eGUMIS Semakan WTD Wang Tak Dituntut Secara Online

Tahukah anda mengenai wang tidak dituntut (WTD)? Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) berperanan untuk mengembalikan wang yang tidak dituntut oleh empunya yang berhak. Oleh itu, kerajaan telah menyediakan satu sistem  eGUMIS atau Electronic Government Unclaimed Money Information untuk memudahkan proses semakan WTD secara online. Anda turut boleh membuat semakan secara manual di senarai lokasi kaunter JANM yang dikongsikan di bawah.

Untuk makluman, Kementerian Kewangan atau Pendaftar Wang Tidak Dituntut tidak pernah melantik mana-mana individu, firma atau syarikat sebagai orang tengah untuk urusan tuntutan bayaran balik WTD. Justeru, sesiapa yang ingin membuat permohonan bayaran balik WTD atau membuat semakan WTD boleh melalui aplikasi eGUMIS atau terus berurusan dengan pejabat Pendaftar Wang Tidak Dituntut tanpa sebarang kos atau caj yang dikenakan.

eGUMIS Semakan Wang Tidak Dituntut Secara Online WTD Kaunter JANM

eGUMIS Sistem Semakan Wang Tak Dituntut (WTD) Secara Online

Di bawah dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Wang Tak Dituntut (WTD) secara online (secara dalam talian) dan manual serta senarai lokasi Pejabat Pendaftar WTD, Jabatan Akauntan Negara Malaysia di setiap negeri.

Apa Itu Wang Tak Dituntut?

Wang Tidak Dituntut adalah wang perlu dibayar disisi undang-undang kepada pemilik yang sepatutnya dalam tempoh masa tertentu seperti mana di tetapkan di bawah Seksyen 8, Akta Wang Tidak Dituntut 1965. Pendaftar wang tidak dituntut, iaitu Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) sebagai pemegang amanah akan menyimpan selamat wang tersebut mengikut peraturan kewangan berkuatkuasa sehingga ianya dituntut oleh empunya yang berhak, eGumis

Menurut Seksyen 8 Akta WTD 1965 terbahagi kepada tiga kategori:-

1. Wang yang perlu dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayarkan dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu tahun. Contoh di bawah kategori ini ialah:-

  • Gaji, upah,bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayarkan kepada kakitangan
  • Dividen dan keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan
  • Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran
  • Draf bank, cashier’s order dan dokumen lain yang mempunyai fungsi serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput
  • Cagaran dan deposit di mana tujuan wang itu dikutip telah pun dicapai
  • Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang
  • Pemiutang atau penghutang pelbagai

2. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekali pun dalam satu tempoh tidak kurang dari tujuh tahun. Contoh di bawah kategori ini ialah:-

  • Akaun simpanan
  • Akaun Semasa
  • Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik)

3. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urus niaga bagi satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun

Kategori ini merujuk kepada akaun pemiutang dan penghutang perdagangan.

Pendaftar Wang Tak Dituntut

Menteri Kewangan telah melantik Akauntan Negara Malaysia sebagai Pendaftar Wang Tak Dituntut sejak 1 Jun 1975. Peranan utama Pendaftar adalah:-

  1. Pemegang amanah terhadap Wang Tak Dituntut (WTD) yang diterima
  2. Membayar balik WTD kepada empunya WTD sekiranya terdapat permohonan tuntutan
  3. Memeriksa rekod syarikat atau firma bagi memastikan kepatuhan peruntukan Akta
  4. Mencadangkan kompaun dan hukuman denda terhadap syarikat atau firma yang gagal mematuhi peruntukan Akta

Syarikat atau Firma yang wajib mematuhi Akta

Menurut seksyen 8 Akta WTD 1965, pihak syarikat firma yang wajid mematuhi Akta ialah:-

  1. Syarikat yang ditubuhkan di bawah peruntukan Akta Syarikat 1965, termasuk syarikat asing yang ditetapkan di bawah Bab 2 Bahagian XI Akta tersebut;
  2. Lembaga yang ditubuhkan untuk menguruskan kumpulan wang berkaitan dengan faedah-faedah persaraan;
  3. Pertubuhan dan koperasi yang didaftarkan;
  4. Perbadanan, pihak berkuasa awam dan kesatuan sekerja; dan
  5. Firma iaitu pihak-pihak yang bersatu bagi menjalankan perniagaan.

Seksyen 14 Akta WTD 1965 memperuntukkan bahawa mana-mana pihak yang mempunyai wang, selain daripada WTD dalam tangan yang belum dituntut oleh empunya, boleh menyerahkan wang tersebut kepada Pendaftar seolah-olah wang tersebut adalah WTD yang perlu dibayar walaupun beliau tidak wajib untuk berbuat demikian menurut Akta.

Semakan Wang Tak Dituntut Secara Online Melalui eGUMIS

Di bawah adalah kaedah untuk menggunakan sistem semakan secara online melalui Portal eGumis untuk membuat semakan WTD dan seterusnya membuat permohonan jika terdapat Wang Tidak Dituntut :-

  1. Layari Portal Rasmi (https://egumis.anm.gov.my)

A. Pendaftaran Akaun Pengguna

  1. Setelah mengakses portal rasmi, klik “Pendaftaran”
  2. Isikan maklumat penting yang diperlukan kemudian klik “Daftar”
  3. Sahkan pendaftaran dengan menekan butang “Ya”
  4. Kata laluan akan dihantar melalui emel

B. Log Masuk Kali Pertama

  1. Selepas mengakses portal rasmi, klik untuk “Log Masuk”
  2. Masukkan nama pengguna yang diisi sewaktu pendaftaran pengguna dan kata laluan yang dihantar menerusi emel
  3. Klik “Log Masuk”
  4. Pengguna hendaklah menukar kata laluan selepas log masuk ke portal kali pertama sebelum dibenarkan menggunakan sistem semakan
  5. Setelah mengisi maklumat yang diperlukan, klik “Simpan”
  6. Kemaskini maklumat pengguna lain yang diperlukan. Klik “Simpan”

C. Langkah Semakan

  1. Klik untuk “Carian Wang Tak Dituntut”
  2. Masukkan “No. Kad Pengenalan” dan klik “Cari”
  3. Maklumat akan dipaparkan. Klik “Cetak” sekiranya ingin mencetak maklumat tersebut

Untuk mendapatkan panduan yang lebih terperinci, sila buka pautan manual pengguna di bawah :-

Semakan WTD Secara Manual Di Kaunter JANM

Anda juga boleh membuat semakan wang tak dituntut secara manual di lokasi pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia di seluruh negeri. Langkah-langkah semakan wang tidak dituntut secara manual adalah :-

  1. Hadir ke kaunter JANM yang terdekat dalam waktu pejabat
  2. Pastikan anda membawa dokumen pengenalan diri iaitu Kad pengenalan/ MyKad. Untuk semakan waris yang telah meninggal dunia, sila bawa sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan yang menyatakan hubungan anda dengan pewaris.
  3. Serahkan MyKad atau dokumen yang berkaitan di kaunter WTD
  4. Pegawai JANM yang bertugas akan membuat semakan melalui sistem
  5. Pegawai bertugas akan menyenaraikan senarai WTD (jika ada) dan menjelaskan prosedur untuk membuat tuntutan
  6. Tiada bayaran atau caj perkhid­matan dikenakan untuk membuat semakan

Senarai Lokasi Kaunter Semakan WTD

Berikut adalah Senarai Alamat JANM (Kaunter WTD) – pejabat jabatan akauntan negara malaysia janm seluruh negeri iaitu lokasi di mana anda boleh membuat semakan wang tak dituntut.

1. JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

  • Kompleks Kementerian Kewangan
    No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2,
    62594 Putrajaya
  • Tel : 03 – 8882 1000
    Faks : 03 – 8882 1042
    Emel: maklumbalas@anm.gov.my

2. WILAYAH UTARA

Perlis

  • Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perlis
    Tingkat 3, Bangunan Persekutuan,
    Persiaran Jubli Emas,
    01000 Kangar, Perlis.
  • Tel : 04-976 2766
    Fax : 04-976 2668
    Emel: pneg_per@anm.gov.my

Kedah

  • Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Kedah
    Aras G & 4, Zon C,
    Wisma Persekutuan Anak Bukit,
    06550 Anak Bukit, Alor Setar,
    Kedah Darulaman.
  • Tel : 04-700 1000
    Faks : 04-700 1011/1068
    Emel: pneg_kdh@anm.gov.my

Pulau Pinang

  • Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang
    Tingkat 42, KOMTAR,
    10000 Pulau Pinang
  • Tel : 04-2555 500/501/502/503/504/505/506/507
    Faks : 04-2555 577
    Emel: pneg_png@anm.gov.my

Perak

  • Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perak
    Tingkat 5 – 9, Wisma Maju UMNO,
    Jalan Sultan Idris Shah,
    30990 Ipoh Perak.
  • Tel: 05 – 254 7304 / 254 7305
    Faks: 05 – 241 1343
    Emel: pneg_prk@anm.gov.my

3. WILAYAH TENGAH

Selangor

  • Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Selangor
    Bangunan Affin Bank,
    Lot Presint 3.4, Persiaran Perbandaran
    Seksyen 14, 40000 Shah Alam
    Selangor
  • Tel : 03-55205200
    Fax : 03-55105049
    Emel: pneg_sgr@anm.gov.my

Negeri Sembilan

  • Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sembilan
    Tingkat. 10, Wisma Persekutuan,
    Jalan Dato´ Abdul Kadir,
    70990 Seremban, Negeri Sembilan
  • Tel : 06-768 6800
    Faks : 06-761 9027
    Emel: pneg_nsb@anm.gov.my

4. WILAYAH SELATAN

Johor

  • Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Johor
    Tingkat 8 dan 11, Lot 20485,
    Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek,
    80720 Johor Bahru.
  • Tel : 07-224 9244
    Faks : 07-223 9322
    Emel: pneg_jhr@anm.gov.my

Melaka

  • Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Melaka
    Aras 5, Menara Persekutuan,
    Jalan Persekutuan, Ayer Keroh,
    75450 Melaka.
    Tel : 06-289 5000
    Faks : 06-234 5201
    Emel: pneg_mlk@anm.gov.my

5. WILAYAH TIMUR

Pahang

  • Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pahang
    Tingkat 4 & 5, Bangunan BSN,
    Jalan Bank,
    25000 Kuantan, Pahang.
  • Tel : 09-565 5802
    Faks : 09-516 4931
    Emel: pneg_phg@anm.gov.my

Terengganu

  • Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Terengganu
    Tingkat 11, Wisma Persekutuan,
    Jalan Sultan Ismail,
    20594 Kuala Terengganu,
    Terengganu.
  • Tel : 09-627 8200
    Faks : 09-622 2137
    Emel: pneg_trg@anm.gov.my

Kelantan

  • Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Negeri Kelantan
    Blok A Tingkat 1 & 2, Bangunan Kerajaan Persekutuan Jalan Doktor,
    15990 Kota Bharu Kelantan.
  • Tel : 09-746 0200
  • Faks : 09-747 5484
    Emel: pneg_kel@anm.gov.my

6. SABAH

JANM Cawangan Negeri Sabah

  • Aras Bawah, 6 & 7, Wisma Perindustrian Jalan Istiadat,
    Likas Beg Berkunci No. 2053
    88594 Kota Kinabalu, Sabah
  • Tel : 088-8324 888 / 088-324 801
    Faks : 088-210 828
    Emel: pneg_kki@anm.gov.my

JANM Cawangan Keningau

  • Rumah Persekutuan, Tingkat 2, Beg Berkunci No.5
    89009 Keningau, Sabah
  • Tel : 087-331 245 / 339 960
    Faks : 087-330 449
    Emel: pcaw_kgu@anm.gov.my

JANM Cawangan Tawau

  • Tingkat 4, Wisma Persekutuan,
    Jalan Dunlop, Bandar Sabindo,
    91000, Tawau Sabah
  • Tel : 089-775 620, 089-775 621
    Faks : 089-773 688
    Emel: pcaw_taw@anm.gov.my

JANM Cawangan Sandakan

  • Sandakan Tingkat 2, Wisma Persekutuan
    Beg Berkunci No. 6
    90509 Sandakan, Sabah
  • Tel : 089-668331
    Faks : 089-668384
    Emel: pcaw_sdk@anm.gov.my

JANM Cawangan Labuan

  • Persekutuan Labuan
    Blok 4 Tingkat 5, Ujana Kewangan,
    Peti Surat 80622,
    87016 W.P Labuan.
  • Tel : 087-412 172 /413 195 / 414 255 / 087-413729
    Faks : 087-419 536
    Emel: pcaw_lab@anm.gov.my

7. SARAWAK

JANM Negeri Sarawak

  • Tingkat 6,
    Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang,
    Jalan Simpang Tiga,
    93594 Kuching, Sarawak.
  • Tel : 082-254 144
    Faks : 082-256 991
    Emel: pneg_kch@anm.gov.my

JANM Cawangan Sibu

  • Wisma Persekutuan Blok 1,
    Jalan Awang Ramli Amit,
    96000 Sibu, Sarawak.
  • Tel : 084-332 053
    Faks : 084-323 824
    Emel: pcaw_sib@anm.gov.my

JANM Cawangan Sarikei

  • No. 2-3, Lorong Jubli Mutiara 2,
    Jalan Bersatu,
    96100 Sarikei, Sarawak
  • Tel : 084-654 032 / 654 043
    Faks : 084-652 087 / 320 535
    Emel: pcaw_srk@anm.gov.my

JANM Cawangan Sri Aman

  • Tingkat 2 & 3, Blok 3, Wisma Persekutuan,
    Fasa 2, Jalan Kejatau,
    95000 Sri Aman, Sarawak.
  • Tel : 083-321 200 / 321 201 / 323 629
    Faks : 083-321 200 / 321 201 / 323 629
    Emel: pcaw_sri@anm.gov.my

JANM Cawangan Kapit

  • Tingkat bawah & 1, Wisma Persekutuan
    Jalan Kapit By -Pass,
    96800 Kapit Sarawak.
  • Tel : 084-796 382 / 797 218 / 796 473
    Faks : 084-797 620
    Emel: pcaw_kpt@anm.gov.my

JANM Cawangan Bintulu

  • Tingkat 2, Wisma Bintulu, Nombor 1,
    Jalan Kidurong, 97007 Bintulu, Sarawak.
  • Tel : 086-312741
    Faks : 086-312763
    Emel: pcaw_btl@anm.gov.my

JANM Cawangan Limbang

  • Tingkat 1-3 Lot 2002 LTD
    Jalan Tarap
    98700 Limbang, Sarawak.
  • Tel : 085-212 355 / 212773
    Faks : 085-212 624
    Emel: pcaw_lbg@anm.gov.my

JANM Cawangan Miri

  • Tingkat 4, Yu Lan Plaza,
    Jalan Brooke,
    98000 Miri, Sarawak.
  • Tel : 085-442 180
    Faks : 085-423 103
    Emel: pcaw_mir@anm.gov.my

Permohonan Tuntutan Wang Tidak Dituntut

Pegawai JANM yang bertugas akan memberikan panduan dalam membuat permohonan bayaran balik WTD. Tuntutan boleh dibuat seperti berikut :-

  1. Pemohon perlu mengisi borang tuntutan jika terdapat wang tidak di tuntut
  2. Sertakan beberapa dokumen berkaitan yang antara lain meliputi salinan MyKad, surat pengesahan bank berkenaan, penyata buku bank yang aktif untuk tujuan pembayaran balik secara bank-in.
  3. Borang UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani
  4. Salinan kad pengenalan (hadapan dan belakang) / pasport pemohon bagi bukan warganegara
  5. Dokumen asal (Antaranya: buku bank /sijil simpanan tetap dan lain-lain)
  6. Salinan muka hadapan buku akaun / penyata bank pemohon yang aktif serta disahkan oleh pihak bank
  7. Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun yang dinyatakan

Hanya pihak-pihak berikut sahaja layak untuk membuat permohonan tuntutan WTD :-

  • Empunya/pemilik WTD sendiri
  • Pentadbir harta pusaka (wasi) yang dinamakan dalam Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka
  • Pelikuidasi yang mewakili pihak syarikat/ firma yang sedang dalam proses penggulungan
  • Individu atau syarikat/ firma yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah; atau
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia/Jabatan Insolvensi Malaysia bagi syarikat/firma yang bubar atau individu bankrap

Maklumat Lanjut Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD)

Antara maklumat-maklumat penting berkaitan WTD eGumis yang perlu diambil perhatian oleh orang ramai adalah :-

  1. Tiada had untuk membuat semakan atau tuntutan WTD
  2. Boleh dibuat pada bila-bila masa. Tiada tarikh luput
  3. Waris boleh tuntut bagi pemilik yang telah meninggal dunia
  4. Tiada tuntutan minimum atau maksimum
  5. Wang disimpan selamat dalam pegangan kerajaan
  6. Perkhidmatan diberikan adalah percuma
  7. Dibayar tanpa faedah
  8. JANM tidak pernah melantik ejen
  9. JANM tidak pernah menghantar emel berkaitan perkhidmatan WTD
  10. Akauntan Negara Malaysia dilantik sebagai Pendaftar WTD
  11. Tuntutan dibayar dalam tempoh satu (1) bulan

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan semakan WTD, sila rujuk kepada dokumen di bawah ini:-

Semoga perkongsian Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) Online dan Manual serta senarai lokasi kaunter JANM membantu anda dalam proses permohonan atau semakan WTD.

Rel : dituntut untuk membuat semakan,

Tinggalkan Balasan