Semakan Keputusan STPM Semester 1 2023 Online & SMS

Kepada calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang telah menduduki peperiksaan semester pertama (dahulunya dikenali sebagai Penggal 1), Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mewar-warkan keputusan peperiksaan STPM bagi Semester 1 akan diumumkan pada tarikh 24 Mei 2023. Tarikh rasmi semakan keputusan STPM Semester 1 tahun 2023 telah diumumkan sendiri oleh MPM melalui laman sesawang rasmi mereka. Untuk pengetahuan semakan boleh dibuat dengan menggunakan aplikasi atas talian (online) dan juga sistem Khidmat pesanan ringkas (SMS). Sebagai maklumat tambahan, keputusan peperiksaan semester atau penggal tidak boleh digunakan untuk melanjutkan pengajian ke universiti awam.

Baca juga : Check result STPM Keseluruhan 2022

STPM merupakan program pra-universiti yang mempersiapkan pelajar untuk memasuki universiti awam. Sijil STPM boleh diguna pakai bukan sahaja dalam negara bahkan luar negara. Antara negara yang mengiktiraf sijil STPM adalah negara-negara Komanwel dan juga Amerika Syarikat dan Ireland. Pelajar yang mengambil STPM akan belajar selama dua tahun. Untuk pengetahuan, sistem peperiksan STPM kini dipantau oleh wakil dari Taksiran Cambridge bagi memastikan kualiti pelajar terjaga dan menepati piawaian.

semakan keputusan stpm semester 1 secara online

Semakan Keputusan STPM Semester 1 (Penggal 1) Secara Online Dan SMS

Berikut dikongsikan tarikh calon boleh membuat semakan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dahulunya dikenali dengan Penggal 1.

Dikongsikan juga cara-cara membuat semakan keputusan STPM Semester 1 2023 dengan menggunakan sistem online dan SMS. Calon dikehendaki mengikut cara yang telah dikongsikan:

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER 1 STPM 2023

TarikhJam
24 Mei 2023
10:00 pagi

Nota : Jika ada perubahan tarikh, kami akan maklumkan dari semasa ke semasa berkenaan tarikh semakan keputusan peperiksaan penggal 1 STPM 2023. Calon juga boleh membuat semakan dengan melayari laman sesawang rasmi MPM.

CARA MEMBUAT SEMAKAN KEPUTUSAN SEMESTER 1 STPM ONLINE

  1. Calon dikehendaki melayari pautan berikut untuk membuat semakan keputusan (check result stpm s1):
  2. Calon dikehendaki memasukkan nombor kad pengenalan 12 digit tanpa tanda (-) dan tekan butang semak
  3. Aplikasi atas talian ini hanya boleh diakses untuk semakan keputusan peperiksaan penggal 1 STPM pada tarikh rasmi yang akan ditetapkan MPM sahaja
  4. Panduan tarikh dan permohonan semak semula keputusan STPM Semester 1
  5. Panduan Cara Kira Pointer STPM Terkini

SEMAKAN MELALUI SMS

  1. Terdapat alternatif lain untuk membuat semakan keputusan peperiksaan. Antaranya dengan menggunakan SMS.
  2. Berikut adalah caranya:
    • Taip: STPM (jarak) RESULTS1 (jarak) NO KAD PENGENALAN SMS ke 15888
    • Contoh: STPM RESULTS1 980711024973 Dan Hantar Ke 15888

Maklumat Lanjut

Sebarang kemusykilan, calon boleh melayari laman sesawang rasmi MPM. Terdapat juga info penting yang dikongsikan di laman ini:

Semoga perkongsian cara check result stpm s1 dapat membantu calon untuk membuat semakan keputusan peperiksaan. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya cemerlang. Bagi yang kurang bernasib baik, teruskan berusaha.

Tinggalkan Balasan