UPU

Kategori Permohonan UPU 2020 SPM/ STPM

Senarai Kategori Lepasan SPM/ STPM UPUonline

Kategori-kategori Permohonan UPU 2020. Berikut merupakan kategori permohonan UPU bagi sesi kemasukan tahun 2020-2021. Ianya boleh dijadikan panduan dan rujukan bagi pelajar yang ingin membuat permohonan untuk ke peringkat pengajian tinggi. Terdapat dua bahagian kategori permohonan kepada pelajar-pelajar yang mempunyai kelayakan SPM/ Setaraf dan STPM/ Setaraf.

Pengenalpastian kategori ini memudahkan pemohon daripada kalangan pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian tinggi dalam mengisi borang permohonan online UPU untuk mengenalpasti kategori-kategori mereka masing-masing agar supaya tidak melakukan kesilapan semasa mengisinya.

kategori permohonan upu

Permohonan UPU 2020 Kategori (SPM/ STPM)

Berikut adalah maklumat lengkap senarai kategori permohonan UPU sesi 2020-2021 online dari sumber Portal Rasmi UPU.

A. Kategori Permohonan UPU Lepasan SPM/Setaraf

Berikut adalah kategori untuk pelajar lepasan SPM atau setaraf dengannya yang ingin memohon.

BilKategori SPM/ SetarafPerkara
1
A
Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun semasa
  • Calon yang menduduki SPM tahun 2019 sahaja
2
B

Pemohon yang menggunakan keputusan SPM bukan tahun semasa

  • Calon yang ingin menggunakan keputusan SPM pada tahun 2017, 2018 atau 2019
  • Bukan kali pertama menduduki SPM

B. Kategori Permohonan UPU Lepasan STPM/Setaraf

Untuk kategori bahagian ini, beberapa kategori telah dipecahkan kepada lepasan STPM atau setaraf dengannya. Berikut adalah kategori-kategori untuk pelajar yang ingin memohon.

BilKategori STPM/ SetarafPerkara
1
A, S
STPM (Kategori A, S) Pemohon-pemohon yang menggunakan kelayakan STPM tahun semasa sahaja:
2
N, P, U, L, K, J
Pelajar Matrikulasi KPM/ Asasi PASUM/ Asasi UiTM tahun semasa seperti pecahan berikut:
  • Kategori N : Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, Asasi PASUM dan Asasi UiTM
  • Kategori P : Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM
  • Kategori U : Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM
  • Kategori L : Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL)
  • Kategori K : Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM
  • Kategori J : Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM.
3
G
Diploma (Universiti Awam / Politeknik) :
  • Diploma Universiti Awam
  • Diploma Politeknik
4
E
DKM / DLKM / DVM / DIPLOMA IPTS/ LUAR NEGARA / LAIN-LAIN KELAYAKAN :
  • Diploma Kemahiran Awam (DKM)
  • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)
  • Diploma Vokasional Malaysia
  • Diploma IPTS/ Luar negara / Lain-lain Kelayakan
5
F
Kelayakan Setaraf :
  • A Level
  • International Baccalaureate Diploma (IBD)
  • Sekolah Sukan (SSBJ/ SSTMI/ SSMP)
  • STPM (BUKAN TAHUN SEMASA)
  • Matrikulasi KPM (BUKAN TAHUN SEMASA)
  • STAM (Dua (2) Tahun Sebelum Tahun Semasa)
  • AUSMAT/ SAM / ADFP
  • Asasi IPTS

Iklan Permohonan Kemasukan Ke UA, Kolej Matrikulasi, IPGM, Politeknik, Kolej Komuniti Dan IKLA 2020

iklan permohonan upu 2020 2021

Nota : Tarikh pembelian PIN Unik ID UPU dilanjutkan ke tarikh 16 April 2020 manakala tarikh tutup permohonan dilanjutkan ke 17 April 2020

PERHATIAN

Permohanan oleh pelajar yang mempunyai taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui BPKP JPT. Manakala, pemohon bertaraf Bukan Warganegara perlu memohon terus ke IPTA.

Diharap agar perkongsian berkenaan Kategori untuk Permohonan UPU 2020 ini dapat membantu pelajar bagi mengenalpasti kategori mereka dengan tepat semasa membuat permohonan UPU. Semoga anda berjaya dalam permohonan kemasukan ke UA atau IPTA  yang diinginkan!

Share this post:

Tags

Related Articles

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Close