Kalendar MUET Tahun 2022. Bilakah tarikh pendaftaran dan tarikh ujian MUET untuk tahun 2022? Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengeluarkan Kalendar Peperiksaan MUET 2022 buat panduan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan ujian MUET pada tahun 2022. Jadual Peperiksaan MUET 2022 yang dikeluarkan oleh MPM ini adalah edisi terkini dan memaparkan tarikh penting berkaitan dengan tarikh pendaftaran dan ujian speaking dan bertulis.
Umum sedia maklum yang memiliki keputusan MUET yang cemerlang adalah amat diperlukan dalam melepasi syarat kemasukan ke Universiti Awam dan juga untuk syarat pengijazahan. Sebarang perubahan pada Kalendar MUET sesi 1, sesi 2 dan sesi 3 2022 akan dikemaskini dari masa kesemasa.
MUET 2022 : Tarikh Pendaftaran Dan Ujian Speaking/ Bertulis
Peperiksaan MUET atau Malaysian English University Test akan diadakan dalam 3 sesi dalam setahun. Iaitu MUET Sesi 1, 2 dan 3 2022.
Pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (degree), adalah wajib bagi anda untuk lulus MUET dengan sekurang-kurang Band 3.
- Maklumat Lanjut, sila rujuk Facebook Rasmi KPM
Kalendar Peperiksaan MUET 2022 MPM
Berikut dikongsikan Kalendar Peperiksaan MUET 2022 untuk panduan para calon peperiksaan MUET semua. Antara lain kalendar MUET 2022 ini memaparkan maklumat berkaitan tarikh pendaftaran di buka dan ditutup.
Juga dikongsikan adalah tarikh ujian speaking dan ujian bertulis.
Senarai Sesi Ujian MUET 2022 | |
Mac 2022 (Sesi 1) | |
Jun 2022 (Sesi 2) | |
Oktober 2022 (sesi 3) | |
* Calon pelajar dinasihatkan untuk merujuk kepada tarikh-tarikh penting tersebut bagi mengelakan terlepas sesi pendaftaran setiap sesi. |
Calon juga dinasihatkan untuk membuat Semakan Slip Daftar MUET 2022 Online sebelum hadir menduduki peperiksaan. Permohonan perpindahan pusat Ujian MUET juga boleh dibuat dengan mengisi borang yang telah ditetapkan oleh MPM. Pautan semakan dan permohonan boleh dirujuk di pautan yang dikongsikan di bahagian bawah post ini
TARIKH PENTING PEPERIKSAAN MUET 2022 |
Berikut adalah tarikh penting yang dikongsikan dari Kalendar Peperiksaan MUET tahun 2021 dan 2022 adalah seperti berikut :-
Sesi pertama bagi tahun 2022 adalah seperti di bawah
SESI MAC 2022 (SESI 1) | ||
Tarikh | Aktiviti | |
7 Disember 2021 | Tarikh Pendaftaran dibuka | |
12 Januari 2022 | Tarikh Tutup Pendaftaran | |
29, 30, 31 Mac dan 5, 6 & 7 April 2022 | Tarikh Ujian Speaking | |
26 Mac 2022 | Tarikh Ujian Bertulis | |
30 Mei 2022 | Tarikh Semakan Keputusan | |
Sesi kedua MUET tahun 2022 adalah sesi Jun
SESI JUN 2022 (SESI 2) | ||
Tarikh | Aktiviti | |
3 Mac 2022 | Tarikh Pendaftaran dibuka | |
6 April 2022 | Tarikh Pendaftaran Ditutup | |
21, 22, 23, 27, 28 dan 29 Jun 2022 | Tarikh Ujian Speaking | |
16 Julai 2022 | Tarikh Ujian Bertulis | |
15 September 2022 | Tarikh Semakan Keputusan | |
Sesi seterusnya adalah sesi Oktober yang merupakan sesi ketiga dan terakhir untuk tahun 2022
SESI OKTOBER 2022 (SESI 3) | ||
Tarikh | Aktiviti | |
30 Jun 2022 | Tarikh Pendaftaran dibuka | |
3 Ogos 2022 | Tarikh Tutup Pendaftaran | |
11, 12, 13, 17, 18 dan 19 Oktober 2022 | Tarikh Ujian Speaking | |
5 November 2022 | Tarikh Ujian Bertulis | |
12 Januari 2023 | Semakan Keputusan | |
Calon peperiksaan boleh memuat turun Kalendar MUET 2022 di
Download Kalendar Peperiksaan MUET 2022 | |
![]() | |
* Kalendar Peperiksaan MUET 2022 ini adalah tertakluk kepada perubahan jika ada. Untuk paparan yang lebih jelas, klik MPM2022 |
Semoga perkongsian Kalendar Peperiksaan MUET 2022 dari MPM ini boleh dijadikan panduan dalam merancang menduduki peperiksaan MUET nanti. Semoga anda berjaya mendapat keputusan peperiksaan MUET yang cemerlang.
Pautan Penting Kalendar MUET, Semakan Dan Permohonan | |
Permohonan Perpindahan Pusat Ujian MUET |