Pendaftaran MUET on Demand (MoD) 2024

Perhatian kepada pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), SPM, Matrikulasi, Diploma dan setaraf. Peluang baik buat anda yang tidak mempunyai kesempatan untuk menduduki peperiksaan MUET (Malaysia University English Test) pada sesi 1, 2 & 3 (Mac Julai November)? Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) ada menawarkan MUET on Demand(MoD) diluar waktu kalendar peperiksaan MUET. Berikut dikongsikan maklumat penting pendaftaran MUET on Demand (MoD) meliputi tarikh penting daftar ujian untuk panduan semua.

Seperti sedia maklum, MUET adalah ujian bagi mengukur pencapaian dan kemahiran berbahasa Inggeris pelajar untuk mengikuti ijazah pertama di institusi pengajian tinggi tempatan iaitu syarat kemasukan ke universiti awam UA.  MoD dapat membantu pelajar yang tidak berkesempatan menduduki ujian MUET mengikut tarikh yang telah ditetapkan MPM. Sebaliknya, MoD memberikan fleksibiliti kepada calon untuk membantu mengambil peperiksaan mengikut kelapangan calon masing-masing.

pendaftaran MUET on Demand

Pendaftaran MUET on Demand (MoD) Tahun 2024

Mulai bulan Jun tahun 2018, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah menambah satu kaedah pengelolaan Ujian Malaysian University English Test (MUET) sedia ada, iaitu secara MUET on Demand (MoD) yang diadakan secara Computer Based Test (CBT) dan juga Paper Based Test (PBT).

Standard kertas soalan MUET (Listening, Speaking, Reading, dan Writing) bagi kaedah MoD adalah sama dengan kaedah MUET sedia ada (MUET Sesi 1, MUET Sesi 2, dan MUET Sesi 3). Format Ujian MoD juga mengguna pakai Regulations, Test Specifications, Test Format, and Sample Questions MUET sedia ada.

Untuk makluman calon yang ingin mendaftar MUET on Demand (Daftar MoD), sila pastikan :-

  1. Calon perlu membayar yuran peperiksaan sebanyak RM250 untuk setiap ujian
  2. Calon dikehendaki mendaftar secara online melalui aplikasi MPM
  3. Calon boleh memilih dua jenis peperiksaan iaitu secara Computer Based Test (CBT) atau Paper Based Test.
  4. Calon boleh memilih tarikh dan tempat ujian yang disediakan
  5. Peperiksaan akan diadakan di Pusat Peperiksaan MPM, EcoSky dan Majlis Peperiksaan Malaysia, Selayang serta pusat-pusat peperiksaan yang akan ditentukan.
  6. Keputusan peperiksaan akan dikeluarkan tiga minggu selepas peperiksaan diadakan.

Perbezaan MUET on Demand (MoD) dengan MUET

Berikut adalah perbezaan di antara MUET on Demand (MoD) dengan MUET biasa buat rujukan calon:

Perbezaan MoD dengan MUET

MoDMUET Sediada
Tarikh peperiksaan bergantung kepada permintaan pemohonPeperiksaan dijalankan tiga kali setahun pada bulan Mac, Jun dan Oktober/ November
Peperiksaan menggunakan aplikasi komputerPeperiksaan bertulis
Daftar MoD : Yuran sebanyak RM250.00Yuran sebanyak RM100.00
Keputusan MoD diperoleh selepas 3 minggu peperiksaanKeputusan diperoleh kira-kira 2 bulan selepas tarikh peperiksaan
Peperiksaan dijalankan di Majlis Peperiksaan Malaysia(MPM) dan Eco Sky KL serta di pusat-pusat peperiksaan yang akan ditetntukan dimana calon boleh memilih sendiri lokasiSemua pusat peperiksaan bertauliah seluruh negara

Cara Daftar MUET On Demand (MoD)

Kepada pemohon yang ingin mengambil peperiksaan MoD boleh mengisi Borang Daftar MoD secara Online. Ianya terdapat di laman sesawang MPM seperti berikut:

  1. Buka aplikasi pendaftaran MoD: apps.mpm.edu.my/mod/public/register
  2. Pilih jenis peperiksaan yang calon berminat samada Computer Based Test (CBT) atau Paper Based Test
  3. Isikan maklumat calon dengan tepat
  4. Seterusnya calon perlu membuat pembayaran samada menggunakan perbankan online atau kad kredit

paparan muka pendaftaran muet on demand

Tarikh Penting MUET on Demand (MoD) 2024

Merujuk kepada Kalendar Peperiksaan MUET 2024 terkini MPM yang merangkumi tarikh pendaftaran dibuka dan ditutup, tarikh ujian serta tarikh keputusan adalah seperti yang dinyatakan di bawah:-

MoD Calendar

Jadual Waktu MUET On Demand 2023

Jadual waktu bagi tahun 2024 akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Berikut adalah perincian jadual bagi setiap sesi tahun 2023 yang telah disediakan oleh MPM untuk rujukan calon-calon:-

jadual waktu muet on demand mod julaijadual waktu muet on demand mod ogos

Untuk paparan jadual yang lebih jelas, sila muat turun di SUMBER : Majlis Peperiksaan Malaysia

Diharap agar perkongsian pendaftaran MUET on Demand ini memberi manfaat buat semua. Selamat membuat pendaftaran dan tahniah kepada calon MUET yang mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Tinggalkan Balasan