Semakan Keputusan GIATMARA 2024 Online

Semakan Keputusan Tawaran Ke GIATMARA 2024 Online. Perhatian kepada calon-calon yang telah membuat application ke GIATMARA bagi mengikuti latihan kemahiran. Bagi yang telah melengkapkan borang serta memenuhi syarat-syarat kelayakan, pemohon boleh melakukan semakan keputusan GIATMARA secara atas talian melalui Sistem Pengurusan Pelatih GIATMARA atau GSPel.

Kepada pelajar bumiputera yang berminat untuk memasuki GIATMARA, pelajar boleh membuat application bagi ambilan sesi Januari dan Julai. Terdapat juga sesi ambilan April dan Oktober yang ditawarkan di cawangan terpilih. Bakal pelajar boleh memilih untuk menyertai latihan secara sepenuh atau separuh masa di Pusat Latihan Kemahiran seluruh Malaysia. Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) juga memberikan bantuan kewangan kepada pelajar yang ingin layak.

semakan keputusan GIATMARA

Semakan Keputusan GIATMARA 2024 (Tawaran)

GIATMARA merupakan pusat latihan teknikal dan vokasional kepada belia di luar dan dalam kawasan bandar yang dikendalikan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Selain itu, GIATMARA diwujudkan bagi mencapai tiga objektif utama iaitu melahirkan tenaga mahir negara, mewujudkan usahawan dan membantu membasmi kemiskinan.

Cara Semak Keputusan Tawaran GIATMARA 2024 Online

GIATMARA telah menyediakan sistem semakan secara online bagi menyemak status application. Keputusan GIATMARA boleh disemak secara online di pautan:

Pemohon perlu memasukkan nombor kad pengenalan di ruangan yang disediakan. Kemudian klik butang “Semak” untuk membuat semakan status dan mencetak surat-surat berkaitan.

Syarat Kelayakan GIATMARA

Sebagai makluman, berikut adalah syarat-syarat kelayakan ke GIATMARA yang perlu dipatuhi pemohon:

  • Bumiputera
  • Berumur minima 15 tahun
  • Boleh Membaca, Menulis dan Minat (3M)
  • Sihat tubuh badan
  • Tamat tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawaian Elektrik & Penjaga Elektrik

Senarai Kursus Yang Ditawarkan

Berikut adalah senarai kursus yang ditawarkan oleh GIATMARA di seluruh Malaysia untuk panduan pemohon:

  • Kursus Kluster Komputer Dan Networking Technology
  • Kluster Elektrikal (KEL)
  • Kluster Elektronik Mekatronik
  • Kursus Kluster Fabrik
  • Kursus Kluster Hairdressing and Cosmetology
  • Kluster Hospitaliti
  • Kursus Kluster Kulinari
  • Kursus Kluster Mekanikal
  • Kluster Pembuatan
  • Kursus Kluster Pengangkutan
  • Kursus Kluster Percetakan
  • Kluster Senibina

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkenaan semakan keputusan GIATMARA boleh diajukan kepada:

  • GIATMARA Sendirian Berhad
  • No 39, Jalan Medan Tuanku,
    50300 Kuala Lumpur.
    Malaysia
  • Tel: 03-2691 2690
    Fax: 03-2691 2820
  • Emel: webmaster@giatmara.edu.my

Tahniah diucapkan kepada kepada pemohon yang berjaya menempatkan diri dalam ambilan GIATMARA. Kepada pemohon yang tidak berjaya, anda boleh membuat application ke GIATMARA untuk ambilan seterusnya.

Tinggalkan Balasan