Perhatian kepada semua rakyat Malaysia, tahukah anda mengenai Portal Pembasmian Kemiskinan eKasih? Kerajaan telah mewujudkan satu sistem pangkalan data keluarga miskin untuk membantu rancangan, pelaksanaan dan pemantauan program pembasmian kemiskinan dalam masyarakat kita. Oleh itu, Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Pendaftaran & Semakan eKasih untuk panduan orang ramai.
Kerajaan ingin memastikan bantuan yang diberikan sampai kepada sasaran berpandukan data yang diperoleh daripada sistem yang diperkenalkan ini. Justeru, setiap ahli masyarakat hendaklah membantu mereka yang memerlukan dengan memastikan mereka mendaftar masuk ke dalam sistem supaya layak menerima bantuan-bantuan yang disediakan oleh kerajaan. Tanggungjawab bersama ini dapat membantu meningkatkan keharmonian masyarakat serta mengurangkan jumlah keluarga miskin dalam negara.
Cara Pendaftaran eKasih & Semakan Status
Anda boleh mengikuti perkongsian berkaitan Cara Pendaftaran & Semakan Status e-kasih seperti di bawah. Untuk makluman, sistem ini tidak berfungsi sebagai bantuan daripada kerajaan tetapi ia menjadi sistem untuk mengumpul maklumat-maklumat mengenai golongan miskin di seluruh Malaysia.
Sebelum itu, penting untuk kita mengetahui maksud-maksud perkataan yang digunakan dalam sistem bantuan seperti berikut :-
- Ketua Isi Rumah (KIR) adalah individu yang bekerja dan mendapat pendapatan untuk menanggung isi-isi rumah. KIR adalah daripada kalangan ahli isi rumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggungjawab atau diberi tanggungjawab terhadap kebajika ahli isi rumah di mana dia tinggal
- Ahli Isi Rumah (AIR) bermaksud jumlah individu yang tinggal di dalam satu kediaman atau rumah. Mereka yang dianggap sebagai penghuni atau tanggungan di sesuatu tempat kediaman di mana mereka tinggal
- PGK per kapita sesebuah isi rumah : Pendapatan per kapita ialah jumlah pendapatan bulanan semua ahli isi rumah dalam sesuatu tempat kediaman dan dibahagikan dengan bilangan ahli isi rumah tersebut.
Syarat Kelayakan
Untuk mendaftar dalam sistem ini, satu garis panduan telah ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) untuk mengukur status kemiskinan isi rumah. Garis panduan itu adalah berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) negara. Umumnya, KIR boleh menerima pendapatan daripada empat punca iaitu :-
- Gaji daripada bekerja
- Bekerja sendiri
- Pendapatan daripada pelaburan dan harta
- Pindahan semasa diterima
Oleh itu, berikut adalah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) terkini yang disediakan oleh unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri :-
Mereka yang berpendapatan bawah daripada PGK semasa layak mendaftar ke dalam sistem e-Kasih jika belum mendaftar.
Cara Daftar eKasih
Anda boleh menghadirkan diri ke Pejabat Kemajuan Negara (PPN) atau Pejabat Daerah terdekat untuk mendaftar masuk ke dalam sistem ini melalui empat kaedah iaitu :-
- telefon
- surat
- emel rasmi
- melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)
Pemohon boleh hubungi Pejabat Pembangunan Negeri untuk mendaftar. Senarai nombor telefon Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) bagi setiap negeri boleh didapati di bawah :-
- PPN W.P. Kuala Lumpur: 03-40420260 / 61
- PPN Selangor: 03-55213600
- PPN N. Sembilan: 06-7659945
- PPN Melaka: 06-3333333
- PPN Johor: 07-2234777
- PPN Pahang: 09-5178208
- PPN Terengganu: 09-6272000
- PPN Kelantan: 09-7455000
- PPN Perlis: 04-9731976
- PPN Kedah: 04-7209236
- PPN Pulau Pinang: 04-2185700
- PPN Perak: 05-2497400
- PPN Sabah: 088-484800
- PPN Sarawak: 082-446582
Proses Permohonan
Di bawah adalah proses kerja bagi permohonan isi rumah untuk mendaftar masuk ke dalam sistem e-Kasih :-
- Kenalpasti KIR miskin
- Pendaftaran di PPN atau Pejabat Daerah
- Membuat semakan data eKasih sama ada telah berdaftar atau tidak
- Jika tiada, pendaftaran dalam talian oleh KIR yang dikenalpasti perlu dilaksanakan
- Tapisan awal akan dilakukan, jika tidak layak, kemaskini status daftar akan ditolak
- Jika layak, pengesahan akan dibuat oleh Mesyuarat Focus Group Daerah/ Negeri
- Proses verifikasi akan dilaksanakan di lapangan
- Kunci masuk BIRM ke dalam sistem
- Semakan oleh penyelia
- Pengesahan oleh penyelia
- Selesai pendaftaran
Di bawah adalah infografik yang disediakan oleh sistem e-Kasih berkenaan proses kerja permohonan :-
Bantuan ekasih Semakan Status Kemiskinan Secara Online
Setelah mendaftar masuk ke dalam Sistem eKasih, pemohon boleh membuat semakan dengan langkah-langkah seperti berikut :-
- Layari Pautan Semakan Status
- Klik “Semakan Status Daftar”
- Masukkan Nombor kad pengenalan
- Klik “Cari”
- Status berjaya atau tidak akan dipaparkan
Jenis bantuan yang layak diterima
Seperti yang telah dimaklumkan, sistem ini berfungsi sebagai pusat data untuk golongan miskin. Kementerian dan agensi kerajaan akan menggunakan data ini untuk menyalurkan bantuan secara terus kepada golongan sasaran khususnya untuk membasmi kemiskinan.
Berikut dikongsikan antara bantuan yang ditawarkan jika anda layak mendaftar masuk ke dalam sistem bantuan :-
- Sumbangan Asas Rahmah : Bantuan tambahan kepada sumbangan tunai rahmah di mana individu yang layak akan mendapat bantuan yang dikreditkan ke MyKad setiap bulan untuk membeli barangan asas
- i-suri KWSP : Caruman sukarela untuk suri rumah ke dalam akaun simpanan saraan KWSP
- Bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat :
- Bantuan Am Persekutuan (BA): RM100 sebulan seorang. Maksimum RM350 sebulan sekeluarga
- Bantuan Anak Pelihara (BAP) : RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara dua orang kanak-kanak atau lebih
- Bantuan Kanak-Kanak (BKK) : Bulanan RM150 hingga RM1,000
- Elaun Pekerja Cacat (EPC) : RM500 sebulan seorang
- Bantuan Orang Tua (BOT) : RM500 sebulan seorang
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT) : RM500 sebulan
- Bantuan Am Negeri : Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga
- Bantuan Latihan Perantis (BLP) : RM200 sebulan seorang
- Bantuan Geran Pelancaran (GP) : Maksimum RM2,700 sekaligus
- Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT) : Mangikut harga sebenar yang telah ditetapkan
- Tabung Bantuan Segera (TBS)
Soalan Lazim e-Kasih
Di bawah adalah senarai soalan-soalan lazim yang berkaitan untuk makluman semua.
1. Apakah itu e-Kasih?
Ianya merupakan satu sistem Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskini dari segi profail individu, bantuan yang diterima dan pemantauan bantuan yang diterima.
2. Apakah maklumat yang akan direkod dalam sistem bantuan
Sembilan jenis maklumat bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu butiran KIR dan AIR, lokasi, kediaman, pendidikan, kemahiran, pekerjaan, harta, kesihatan, bantuan dan pendapatan. senarai bantaun juga diterima oleh KIR
3. Bagaimana untuk menyemak status pendaftaran jika tidak boleh menyemak secara online
Jika anda tisak boleh membuat semakan secara online, sila hubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN- Bahagian/ Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status
4. Jika nama telah berdaftar dalam sistem bantuan, apakah bantuan akan disalurkan dan bila akan diberikan?
Untuk mendapat bantuan, kelulusan dan tempoh penerimaan bantuan bergantung kepada keputusan agensi yang memberi bantuan. Pemohon perlu menepati syarat dan kriteria bantuan yang telah ditetapkan mengikut agensi dan hubungi agensi terbabit untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan yang dimohon
Maklumat Lanjut
Semoga perkongsian berkaitan Cara Pendaftaran & Semakan Status dapat membantu semua yang memerlukan. Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk:
- Portal Rasmi https://ekasih.icu.gov.my/
- Soalan Lazim (FAQ)
- Manual Pengguna
- No. Telefon MyGCC : 03 – 8000 8000
Rel : penjanaan laporan dan statistik kemiskinan, ketua isi rumah air daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program, miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang melaksana dan memantau program kemiskinan, berdasarkan pendapatan garis kemiskinan pgk semasa, ditetapkan oleh ketua isi rumah kir dan ahli isi rumah air, satu sistem bank data kemiskinan nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan, ppn atau majlis pengurusan komuniti kampung mpkk atau majlis perwakilan penduduk mpp, individu program bantuan yang diterima oleh ketua isi rumah kir dan ahli isi rumah air, poverty mapping dan pemantauan kemiskinan, miskin tegar, disediakan oleh ketua isi rumah kir dan ahli isi rumah air, miskin yang diterima oleh ketua isi rumah kir dan ahli isi rumah air, isi rumah miskin, layak untuk, membuat laporan,