Syarat Kemasukan GMI Dan Kursus Yang Ditawarkan

Perhatian kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan yang setaraf dengannya. Permohonan kemasukan ke German-Malaysian Institute (GMI) boleh dibuat di portal Unit Pusat Institusi Mara iaitu Upimonline. Di bawah dikongsikan syarat kemasukan GMI dan kursus yang ditawarkan untuk panduan semua pelajar yang berminat mengikuti pengajian di sini.

German-Malaysian Institute (GMI) adalah sebuah pusat latihan kemahiran yang telah ditubuhkan pada tahun 1991. GMI menyediakan latihan praktikal dan teori yang komprehensif dan seimbang. Institusi ini juga menawarkan pendidikan asas kejuruteraan dengan peluang untuk pengkhususan dalam pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Pelajar yang mempunyai latar belakang berkaitan TVET digalakkan untuk memohon kemasukan ke GMI.

syarat kemasukan GMI dan kursus pengajian

Kursus Yang Ditawarkan Di GMI Dan Syarat Kemasukan Program

Syarat-syarat kemasukan ke German Malaysia Institute (GMI) dan senarai kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Baca Juga : Kursus Pengajian Di Kolej Profesional MARA

Syarat Kemasukan GMI : Program Diploma German Malaysian Institute

A. Am

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan.
  3. Pemohon dimestikan lulus temuduga atau Ujian Khas kemasukan GMI.
  4. Tiada kecacatan fizikal dan tidak rabun warna.
  5. Pemohon lulus ujian kesihatan dan dadah.

B. Khusus

1. Lulus SPM/SPMV dengan mendapat kepujian dalam:

  • Bahasa Melayu
  • Matematik Moden / Matematik Tambahan
  • 1 Subjek Sains / Teknikal
  • 2 Subjek lain
  • dan sekurang-kurangnya lulus dalam Bahasa Inggeris

Atau

2. Memiliki Sijil daripada IKM/ITI/ILP/Politeknik /Institut lain atau mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 yang diiktiraf oleh MLVK dan

Lulus SPM/SPMV dengan kepujian dalam Bahasa Melayu.Atau

3. Memiliki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan 2 prinsipal.

Atau

4. Memiliki Pra-Diploma atau Sijil Matrikulasi dengan CGPA sekurang-kurangnya 2.00 dan ke atas
dan

Lulus SPM/SPMV dengan mendapat kepujian dalam:

  • Bahasa Melayu
  • 2 subjek lain
  • dan sekurang-kurangnya lulus dalam Bahasa Inggeris

Untuk makluman semua, GMI menawarkan program A-level atau dikenali sebagai German A-Level Preparatory Programme (GAPP) dan pengajian diploma.

Berikut adalah senarai program diploma yang boleh dimohon oleh pelajar yang berminat:

Program Diploma Yang Ditawarkan German Malaysian Institute – GMI

  1. Diploma Production Technology (Tool & Die Technology)
  2. Diploma Production Technology (Mould Technology)
  3. Diploma Industrial Electronics (Electronics & Information Technology)
  4. Diploma Industrial Electronics (Mechatronics)
  5. Diploma Industrial Electronics (Process Instrumentation and Control)
  6. Diploma Network Security
  7. Diploma Product Design & Manufacturing
  8. Diploma CNC Precision Technology

Maklumat Lanjut

Pemohon yang menghadapi masalah atau pertanyaan lanjut, sila rujuk pautan berikut:

  • Tel: +603-8921 9000 / 9191 / 9046 / 9322
  • Fax: +603-8921 9001
  • Emel: marketing@gmi.edu.my

Semoga perkongsian maklumat berkaitan di atas dapat membantu anda yang berminat untuk memohon. Selamat membuat permohonan dan tahniah diucapkan kepada pemohon yang berjaya.

Tinggalkan Balasan