Permohonan Matrikulasi KPM 2023-2024 Online

Buat pelajar lepasan SPM/ Setaraf, menyambung pengajian ke matrikulasi merupakan antara pilihan yang dapat dibuat sebagai platform untuk menuju ke arah pusat pengajian tinggi. Panduan buat mereka yang berminat. Berikut dikongsikan maklumat berkenaan Permohonan Matrikulasi KPM 2023-2024 secara online (atas talian).

Buat pengetahuan semua, permohonan kemasukan sesi 2023-2024 akan dibuka pada 16 Januari 2023. Permohonan boleh dilakukan secara atas talian atau online melalui Portal Matrikulasi KPM sehingga 16 April 2023.

permohonan matrikulasi kpm

Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2023-2024 Secara Online

Berikut merupakan cara-cara memohon Program Matrikulasi KPM sesi pengambilan 2023-2024 Online untuk pelajar yang berminat dan berkelayakan:

  • Permohonan adalah melalui internet dan boleh dibuat menerusi laman web (portal rasmi) sistem aplikasi Matrikulasi KPM bermula dari 16 Januari 2023 sehingga 16 April 2023
  • Berikut merupakan pautan-pautan penting sebagai rujukan buat para pemohon ketika melakukan Permohonan

KPM akan membuka permohonan Fasa 2 dan kemaskini permohonan ke Program Matrikulasi Ambilan Tahun 2023 pada tarikh:

  • akan dikemaskini
  • Ambilan Tahun 2022: 1 hingga 20 Jun 2022

Program yang ditawarkan di Kolej Matrikulasi KPM adalah seperti berikut :-

  1. PST – Program Matrikulasi Satu Tahun (2 semester)
  2. PDT – Program Matrikulasi Dua Tahun (4 semester)

Pautan Penting Borang

Cara Membuat Permohonan Matrikulasi Secara Online

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan Program Matrikulasi KPM 2021 Online. Maklumat bagi tahun 2023 akan dikemaskini :

Syarat Kelayakan Am

  1. UMUR : Tidak lebih daripada 20 tahun ketika memohon
  2. WARGANEGARA : Malaysia
  3. SPM : Calon TAHUN SEMASA

Syarat Kelayakan Akademik (Minimum pencapaian SPM)

1. Jurusan Sains (Sistem 2 Semester)

Mendapat sekurang-kurangnya gred berikut (seperti dalam kurungan) bagi matapelajaran:

  • Bahasa Melayu (C)
  • Bahasa Inggeris (C)
  • Chemistry (C)
  • Additional Mathematics (C)
  • Physics / Biology (C)
  • Matematik (B)
  • Sejarah (Lulus)

2. Jurusan Sains (Sistem 4 Semester)

Mendapat sekurang-kurangnya gred berikut (seperti dalam kurungan) bagi matapelajaran:

  • Bahasa Melayu (C)
  • Bahasa Inggeris (C)
  • Matematik (C)
  • Chemistry (Lulus)
  • Additional Mathematics (Lulus)
  • Sejarah (Lulus)
  • Physics / Biology / Computer Science (Lulus)

3. Jurusan Kejuruteraan

Mendapat sekurang-kurangnya gred berikut (seperti dalam kurungan) bagi matapelajaran:

  • Bahasa Melayu (C)
  • Bahasa Inggeris (C)
  • Additional Mathematics (C)
  • Physics (C)
  • Matematik (B)
  • Chemistry (Lulus)
  • Sejarah (Lulus)
  • Mana-mana SATU subjek berikut: (Lulus)
    Biologi / Sains / Sains Tambahan / Asas Kelestarian Pertanian / Sains Rumah Tangga / Reka Cipta / Sains Komputer / Sains Sukan / Lukisan Kejuruteraan / Grafik Komunikasi Teknikal / Prinsip Perakaunan / Ekonomi / Perniagaan / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

4. Jurusan Perakaunan

Mendapat sekurang-kurangnya gred berikut (seperti dalam kurungan) bagi matapelajaran:

  • Bahasa Melayu (C)
  • Bahasa Inggeris (C)
  • Matematik (C)
  • Sejarah (Lulus)
  • Mana-mana TIGA subjek berikut: (C)
    Fizik / Kimia / Biologi / Sains / Sains Tambahan / Matematik Tambahan / Asas Kelestarian Pertanian / Sains Rumah Tangga / Reka Cipta / Sains Komputer / Sains Sukan / Lukisan Kejuruteraan / Grafik Komunikasi Teknikal / Prinsip Perakaunan / Ekonomi / Perniagaan / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

5. Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro)

Mendapat sekurang-kurangnya gred berikut (seperti dalam kurungan) bagi matapelajaran:

  • Bahasa Melayu (C)
  • Bahasa Inggeris (A-)
  • Matematik (A)
  • Additional Mathematics (C)
  • Sejarah (Lulus)
  • Mana-mana TIGA subjek berikut: (A)
    Fizik / Kimia / Biologi / Sains / Sains Tambahan / Asas Kelestarian Pertanian / Sains Rumah Tangga / Reka Cipta / Sains Komputer / Sains Sukan / Lukisan Kejuruteraan / Grafik Komunikasi Teknikal / Prinsip Perakaunan / Ekonomi / Perniagaan / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

Prosedur Permohonan

  1. Permohonan adalah percuma dan tidak perlu membeli nombor pin.
  2. Permohonan boleh dibuat melalui internet dengan melayari laman sesawang matrikulasi.moe.gov.my mulai 16 Januari 2023
  3. Baca dan fahami panduan permohonan yang terdapat dalam laman web tersebut
  4. Setelah selesai mengisi permohonan, sila klik butang ‘HANTAR’ dan CETAK permohonan anda sebagai bukti penghantaran. Tarikh tutup permohonan ialah pada bulan 16 April 2023

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi :-

Selamat membuat Permohonan secara Online dan semoga anda berjaya.

Tinggalkan Balasan