Semakan Keputusan PSPM Peperiksaan Matrikulasi 2023/2024

Check Keputusan PSPM Peperiksaan Semester Program Matrikulasi KPM PST PDT 2023-2024. Perhatian buat semua calon yang telah berjaya menduduki Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) baru-baru ini. Kepada calon Sistem Dua Semester (SDS) dan Sistem Empat Semester (SES), semakan keputusan PSPM sesi 2023-2024 boleh disemak mengikut ketetapan hebahan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dinyatakan seperti berikut.

Seperti kita sedia maklum, di bawah PSPM ini terdapat dua program yang disediakan iaitu PST yang mempunyai dua semester pengajian dan PDT yang mempunyai empat semester pengajian. Bagi memudahkan para pelajar dan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan anda boleh menyemaknya melalui beberapa kaedah. Perlu diingatkan keputusan hanya boleh disemak mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh KPM sahaja.

Semakan Keputusan PSPM Peperiksaan Matrikulasi 2018/2019

Semakan Keputusan PSPM Peperiksaan Matrikulasi Sesi 2023-2024

KPM telah menyediakan beberapa platform dan capaian untuk pelajar membuat semakan keputusan PSPM  mereka. Berikut dikongsikan tarikh penting bagi sesi 2023/2024 dan keadah semakan PSPM buat rujukan calon.

HEBAHAN KEPUTUSAN PSPM MATRIKULASI (PST & PDT)

Tarikh HebahanMasa
23 Februari 2024
1000 Pagi

Semakan adalah melibatkan calon :-

  1. Program Matrikulasi Sistem Dua Semester (SDS) Semester I Sesi 2023/2024
  2. Program Matrikulasi Sistem Empat Semester (SES) Semester I 2023/2024
  3. Program Matrikulasi Sistem Empat Semester (SES) Semester III Sesi 2023/2024

KAEDAH SEMAKAN KEPUTUSAN PSPM ONLINE & SMS

1. Semakan secara atas talian

2. Semakan melalui kolej

  • Boleh didapati melalui edaran slip keputusan peperiksaan

3. Semakan melalui telefon

  • Boleh menghubungi terus kolej masing-masing atau menghubungi sektor Pengurusan Peperiksaan, Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03-8884 4083

4. Melalui SMS

  • MOE<jarak>MAK<jarak>NoKP & SMS ke 15888

Maklumat Lanjut

Perhatian kepada semua calon-calon PSPM yang ingin membuat semakan semula keputusan peperiksaan yang mereka peroleh boleh membuat rayuan seperti panduan yang dikongsikan di pautan berikut :-

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu calon peperiksaan PSPM membuat semakan.

JENIS PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

Syarat-syarat Penilaian dan Peperiksaan

1. Mendaftar Subjek

2. Memenuhi peraturan kehadiran (melebihi 90%).

3. Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib.

4. Mendapat kelulusan Pengarah BMKPM dan Pengarah Kolej Matrikulasi bagi kes-kes tertentu.

Sistem Penilaian

Pencapaian akademik pelajar bagi Program Sistem Dua Semester (SDS) dan Sistem Empat Semester (SES) akan dinilai berdasarkan:

  • a) Penilaian Berterusan (PB)
  • b) Ujian Penilaian Sumatif (UPS)
  • c) Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM)

Sistem Purata Nilai Gred Semester (PNGS) dan Sistem Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) digunakan bagi menentukan pencapaian akademik pelajar.

UJIAN PENILAIAN SUMATIF & PENILAIAN BERTERUSAN

Dilaksanakan sepanjang semester iaitu bermula dari hari pertama kuliah hingga hingga hari akhir pengajian bagi setiap semester.

Pecahan Wajaran Penilaian

  • a) Subjek Teras pecahan wajaran penilaian adalah 20% UPS dan 40% PB
  • b) Subjek Wajib pecahan wajaran penilaian 100% melibatkan PB sahaja

Ciri-ciri yang diambil kira:

  • 1. Tugasan tutoran.
  • 2. Kuiz / Ujian.
  • 3. Kertas kerja.
  • 4. Amali.
  • 5. Kehadiran
  • 6. Lain-lain

Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM)

  • Peperiksaan ini diadakan pada penghujung/akhir setiap semester sesi pengajian.
  • Peperiksaan dijalankan dalam masa 2 jam bagi setiap kursus.
  • Markah bagi matapelajaran teras adalah 40%.
  • Soalan dan pemarkahan dijalankan secara berpusat.

SUMBER

Diharapkan juga dapat membantu ibu bapa agar dapat mengetahui perkembangan anak-anak mereka di tempat pengajian mereka. Kepada yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang tahniah diucapkan. Bagi yang kurang bernasib baik teruskan berusaha. Selamat maju jaya!

Related : pdt semester ii iv, semakan keputusan peperiksaan semester program matrikulasi pspm, semester ii dan iv, pspm pst, semak semula keputusan pspm, tarikh semakan, calon peperiksaan semester program matrikulasi pspm matrikulasi, kementerian pendidikan malaysia,

Tinggalkan Balasan