Pendaftaran MUET Sesi 3 2025 Online

Perhatian kepada pelajar yang ingin mengambil peperiksaan MUET sesi 3 tahun 2025. Adakah anda tahu bagaimana cara untuk membuat pendaftaran ujian MUET? Untuk makluman, pendaftaran peperiksaan MUET bagi sesi 3 tahun 2025 akan dibuka pada tarikh-tarikh yang dikongsikan di jadual di bawah. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan pendaftaran MUET sesi 3 2025 online sebagai panduan semua.

Sebagai peringatan, calon yang ingin menduduki peperiksaan MUET sesi 3 tahun 2025 perlu mendaftar mengikut tarikh yang ditetapkan dalam jadual Calendar MUET. Pendaftaran awal akan membantu urusan pendaftaran calon diproses tanpa masalah dan permohonan selepas tarikh pendaftaran tidak akan dipertimbangkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

pendaftaran muet sesi 3

Borang Pendaftaran MUET Sesi 3 2025 Online

Malaysian University English Test (MUET) adalah peperiksaan yang penting untuk pelajar yang ingin menyambung pengajian tinggi mereka di peringkat ijazah sarjana muda. Peperiksaan ini dijalankan sebanyak 3 kali dalam setahun mengikut sesi.

Berdasarkan pada Calendar Peperiksaan MUET 2025 MPM, tarikh pendaftaran peperiksaan MUET Sesi 3 tahun ini adalah seperti berikut:

TARIKH PENTING PENDAFTARAN MUET SESI 3 TAHUN 2025

TarikhAktiviti
3 Julai 2025Tarikh Pendaftaran dibuka
3 Ogos 2025Tarikh Pendaftaran Ditutup
29, 30 Oktober 2025, 3, 4, 5 dan 6 November 2025Tarikh Ujian Lisan Speaking
22 November 2025Tarikh Ujian Bertulis

NOTA :

Sila cetak slip pendaftaran MUET/ ID yang baharu pada pautan berikut bermula 26 September 2025 dan mencetaknya sebagai tiket untuk menduduki ujian.

Cara Daftar MUET Sesi 3 2025 Secara Online

Pemohon yang ingin menduduki peperiksaan MUET sesi 3 2025 boleh mengisi Borang Pendaftaran MUET secara Online. Ianya terdapat di laman sesawang MPM seperti panduan berikut :-

  1. Applikasi MyMPM MUET online
    • Klik Calon Persendirian untuk calon persendirian
    • Klik Calon Sekolah/ Institusi untuk calon sekolah atau institusi
  2. Calon dikehendaki terlebih dahulu membaca Arahan dan Panduan Pendaftaran Calon di portal MPM www.mpm.edu.my sebelum membuat pendaftaran online bagi memastikan semua maklumat berhubung pentadbiran MUET diperoleh dengan tepat.
  3. Manual Pengguna Calon Persendirian MUET klik

Panduan Pendaftaran Calon Persendirian MUET

Cara membuat pendaftaran adalah seperti berikut :-

carta alir pendaftaran calon persendirian muet

pewartaan kadar yuran baharu muet

Panduan Cara Pendaftaran Calon MUET

Calon Sekolah/Institusi

(a) Pendaftaran calon sekolah/calon institusi dibuat secara dalam talian oleh Setiausaha Peperiksaan MUET (SUP MUET) melalui portal MPM http://www.mpm.edu.my atau pautan terus di https://muet.mpm.edu.my. Calon institusi sahaja dibenarkan untuk menghantar senarai nama calon ke MPM untuk didaftarkan.

(b) Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri (SPP, JPN) hendaklah terlebih dahulu mengemaskinikan maklumat sekolah/institusi yang akan menjadi pusat ujian sebelum pendaftaran dibuka.

(c) Pengetua/Ketua Jabatan sekolah/institusi hendaklah memaklumkan nama SUP MUET sekolah/institusinya kepada SPP, JPN dan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD).

(d) Taklimat tentang kaedah pendaftaran secara dalam talian di peringkat daerah kepada semua SUP MUET sekolah/institusi hendaklah diberikan oleh PPD.

(e) Pihak sekolah/institusi juga boleh mendapatkan maklumat tentang pendaftaran calon ujian MUET untuk sekolah/institusi melalui portal MPM.

(f) Pihak sekolah/institusi perlu mendapatkan Nama Pengguna dan Kata Laluan daripada SPP, JPN untuk log masuk ke dalam sistem pendaftaran dalam talian ini. SUP sekolah/institusi dinasihatkan untuk memuat turun/mencetak Manual Sekolah di https://muet.mpm.edu.my yang terpapar pada ikon “Sekolah/Institusi” untuk rujukan sebelum memulakan aplikasi sistem pendaftaran dalam talian tersebut.

(g) Pengetua/Ketua Jabatan sekolah/institusi hendaklah mengarahkan SUP MUET untuk menguruskan pendaftaran sekolah/institusinya dengan mengambil tindakan yang berikut:

(i) Mengemaskinikan maklumat sekolah yang terdapat dalam sistem pendaftaran dalam talian.

(ii) Mengisi data maklumat pendaftaran calon bagi sekolah/institusinya yang ingin menduduki MUET.

(iii) Mengenal pasti Calon Berkeperluan Khas (CBK) dari segi penglihatan (buta atau rabun), anggota (spastik), pendengaran (kurang dengar/pekak), pertuturan (sengau/gagap), dan selain daripada yang dinyatakan, dan mendaftarkannya bersama-sama dengan calon lain. Calon buta atau rabun ini mesti didaftarkan pada urutan pertama dan seterusnya bagi memudahkan MPM menyediakan kertas soalan Braille/Cetakan Besar untuk Ujian Speaking pada booklet sidang 1, hari pertama ujian speaking di pusat ujian calon tersebut.

(iv) Membuat permohonan bagi mendapatkan kemudahan dan keistimewaan sebagai calon CBK seperti tindakan pada para 6.

(v) Menyemak maklumat awal pendaftaran calon melalui Penyata Pendaftaran MUET (MUET/PP) seperti ejaan nama, nombor pengenalan diri, dan maklumat lain yang tercatat pada MUET/PP adalah betul, dan mengemaskinikannya jika terdapat pindaan oleh calon sebelum sistem pendaftaran ditutup. MUET/PP ini boleh digunakan sebagai bukti pendaftaran telah dibuat bagi menuntut Slip Daftar MUET (MUET/D) calon (jika maklumat calon tiada dalam semakan MUET/D). Tiada MUET/PP bermaksud pendaftaran calon tersebut tidak berjaya/tidak lengkap.

(vi) Memastikan data maklumat pendaftaran calon adalah betul sebelum membuat pengesahan secara dalam talian.

(vii) Menyemak MUET/D bagi calon sekolah/institusinya dan menyediakan buku rekod penyemakan MUET/D oleh calon.

(viii) Memaklumkan ke SPP, JPN atau MPM (u.p Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) di talian 03-61261661/1665 atau e-mel ke muet@mpm.edu.my dengan kadar SEGERA, jika terdapat calon yang telah didaftarkan tiada dalam semakan MUET/D (maklumat calon sekolah/institusinya tercicir).

(ix) Mematuhi tarikh akhir talian pendaftaran dalam talian dibuka dan penghantaran maklumat pendaftaran/bahan/dokumen pendaftaran yang berkaitan seperti yang telah ditetapkan oleh SPP, JPN.

(x) Calon sekolah/institusi dikehendaki melayari aplikasi Calon Sekolah/Institusi di https://mympmapp.mpm.edu.my untuk urusan/ tindakan selanjutnya berkaitan Ujian MUET.

Calon Persendirian Individu

(a) Pendaftaran Calon Persendirian Individu dibuat secara dalam talian melalui portal MPM http://www.mpm.edu.my atau pautan di https://muetj3.mpm.edu.my. Sebarang rayuan pendaftaran lewat secara manual tidak akan dilayan.

(b) Calon Persendirian Individu dikehendaki merujuk kepada Manual Calon Persendirian Individu di https://muetj3.mpm.edu.my dan juga Arahan dan Panduan Pendaftaran Calon 2025 untuk rujukan sebelum memulakan aplikasi sistem pendaftaran dalam talian tersebut.

(c) Pusat ujian untuk Calon Persendirian Individu adalah terhad. Oleh yang demikian, calon dikehendaki membuat pendaftaran dengan kadar segera sebaik sahaja pendaftaran dibuka.

(d) Calon boleh memilih pusat ujian yang dikehendaki semasa membuat pendaftaran tetapi ketetapan adalah tertakluk kepada SPP, JPN. SPP JPN berhak untuk memindahkan Calon Persendirian Individu ke pusat lain selain daripada yang telah dipilih.

(e) Bagi Calon Berkeperluan Khas (CBK) dari segi penglihatan (buta atau rabun), anggota (spastik), pendengaran (kurang dengar/pekak), pertuturan (sengau/gagap), dan selain daripada yang dinyatakan juga mendaftar secara dalam talian, tetapi pemberitahuan bahawa calon tersebut adalah CBK dan keistimewaan yang dipohon adalah seperti tindakan pada para 6.

(f) Calon Persendirian Individu dikehendaki untuk subscribe channel Telegram MUET rasmi bagi sesi masing-masing bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung MUET. Url bagi channel Telegram akan dicatatkan pada MUET/PP bagi setiap sesi. Sila rujuk para 7 untuk maklumat berhubung MUET/PP.

(g) MPM tidak akan bertanggungjawab sekiranya calon gagal menduduki MUET sekiranya calon tidak mendapatkan maklumat terkini daripada portal dan Facebook rasmi MPM, serta channel Telegram MUET rasmi.

CALON BERKEPERLUAN KHAS (CBK)

6.1 Calon Berkeperluan Khas (CBK) dari segi penglihatan (buta atau rabun), anggota (spastik), pendengaran (kurang dengar/pekak), pertuturan (sengau/gagap), dan selain daripada yang dinyatakan hendaklah dimaklumkan ke MPM selewat-lewatnya pada 22 Februari 2025 bagi MUET Sesi 1 tahun 2025, 22 Ogos 2025 bagi MUET Sesi 2 tahun 2025, manakala 30 September 2025 bagi MUET Sesi 3 tahun 2025.

6.2 Maklumat tentang ketidakupayaan dan keistimewaan yang dipohon hendaklah dimaklumkan dengan jelas dan lengkap dalam Borang Maklumat Calon Cacat Penglihatan (Buta), iaitu MUET/C5 (Pindaan 2024) atau Borang Maklumat Calon Istimewa, iaitu MUET/C6 (Pindaan 2024) (mana-mana yang berkenaan) mengikut jenis ketidakupayaan yang dapat diperoleh dan dicetak daripada portal MPM. Sila sertakan salinan dokumen sebagai bukti ketidakupayaan yang dialami seperti laporan perubatan, Kad Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan pengesahan Pengetua/Ketua Jabatan (jika calon sekolah/institusi).

6.3 Kemudahan dan keistimewaan yang boleh diberikan kepada calon CBK hanya akan dipertimbangkan jika borang MUET/C5 (Pindaan 2024) atau MUET/C6 (Pindaan 2024) (mana-mana yang berkenaan) diterima oleh MPM. Kelewatan penghantaran borang tersebut akan menyebabkan calon tidak akan mendapat kemudahan dan keistimewaan yang sepatutnya.

6.4 Pegawai Meja MUET, SPP JPN hendaklah mengumpulkan borang MUET/C5 (Pindaan 2024) atau MUET/C6 (Pindaan 2024) yang diterima daripada Calon Persendirian Individu dan menghantar borang tersebut ke MPM (u.p.Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) dan salinan ke SPP, JPN (u.p Ketua Penolong Pengarah Kanan/Ketua Penolong Pengarah). Untuk mendapatkan borang yang berkaitan, sila klik MUET/C5 (Pindaan 2024) atau MUET/C6 (Pindaan 2024).

Maklumat Lanjut

Calon Persendirian Individu dikehendaki untuk subscribe channel Telegram MUET rasmi bagi sesi masing-masing bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung MUET.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi MPM (u.p. Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) melalui telefon di talian 03-61261661/62 atau e-mel ke psm@mpm.edu.my.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua terutamanya calon yang ingin membuat pendaftaran. Tahniah diucapkan kepada calon MUET yang berjaya mendapat keputusan ujian yang cemerlang.

Tinggalkan Balasan