Kelebihan TVET Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional

Panduan buat para pelajar  lepasan SPM/ Setaraf yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Tahukah anda, selain menyambung pelajaran ke Universiti Awam (UA), anda ada pelbagai pilihan lain. Antaranya ialah bidang TVET Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional. Jadi apakah kelebihan TVET?

Buat Makluman semua, Pengajian kejuruteraan yang telah bertapak di Universiti berbeza dengan TVET. TVET lebih merangkumi pengetahuan dan kemahiran teknikal. Ia juga terbahagi kepada banyak peringkat pengajian. Antaranya ialah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM tahap 1,2,3), Diploma Kemahiran dan Ijazah Teknologi Kejuruteraan (B. Tech).Kelebihan TVET Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional

Manakala bidang kejuruteraan (bidang sains kejuruteraan) adalah lebih menjurus ke arah pengetahuan teori dan akademik. Hasil dari kursusnya juga berbeza. Sebagai contoh, bidang kejuruteraan teknikal di dalam TVET dapat melahirkan graduan yang lebih berkebolehan untuk mengendali mesin atau peralatan teknologi terkini.

Kini, terdapat lebih kurang 1300 institusi TVET yang diuruskan oleh pihak kerajaan dan pihak swasta. Ia menawarkan pel­bagai jenis kursus kemahiran yang selari dengan kehendak industri.

Kelebihan TVET (Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional)

Berikut dikongsikan kelebihan melanjutkan pengajian ke bidang TVET:

  1. Mereka yang tergolong dalam bidang TVET kebiasaannya gemar mencuba sesuatu yang baharu seperti bertukang dan menggunakan peralatan mesin
  2. TVET dapat meningkatkan kemahiran diri dan memupuk keinginan untuk pembaharuan. Ini kerana melalui eksperimen, mereka dapat melihat keupayaan sesuatu produk itu secara dekat
  3. Menceburi bidang TVET melatih diri untuk berdikari dalam melakukan sesuatu perkara. Pelbagai ilmu kemahiran dimiliki turut mendorong golongan ini untuk menceburi bidang keusahawanan
  4. Bidang TVET bukan sahaja mampu melahirkan bilangan pekerja mahir dan terlatih, malah berupaya mencipta pekerjaan sendiri berbekalkan kemahiran yang dimiliki.
  5. Setiap program yang ditawarkan direka khusus untuk memenuhi permintaan kerjaya masa ini
  6. Cara belajar TVET tidak membosankan, malah mendedahkan penggunaan teknologi dengan meluas sewaktu kuliah
  7. Penempatan latihan indurstri yang diikuti pelajar pada semester akhir akan mendedahkan mereka dengan situasi pekerjaan sebenar. Selain itu ia dapat membina keyakinan diri dan mampu menyesuaikan diri apabila memasuki alam pekerjaan.

10 Sebab Mengapa Anda Perlu Memilih Bidang Tvet Selepas Tamat SPM ?

  • 1. Di bantu dan di sokong oleh kerajaan
  • 2. Bidang kemahiran bukan lagi pilihan terakhir untuk lepasan spm
  • 3. Terdapat 434 institut latihan kemahiran awam dan 753 institut latihan swasta disediakan untuk pelajar di Malaysia
  • 4. Peningkatan peluang belajar ke peringkat yang lebih tinggi.
  • 5. Peluang kerjaya yang amat luas terutama dalam bidang teknikal.
  • 6. Menjadi pilihan utama majikan dalam pasaran tenaga kerja mahir.
  • 7. Gaji yang amat lumayan berbanding lepasan bidang bukan teknikal atau sastera.
  • 8. Graduan kemahiran mampu memperolehi pendapataan lebih tinggi daripada gaji penjawat awam.
  • 9. Di Malaysia hanya 10% lepasan spm memilih bidang ini sedangkan di Korea Selatan dan Australia lebih 40% pelajar memilihnya
  • 10. Kerajaan mensasarkan sebanyak 46% pekerjaan dalam negara memerlukan kelayakan teknikal dan vokasional menjelang tahun 2020

halatuju tvet

Diharap agar perkongsian maklumat berkaitan Kelebihan TVET Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional ini dapat memeberi manfaat dan menjadi rujukan yang berguna buat semua. Selamat menyambung pengajian ke bidang yang anda minati!

Tinggalkan Balasan