Permohonan Kursus TVET Online Ambilan Julai 2024

Panduan buat semua pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Selaras dengan usaha Kerajaan Malaysia untuk memperkasa bidang TVET, satu saluran tunggal rasmi untuk kemasukan mengikuti kursus TVET telah dilancarkan. Berikut dikongsikan Permohonan Kursus TVET Online Ambilan Julai 2024 untuk pelajar yang ingin mendapat pekerjaan dalam industri-industri berkaitan TVET.

Kerajaan berhasrat untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang yang tertentu. Untuk memperkasa bidang tersebut, TVET adalah proses pendidikan dan latihan yang diperlukan bagi memenuhi permintaan industri dan menyumbang kepada ekonomi negara. Oleh itu, selaras dengan permohonan kemasukan ke IPTA melalui sistem UPU, Majlis TVET Negara turut memperkenalkan sistem permohonan tunggal untuk permohonan kemasukan ke institusi pendidikan berkaitan TVET.

Permohonan Kursus TVET Online Ambilan Julai

Cara Memohon Kemasukan Program Pendidikan Dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET)

Di bawah adalah perincian maklumat seperti tarikh dan panduan Permohonan Kursus TVET Online Ambilan Julai 2024 untuk rujukan semua. Pelajar boleh membuat permohonan kemasukan ke ILKA seperti ILP, IKBN, IKM dan GIATMARA hanya melalui satu portal rasmi sahaja.

Majlis TVET Negara melalui mesyuarat Bil 3/2023 mengambil keputusan untuk menyeleraskan permohonan kemasukan ke institusi TVET bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan setaraf serta lepasan Tingkatan 3.

UP_TVET akan menyelaras pengambilan pelajar baru ke institusi-institusi TVET melalui dua (2) kaedah ambilan.

i) PENGAMBILAN PERDANA

Permohonan kemasukan kursus-kursus TVET bagi Pengambilan Perdana dibuka dua(2) kali setahun iaitu Ambilan Januari dan Ambilan Julai (Selepas keputusan SPM dikeluarkan).

Semua institusi TVET awam di bawah 12 kementerian akan menyertai penawaran ambilan kursus-kursus TVET. Kursus-kursus TVET yang ditawarkan adalah kursus jangka panjang sahaja.

Permohonan Dibuka Dari 25-03-2024 Hingga 11-06-2024

ii) PENGAMBILAN SEPANJANG TAHUN

Permohonan kemasukan sepajang tahun kursus-kursus TVET melibatkan institusi-institusi TVET swasta dan kursus pendek sahaja.

Permohonan sepanjang tahun ini akan dibuka bermula Mei 2025 setelah pembangunan dan pelarasan bersama institusi TVET berkenaan selesai.

Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang ditetapkan oleh Unit Pengambilan TVET bagi ambilan terkini :-

1. TARIKH PENTING PERMOHONAN UP TVET

NoTarikhPerkara
1
25 Mac – 11 Jun 2024
Tarikh Permohonan
2
4 – 11 Jun 2024
Temuduga
3
12 – 18 Jun 2024
Penawaran Institusi & Calon Setuju Terima
4
24 Jun 2024
Surat Tawaran Rasmi
5
24 Jun – 16 Ogos 2024
Rayuan Permohonan Calon Tercicir
*Permohonan di atas adalah untuk Siri Perdana Ambilan Julai 2024

2. Panduan Permohonan UPTVET

Sebelum memohon, calon-calon perlu mendaftar pengguna terlebih dahulu dengan langkah-langkah seperti berikut:-

  1. Permohonan boleh dibuat melalui Portal. Sila Layari Portal Rasmi UP_TVET MADANI
  2. Klik Daftar di bahagian atas paparan utama portal untuk mendaftar sebagai pengguna
  3. Lengkapkan mklumat peribadi seperti nombor telefon, alamat dan nombor kad pengenalan pemohon dengan tepat
  4. Selepas klik Daftar Pengguna, Log masuk ke dalam portal UP TVET menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang diberikan (Kata laluan yang sama juga diberikan di emel)
  5. Tukar kata laluan di bahagian Nama anda, dan tetapkan kata laluan baru yang selamat

Selepas berjaya mendaftar masuk, calon boleh membuat permohonan kursus TVET yang diinginkan seperti di bawah:-

  1. Log masuk ke dalam Portal Rasmi UP_TVET
  2. Klik Profil Pemohon untuk mengemaskini profil calon
  3. Pilih Profil bagi mengemaskini profil calon
  4. Klik di Kemaskini Profil bagi kemaskini profil calon dan wajib masukkan Kawasan Parlimen dan Kawasan Dun calon
  5. Lengkapkan maklumat lain yang diperlukan seperti maklumat ibu/bapa/penjaga, persekolahan, tambahan dan pensijilan lain
  6. Lengkapkan kemaskini profil dengan membuat perakuan yang ditetapkan dan klik Hantar
  7. Kemudian klik Pilihan Kursus untuk memilih dan memohon kursus yang dimahukan

Bagi mendapatkan langkah terperinci untuk membuat permohonan, calon boleh merujuk panduan pengguna yang disediakan oleh Unit Pengambilan TVET pada pautan berikut:-

3. Kursus-Kursus TVET

Untuk makluman, Siri Perdana Ambilan Julai 2024 melibatkan tawaran kursus TVET daripada ILKA di bawah Tujuh (7) kementerian iaitu:

  • Kementerian Sumber Manusia
  • Kementerian Belia dan Sukan
  • Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Kementerian Perladangan dan Komoditi
  • Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
  • Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya
  • Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Secara terkumpul, lebih 15,000 tempat di peringkat sijil dan diploma ditawarkan yang melibatkan institusi latihan kemahiran awam seperti:

  • ILP/ADTEC/JMTI
  • IKBN/ IKTBN
  • CIAST
  • GMI/UniKL
  • ASWARA
  • Kolej Vokasional
  • IKM/KKTM/MJII
  • Institut Kraf Negara
  • Institut Pertanian
  • GIATMARA
  • WISDEC/ PLASMA
  • Dan lain-lain

Carian kursus-kursus TVET yang terdiri daripada pengajian sijil dan diploma oleh penyedia latihan TVET dari pelbagai agensi awam dan swasta seluruh Malaysia boleh dirujuk pada pautan:

Maklumat lanjut

Sekiranya calon terdapat sebarang masalah atau pertanyaan lanjut berkenaan Permohonan Kursus TVET Online Ambilan Julai 2024, sila hubungi :-

  • Telefon UP TVET : 019 2318 243/ 249/ 264/ 291
  • Emel UP TVET : up_tvet@mohr.gov.my

Rel : sistem up tvet, mac 2024,

Tinggalkan Balasan