Contoh Soalan MUET Listening, Reading, Writing & Speaking

Panduan buat calon-calon yang akan menduduki Malaysian University English Test (MUET). Adakah anda telah membuat persiapan untuk menghadapi ujian yang merupakan prasyarat kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi pengajian ijazah pertama? Berikut dikongsikan contoh-contoh Soalan MUET Listening, Reading, Writing dan Speaking (muet past year question papers) sebagai panduan kepada calon untuk lulus dengan markah yang cemerlang.

Ujian MUET lazimnya akan dilaksanakan sebanyak 3 sesi dalam setahun iaitu sesi 1, 2 & 3. Tetapi terdapat juga MUET On Demand di mana pelajar yang tidak dapat mengikuti sesi MUET yang telah ditetapkan untuk mengambil peperiksaan pada masa tertentu. Oleh itu, pelajar boleh mendapatkan maklumat terkini berkaitan MUET dengan mengikuti laman rasmi Majlis Peperiksaaan Malaysia (MPM) yang merupakan pengelola peperiksaaan MUET.

Contoh Soalan MUET (muet past year question papers)

Contoh Soalan MUET : Ujian Listening, Reading, Writing Dan Speaking

Di bawah adalah format dan contoh-contoh soalan MUET Listening, Reading, Writing & Speaking.

Untuk makluman, kempat-empat ujian ini memberi jumlah markah keseluruhan sebanyak 300 markah. Justeru, pelajar sewajarnya tahu ujian yang menyumbangkan markah yang banyak supaya mendapat Band atau markah yang cemerlang.

Format Ujian MUET

Perincian format ujian yang perlu diambil oleh calon adalah seperti berikut:

1. Ujian Pendengaran (Listening Test) :

  • 45 markah
  • 30 minit
  • 20 soalan

2. Ujian Pemahaman (Reading Test):

  • 120 markah
  • 90 minit
  • 45 soalan dan jawapan berbentuk objektif

3. Ujian Lisan (Speaking Test):

  • 45 markah
  • 30 minit
  • 4 calon dalam satu kumpulan
  • Dua bahagian iaitu Individual Presentation dan Group Discussion

4. Ujian Penulisan (Writing Test):

  • 90 markah
  • 90 minit
  • Dua bahagian iaitu Report Writing (40 markah) dan Extended Writing (60 markah)

Sebagai panduan untuk calon, pemarkahan MUET ditetapkan mengikut Band seperti berikut:

  • Band 6 : 260-300 markah
  • Band 5 : 220-259 markah
  • Band 4 : 180-219 markah
  • Band 3 : 140-179 markah
  • Band 2 : 100-139 markah
  • Band 1 : 100 dan ke bawah

Dengan panduan ini, diharapkan pelajar dapat memberikan fokus kepada ujian yang menyumbangkan markah yang banyak supaya mendapat Band yang tinggi dan cemerlang.

Nota : MUET Format Baharu 2021

Bermula tahun 2021, iaitu bermula dengan MUET sesi 1 akan menggunakan format baharu sejajar dengan CEFR implementation. Sebelum ini MUET mengikut cara Malaysia, tahun depan akan menggunakan standard Cambridge English.

  • Berdasarkan format lama: Listening 15% Speaking 15% Writing 30% Reading 40%
  • Format baharu 2021: Listening 25% Speaking 25% Writing 25% Reading 25%

Test scores & Band juga berubah. Test Scores : Semua markah akan menjadi 90. Total markah adalah 360.

Bands : MUET akan guna 9 Bands macam IELTS. Jadi, tiada lahi Band 1 -6

Listening Test. Kalau sebelum ini listening cuma ada 3 parts, sekarang ada 5 parts, semua adalah soalan objektif.

Untuk speaking, ada perubahan pada Task B. Sebelum : 2 minit prepare, 10 minit discuss. Selepas : 3 minit preprare, 8 – 12 minit discuss.

READING Soalan true/false/not stated dikeluarkan. Part 1 – 4 & 6 – 7 jawab berdasarkan petikan.

SUMBER : MyCambridge & MPM

MUET Past Year Question Papers

Calon boleh merujuk koleksi soalan di bawah sebagai persediaan sebelum menduduki peperiksaan MUET:

i) Listening Test

ii) Reading Test

iii) Speaking Test

Writing Test


Diharapkan perkongsian di atas dapat memberikan manfaat kepada semua khususnya calon-calon MUET. Semoga anda lulus dengan cemerlang dan berjaya mendapatkan tempat di IPTA atau Universiti Awam yang diinginkan.

Related : bahasa inggeris download soalan writing test contoh soalan muet speaking menjawab soalan soalan komponen bakal menduduki peperiksaan muet teknik lulus cemerlang muet tahun 2020 soalan writing test muet, contoh soalan soalan komponen listening speaking reading dan writing dengan cemerlang ada tekniknya, lulus muet untuk membuat cemerlang dalam peperiksaan muet

Tinggalkan Balasan