Syarat Kemasukan ILP (Institut Latihan Perindustrian)

Syarat Kelayakan Institut Latihan Perindustrian (ILP). Bagi pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang vokasional, ILP menawarkan pelbagai latihan dan kursus-kursus perantis dalam beberapa bidang seperti elektrikal, pertukangan kayu, jurugegas dan pencetakan. Berikut dikongsikan Syarat Kemasukan ILP iaitu permohonan kemasukan Institut Latihan Perindustrian.

Untuk makluman, ILP merupakan institusi latihan kemahiran yang ditubuhkan dibawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM) bagi melahirkan pekerja yang kompeten untuk meneraju industri negara. Terdapat dua puluh tiga (23) pusat ILP yang menawarkan pelbagai jenis latihan kemahiran dan teknikal.

Syarat Kemasukan ILP (Institut Latihan Perindustrian)

Syarat Kemasukan ILP (Permohonan Ke Institut Latihan Perindustrian)

Berikut adalah Syarat Kemasukan ILP (Institut Latihan Perindustrian) bagi mereka yang berminat untuk memasuki ILP pada sesi pengambilan Januari dan Julai setiap tahun

Syarat Kelayakan Permohonan

A. Umum

  1. Warganegara Malaysia
2. Berumur antara 17 hingga 35 tahun
3. Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata/ tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

B. Akademik

1. Lulus dalan sesi temuduga yang dijalankan (kursus-kursus tertentu sahaja);
2. Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk Panduan Syarat Kemasukan Kursus Lepasan SPM)
3. Untuk lepasan SKM/ ST : Penuhi syarat khas kursus (Rujuk Syarat Kemasukan Kursus Lepasan SKM/ ST)

Syarat-syarat juga boleh dirujuk secara terperinci melalui pautan: ILPKL

Latihan di ILP terbahagi kepada 3 tahap; iaitu Sijil, Diploma dan Diploma Lanjutan

Komposisi Latihan

A. Sijil

  • 30% Teori / 70% Amali

B. Diploma

  • 40% Teori / 60% Amali

C. Diploma Lanjutan

  • 50% Teori / 50% Amali

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan ILP, sila hubungi :-

Cara Hubungi

12

Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan,
Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur,
Jalan Kuchai Lama,
58200 Kuala Lumpur.
Tel: 03-7981 7495 / 7496 samb. 123
Faks: 03-7983 2987

Bahagian Pengurusan Latihan,
Jabatan Tenaga Manusia,
Aras 6 Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya.
Talian Terus: 03-8886 5551/ 5553/ 5556/ 5577/ 5580/ 5482
Email: jtm@mohr.gov.my

Semoga panduan syarat kemasukan ILP ini memberi pencerahan kepada semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran. Pelajar yang ingin memohon untuk ke ILP diharap agar merujuk dan membuat pilihan yang bijak dalam memilih kursus latihan yang diminati mengikut kelayakan dan bakat yang dimiliki agar dapat menjalani latihan dan seterusnya dapat menceburi industri dengan jayanya.

Tinggalkan Balasan