEG

  1. Layari Portal Rasmi MyEG (https://www.myeg.com.my/)
  2. Pengguna baharu perlu mendaftar terlebih dahulu
  3. Kemudian log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah dicipta
  4. Pilih bahagian eService
  5. Klik pada jabatan yang berkaitan dengan saman seperti JPJ untuk saman AES, sila pilih JPJ kemudian pilih semak saman
  6. Selepas menyemak, anda boleh membuat bayaran saman secara online

Semak Saman JPJ Melalui SMS

Tiada Perkhidmatan SMS disediakan pada waktu ini. Di bawah adalah contoh perkhidmatan semak kompaun JPJ melalui SMS sebagai rujukan:

  • Taip JPJ<jarak>SAMAN<jarak>No. Kad Pengenalan atau nombor kenderaan>
  • hantar ke 15888
  • Contoh JPJ SAMAN 9106111111 atau JPJ SAMAN ABC 2345

Para pengguna jalan raya juga boleh membuat semakan dan bayaran secara fizikal di kaunter atau pejabat PDRM dan JPJ berhampiran. Semoga perkongsian berkaitan cara check Saman Polis Trafik PDRM, JPJ & AES (Online / SMS) membantu anda melunaskan bayaran saman dan memandu dengan lebih berhemah.

Rel : cukai jalan, kenderaan dan hantar ke 15888 atau 32728, taip polis jarak saman jarak nombor, masukkan nombor,

Tinggalkan Balasan