Permohonan ILJTM 2025 Online (ILP, ADTEC, JMTI). Berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM)? Belajar di ILJTM adalah antara pilihan pelajar lepasan SPM/ SKM/ ST di Malaysia. Berita baik seperti dikongsikan dari Portal Rasmi Jabatan Tenaga Manusia (JTM), permohonan ILP 2025 untuk sesi 1/2025 dibuka mulai 1 Oktober 2024 hingga 15 November 2024. Manakala untuk sesi 2/2024 dibuka mulai 4 Mac 2024 hingga 14 Mei 2024.
Permohonan ILJTM adalah melibatkan kemasukan ke Institut Latihan Perindustrian (ILP), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI). Status pemohon yang berjaya sesi Julai dan Januari boleh dirujuk di Result ILJTM Online.
Permohonan ILJTM 2025 Secara Online (Kemasukan ILP, ADTEC, JMTI)
Pengambilan kemasukan ke Institut Latihan JTM (ILJTM) dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai. Tujuan ILJTM ditubuhkan adalah untuk menyediakan program latihan kemahiran pra-perkerjaan untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian di Malaysia disamping meningkatkan taraf kemahiran pekerja untuk sektor perindustrian.
Permohonan kemasukan ILJTM boleh di buat menggunakan Aplikasi Atas Talian (online) seperti berikut :-
i) SESI 1/2025 : Tarikh Penting Permohonan ILP, ADTEC & JMTI 2025 Online (ILJTM)
Panduan buat pelajar yang ingin menyambung pengajian ke ILJTM di seluruh Malaysia. Berikut adalah tarikh penting permohonan ILJTM Sesi 1/2025.
- 1) Permohonan Kemasukan Sesi 1/2025: Melalui Laman Web JTM (www.jtm.gov.my/online). Untuk lepasan SPM dan lepasan SKM/ ST.
2) Permohonan khas ADTEC Shah Alam – kursus Pra-Diploma & Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyelenggaraan Kapal Terbang.
Tarikh Penting Sesi 1/2025
- 1 Oktober 2024 : Sistem Permohonan dibuka
- 15 November 2024 : Sistem Permohonan ditutup
- 11 – 15 November 2024 : Semakan Panggilan Temuduga (kursus #)
- – : Sesi Temuduga (kursus bertanda #)
- 18 November 2024 : Hebahan Keputusan Permohonan
- 8 Disember 2024: Tarikh Akhir Cetakan Surat Tawaran JTMOnline
- 8 Disember 2024 : Tarikh Akhir Maklum Balas Setuju Terima Tawaran
- – : Pendaftaran Pelajar Baharu
Tarikh-tarikh penting yang berkaitan akan dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan perkongsian laman web rasmi JTM.
Tarikh Penting Sesi 2/2024
- 4 Mac 2024 : Sistem Permohonan Online dibuka
- 14 Mei 2024 : Sistem Permohonan Online ditutup
- 15 Mei 2024 : Semakan Panggilan Temuduga (kursus #)
- 20 – 24 Mei 2024 : Sesi Temuduga (kursus bertanda #)
- 26 Jun 2024 : Hebahan Keputusan Permohonan
- 5 Julai 2024 : Tarikh Akhir Cetakan Surat Tawaran JTMOnline
- 5 Julai 2024 : Tarikh Akhir Maklum Balas Setuju Terima Tawaran
- 22 Julai 2024 : Pendaftaran Pelajar Baharu
TERKINI: Majlis TVET Negara telah membangunkan satu sistem Unit Pengambilan TVET sebagai saluran permohonan tunggal bagi mengikuti kursus TVET di Seluruh Negara. Siri perdana ambilan Julai 2024 akan dibuka mulai 25 Mac 2024 hingga 27 Mei 2024 bagi permohonan bertemuduga dan 11 Jun 2024 tanpa temuduga. Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut:
Nota : Semua makluman mengenai temuduga dan keputusan permohonan ILP, JMTI dan ADTEC perlu disemak di laman web JTM sahaja. Tiada surat menyurat secara manual dikeluarkan. Tempoh rayuan kemasukan terus ke ILJTM adalah tertakluk pada kekosongan tempat.
Senarai ILJTM Dan Kursus Yang Ditawarkan
- Pada masa kini terdapat 32 buah Institusi Latihan JTM iaitu 8 ADTEC, 1 JMTI dan 23 ILP. Kesemuanya di bawah seliaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM).
- Semua kursus yang dijalankan di ILJTM diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK – nama dulu MLVK) dan satu bonus tambahan kepada mereka yang mengikuti latihan di ILJTM dimana terdapat penambahan terhadap subjek – subjek yang diajar supaya pelajar berkenaan lebih bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan kelak.
- Jangkamasa kursus yang ditetapkan adalah antara 6 bulan hingga 3 tahun 6 bulan. Namun ia bergantung kepada program ingin dipilih samada sijil, diploma dan diploma lanjutan.
- JTM, pada dasarnya tidak menetapkan sebarang had umur untuk memboleh semua masyarakat untuk mengikuti latihan di ILJTM, sesuai dengan slogan pembelajaran sepanjang hayat. Namun demikian oleh kerana beberapa sebab tertentu seperti pemberian pinjaman dan sebagainya maka penetapan umur perlu di tetapkan iaitu antara 17 tahun hingga 35 tahun (bergantung kepada program yang ingin diikuti). Namun demikian, mereka yang tidak layak dengan had umur berkenaan masih boleh lagi mengikuti latihan dalam beberapa program seperti latihan jangka pendek yang ada ditawarkan di ILJTM.
Halatuju Pelajar ILJTM
- Lepasan pelajar dari ILJTM berpeluang untuk meneruskan latihan mereka samada di ILJTM sendiri ataupun di institusi latihan lain yang menawarkan kursus berteraskan kemahiran.
- Kesemua kursus – kursus yang dijalankan adalah berdasarkan kepada standard latihan yang ditetapkan oleh JPK. Kursus – kursus yang dijalankan juga sesuai untuk pekerjaan di sektor swasta (industri). Mengikut statistik kami, menunjukkan sejumlah 80% dari lepasan ILJTM berjaya mendapatkan pekerjaan selepas 6 bulan tamat latihan dalam pelbagai sektor industri yang ada.
- ILJTM menawarkan pelbagai kursus kemahiran dalam pelbagai bidang antaranya Mekanikal & Pengeluaran, Elektrik & Elektronik, Teknologi Maklumat, Sivil & Bangunan, Percetakan dan Bukan Logam. Sehingga kini, ILJTM menawarkan 45 kursus di peringkat Sijil, 43 kursus di peringkat Diploma dan 10 kursus di peringkat Diploma Lanjutan.
Selamat membuat Permohonan ILJTM 2025 online (ILP, ADTEC, JMTI). Semoga anda berjaya dalam permohonan ILP anda.