Kalkulator Merit UPU Cara Membuat Kiraan Markah Merit UPU Secara Online

Berita baik kepada pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA telah menyediakan Electronic Management of Admission System (EMAS) sebagai aplikasi pengiraan markah merit pelajar. Berikut dikongsikan Kalkulator Merit UPU iaitu panduan cara membuat pengiraan Markah Merit UPU menerusi konsep meritokrasi (90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum).

Pengiraan markah merit tidak perlu dilakukan secara manual lagi kerana aplikasi EMAS akan membantu pelajar untuk membuat pengiraan markah merit secara online. Untuk makluman, markah merit kemasukan pelajar ke IPTA adalah berdasarkan prinsip meritokrasi bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan yang setaraf dengannya. Pelaksanaan kaedah pengiraan markah merit terkini adalah sejajar dengan sistem penggredan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diubah pada tahun 2009. Untuk lepasan STPM/ setaraf, konsep meritokrasi juga digunakan.

Kalkulator Merit UPU online

Kalkulator Merit UPU Cara Pengiraan Markah Merit UPU Secara Online Menerusi Konsep Meritokrasi

Adalah penting untuk pelajar mengetahui markah merit sebelum membuat permohonan UPUonline. Langkah ini bagi memastikan pelajar dapat menentukan bidang, kursus dan UA yang paling sesuai dengan merit yang mereka miliki.

Lepasan SPM 2022 boleh membuat pengiraan merit melalui Aplikasi UPUPOCKET. Sistem pengiraan merit terkini melalui laman web UPU boleh dilakukan apabila calon log masuk ke dalam profil masing-masing

Meritokrasi adalah penentuan nilai merit yang dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa, keturunan, negeri, tempat tinggal dan sebagainya. Prinsip meritokrasi mengguna pakai:

  • a) 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA), Kolej Matrikulasi KPM, IPGM, 36 buah Politeknik, 103 Kolej Komuniti, dan 4 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

Berikut dikongsikan pautan aplikasi dan cara menggunakan kalkulator merit UPU bagi pelajar membuat kiraan markah merit UPU secara online mengikut kategori pemohon:

Aplikasi Kalkulator Merit UPU 

Lepasan SPM/ Setaraf

Lepasan STPM/ Setaraf

Nota : Terdapat empat pilihan iaitu SPM Aliran Sains, SPM Aliran Sastera, STPM/STAM/Matriks/Asasi dan Diploma/Setaraf. Anda perlu memilih mengikut kategori masing-masing untuk membuat pengiraan markah merit

Langkah Membuat Pengiraan Markah Merit UPU 

1) Pilih kategori anda. Contoh dibawah adalah bagi lepasan diploma, STPM/Matriks/Asasi:Kalkulator Merit UPU2) Masukkan keputusan PNGK anda dan klik kira.Kalkulator Merit UPU3) Markah merit akan dipaparkan seperti di bawah:Kalkulator Merit UPUBerikut adalah paparan pengiraan bagi lepasan SPM dimana pelajar perlu mengisi maklumat mengikut keputusan subjek seperti di bawah. Untuk Lepasan SPM 2022, klik pada pengiraan merit Tahun Semasa dan calon lepasan SPM yang lain klik  pada bukan tahun semasa :

kiraan merit semasa upu a

Berikut pula adalah paparan pengiraan merit untuk Lepasan SPM semasa :

kiraan merit semasa upu b

kiraan merit semasa upu c

Markah Kokurikulum

  • Markah kokurikulum 10% bagi calon sekolah di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dibekalkan oleh Bahagian Seni dan Kokurikulum KPM kepada BPKP JPT
  • Bagi calon persendirian, markah kokurikulum adalah berdasarkan maklumat kokurikulum yang diisi semasa mengemukakan permohonan
  • Markah kokurikulum dikira berdasarkan purata 2 daripada 4 bidang yang terbaik dengan markah 10%.

Untuk semak markah kokurikulum, anda boleh klik pautan berikut:-

Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk kepada pautan berikut :-

Diharap agar perkongsian berkaitan ini dapat membantu semua terutamanya pelajar-pelajar. Selamat maju jaya dalam membuat permohonan UPUonline dan diucapkan semoga anda berjaya.

Tinggalkan Balasan