Semakan Keputusan ILJTM 2024 Online (ILP)

Semakan Tawaran Keputusan ILP, ADTEC Dan JMTI Sesi 2/2024 Online. Bilakah tarikh semakan keputusan ILJTM sesi 2/2024? Berita baik buat pelajar lepasan SPM/ SKM/ ST yang ada memohon kemasukan ke ILJTM (Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia) sesi ambilan sesi 2/2024 melalui permohonan online.

Keputusan ILJTM yang meliputi Institut Latihan Perindustrian (ILP), ADTEC dan JMTI (sebahagian dari ILJTM) boleh disemak secara atas talian/ online di Portal Rasmi Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.

Semakan Keputusan ILJTM

Cara Semak Keputusan Tawaran Dan Temuduga ILP, ADTEC Dan JMTI 2024 Online

Menyambung pengajian berasaskan latihan kemahiran di ILJTM adalah pilihan ramai pelajar masa kini. Terdapat 32 buah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia di bawah seliaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) iaitu 23 buah ILP, 8 ADTEC dan 1 JMTI. ILJTM ada menawarkan kursus-kursus yang berteraskan kemahiran dan ditawarkan secara sepenuh masa atau secara jangka pendek.

Berikut adalah maklumat penting berkaitan Semakan Keputusan ILJTM – ILP ADTEC JMTI sesi 2/2024 secara online. Maklumat yang dikongsikan memaparkan tarikh penting permohonan dan semakan tawaran/ temuduga ILJTM dan link applikasi semakan.

Semakan Keputusan ILJTM – ILP, ADTEC & JMTI 2024 Online

Berikut adalah Tarikh Penting Permohonan/ Semakan kemasukan ke ILJTM meliputi ILP, ADTEC dan JMTI.

i) Sesi 2/2024

Berikut adalah tarikh penting permohonan ILJTM Sesi 2/2024 :-

  1. 4 Mac 2024 : Sistem Permohonan Online dibuka
  2. 14 Mei 2024: Sistem Permohonan Online ditutup
  3. 15 Mei 2024 : Semakan Panggilan Temuduga (kursus bertanda #)
  4. 20 – 24 Mei 2024 : Sesi Temuduga (kursus bertanda #)
  5. 26 Jun 2024 : Hebahan Keputusan Permohonan
  6. 5 Julai 2024 : Cetakan Akhir Surat Tawaran
  7. 5 Julai 2024 : Tarikh Akhir Maklum Balas Setuju Terima Tawaran
  8. akan dikemaskini : Tempoh Rayuan Kemasukan (terus ke ILJTM) – tertakluk kepada kekosongan tempat
  9. 22 Julai 2024 : Pendaftaran Pelajar Baharu

Peringatan: Segala makluman berkaitan temuduga dan keputusan permohonan perlu disemak di laman web jtm sahaja (www.jtm.gov.my/online). Tiada surat menyurat secara manual dikeluarkan.

PERINGATAN : Semua makluman mengenai temuduga dan keputusan permohonan ILP, JMTI dan ADTEC perlu disemak di laman web JTM sahaja. Tiada surat menyurat secara manual dikeluarkan. Tempoh rayuan kemasukan terus ke ILJTM adalah tertakluk pada kekosongan tempat.

Applikasi Semakan Online ILJTM

Untuk membuat semakan ILP, ADTEC & JMTI secara online, sila klik aplikasi semakan di bawah ini :-

  1. Semakan JTM
  2. Sila Masukkan No. Kad Pengenalan/ My Kad dan Klik Butang Semakan
  3. Pastikan anda memasukan maklumat No. Kad Pengenalan yang betul

Maklumat Permohonan Kemasukan Ke ILP, ADTEC Dan JMTI

Untuk pelajar yang berminat menyambung pengajian dan memasuki Institusi di bawah ILJTM, berikut dikongsikan sedikit maklumat berkaitan permohonan kemasukan.

  • Permohonan secara online akan dibuka dua kali setahun iaitu pada sesi 1 dan sesi 2
  • Permohonan Kemasukan Sesi 2/2024: Melalui Laman Web JTM (www.jtm.gov.my/online). Untuk lepasan SPM dan lepasan SKM/ ST

Semakan Keputusan ILJTM 2018 Online (ILP)

Maklumat ILJTM

Berikut dikongsikan maklumat am yang dikongsikan dari Portal Rasmi JTM, apa itu ILJTM, senarai lokasi dan kemudahan/ kursus yang disediakan.

Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. Objektif utama ILJTM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian.

ILJTM terdiri daripada:

  1. (a) 24 buah Institut Latihan Perindustrian (ILP);
  2. (b) 8 buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC); dan
  3. (c) Sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI).

Kursus yang ditawarkan di ILJTM adalah kursus-kursus teknikal di peringkat Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan. ILJTM menyediakan pelbagai kemudahan di setiap institusi latihan antaranya ialah kemudahan asrama, makanan, dewan kuliah, makmal, bengkel latihan, kemudahan sukan, surau, kantin, makmal komputer, perpustakaan dan sebagainya.

Selamat membuat Semakan Keputusan ILJTM – ILP ADTEC JMTI 2024 Online. Diucapkan semoga berjaya mendapat tawaran kemasukan ke ILP, JMTI dan ADTEC sesi ambilan sesi 1/2024.

Tinggalkan Balasan