Permohonan GIATMARA 2024 Online Sepenuh/ Separa Masa

Panduan buat pelajar bumiputera yang ingin mengikuti latihan kemahiran. GIATMARA mempelawa mereka yang berumur 15 tahun ke atas samada lepasan SPM atau bukan dengan syarat mereka boleh membaca, menulis dan minat. Kepada yang memenuhi syarat kelayakan dan mempunyai tubuh badan yang sihat bolehlah membuat permohonan GIATMARA untuk menyertai program latihan sepenuh atau separuh masa di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) di GIATMARA Malaysia bagi kemasukan Januari dan Julai 2024.

Permohonan kemasukan ke Pusat Latihan Kemahiran GIATMARA secara online dan manual di seluruh Malaysia akan dibuka pada bulan September bagi sesi kemasukan Januari 2024. Mereka yang berminat dan berkelayakan tetapi terlepas permohonan Januari, anda boleh membuat permohonan pada sesi Julai 2024. Terdapat juga pengambilan sesi April dan Oktober untuk kemasukan ke GIATMARA terpilih.

permohonan giatmara online

Permohonan GIATMARA 2024 Secara Online (Sepenuh/ Separa Masa)

Penubuhan GIATMARA adalah bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara.

Syarat Kemasukan Pusat GIATMARA

  • Bumiputera
  • Berumur minima 15 tahun
  • Boleh Membaca, Menulis dan Minat (3M)
  • Sihat tubuh badan
  • Tamat tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawaian Elektrik & Penjaga Elektrik
  • Keutamaan kepada B40

Cara Membuat Permohonan GIATMARA

Terdapat dua pilihan program di GIATMARA iaitu Sepenuh Masa dan Separuh Masa.

i) Program Sepenuh Masa

  • Untuk permohonan kemasukan ke giatmara 2024 melalui Online, ianya hanya untuk pemohon program latihan secara SEPENUH MASA (full time).
  • Sila layari website berikut untuk mengisi borang permohonan anda:
  • 1. Klik Permohonan Baru
  • 2. Pemohon perlu memasukkan nombor kad pengenalan sebagai ID
  • 3. Isi setiap maklumat yang diperlukan dengan lengkap pada bahagian Butir-Butir Peribadi, Maklumat Am, Kursus Pilihan, Maklumat Penjaga, Tempat Tinggal dan klik Simpan & Seterusnya di setiap bahagian.
  • 4. Pada bahagian Perakuan, klik Hantar Permohonan
  • 5. Kemudian klik Cetak Permohonan untuk menyimpan rekod permohonan yang telah dibuat.

ii) Program Separuh Masa

  • Bagi yang berminat dengan program latihan secara SEPARUH MASA (part time), sila dapatkan di sini borang manual di pautan dibawah dan hantar ke mana-mana Pusat GIATMARA berhampiran anda:

Cara Check Layak Atau Tidak

Untuk rujukan pemohon, status layak atau tidak boleh disemak secara online do GSPel.

Senarai Jurusan Kursus Yang Ditawarkan

Kursus yang ditawarkan oleh GIATMARA di seluruh Malaysia adalah seperti berikut :

  • Kursus Kluster Komputer Dan Networking Technology
  • Kluster Elektrikal (KEL)
  • Kluster Elektronik Mekatronik
  • Kursus Kluster Fabrik
  • Kursus Kluster Hairdressing and Cosmetology
  • Kluster Hospitaliti
  • Kursus Kluster Kulinari
  • Kursus Kluster Mekanikal
  • Kluster Pembuatan
  • Kursus Kluster Pengangkutan
  • Kursus Kluster Percetakan
  • Kluster Senibina

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada :

  • GIATMARA Sendirian Berhad
  • No 39, Jalan Medan Tuanku,
    50300 Kuala Lumpur.
    Malaysia
  • Tel: 03-2691 2690
    Fax: 03-2691 2820
  • Emel: webmaster@giatmara.edu.my

Selamat membuat Permohonan GIATMARA secara Online Sepenuh/ Separa Masa dan semoga anda berjaya. Sebarkan maklumat ini supaya manfaat dapat dikongsikan bersama.

Related : teknikal dan vokasional untuk

Tinggalkan Balasan