Kadar Yuran Program Matrikulasi KPM

Ucapan tahniah kepada pelajar yang berjaya ditawar masuk ke Kolej Matrikulasi untuk program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Berapakah kadar yuran pendaftaran Program Matrikulasi KPM bagi 2024/2025? Yuran terkini Matrikulasi KPM telah pun dikeluarkan untuk rujukan umum. Senarai kadar yuran Program Matrikulasi tersebut dikeluarkan dalam bentuk jadual yang terkandung di dalam Soalan Lazim berkaitan program Matrikulasi.

Seperti yang umum sedia maklum, tarikh Permohonan Melalui Internet (PMI) bagi Matrikulasi adalah dari 15 Disember 2023 hingga 31 Mac 2024 dan dibuka semula pada tarikh yang akan dikemaskini. Proses pemilihan pelajar adalah atas dasar meritokrasi di mana pengiraan merit mengambil kira 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum. Tarikh semakan keputusan calon yang berjaya masuk ke Program Matrikulasi untuk sesi 2024/2025 adalah pada tarikh yang akan dikemaskini.

kadar yuran matrikulasi terkini

Kadar Yuran Matrikulasi Sesi 2024/2025 (Bayaran Pendaftaran)

Berikut kami kongsikan sedikit maklumat mengenai Program Matrikulasi seperti keistimewaan program Matrikulasi dan juga jadual yuran Matrikulasi 2024.

Keistimewaan Program Matrikulasi

Program Matrikulasi KPM menawarkan dua jenis program pengajian. Program Sistem Dua Semester di mana tempoh pengajian pelajar adalah satu (1) tahun dan menawarkan jurusan tertentu seperti Sains, Kejuruteraan, Perakaunan, dan Perakaunan Profesional (JPPro) (terhad kepada Bumiputera sahaja).

Selain itu, terdapat juga Program Matrikulasi Sistem Empat Semester di mana tempoh pengajian pelajar dalah dua (2) tahun dan (terhad kepada Bumiputera sahaja) hanya jurusan Sains sahaja yang ditawarkan.

Antara kelebihan pelajar yang memasuki program Matrikulasi adalah:

  1. Program ini telah mendapat pengiktirafan daripada semua Universiti Awam di Malaysia dan juga universiti termasyhur di luar negara seperti University of Bristol di United Kingdom dan University of Melbourne di Australia.
  2. Pendidikan yang diberikan dalam program ini bersifat menyeluruh dan meliputi bidang akademik dan pembangunan kemahiran insaniah. Pelajar program Matrikulasi mempunyai peluang untuk sertai aktiviti-aktiviti sehingga ke peringkat kebangsaan.
  3. Setelah lulus program Matrikulasi ini, pelajar akan menerima Sijil Matrikulasi yang akan memberi mereka kelayakan untuk memohon jawatan dalam sektor Perkhidmatan Awam di Gred 29 dalam 39 skim perkhidmatan (Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016 yang berkuatkuasa bermula 1 Januari 2017).
  4. Kos pengajian dan penginapan dalah tanggungan Kerajaan dan semua pelajar program Matrikulasi KPM hanya perlu tunaikan yuran pendaftaran.
  5. Terdapat 15 buah Kolej Matrikulasi KPM di seluruh Malaysia yang boleh dipilih.
  6. Pelajar bumiputera yang tinggal di kawasan luar bandar mendapat akses ke pendidikan yang berkualiti untuk mencapai cita-cita.

Senarai Kadar Yuran Program Matrikulasi

Berikut adalah jadual yuran pendaftaran Matrikulasi untuk tahun 2024-2025 untuk rujukan semua.

Kadar Yuran Matrikulasi

Berikut dikongsikan senarai kadar yuran yang dikenakan kepada pelajar semasa pendaftaran Program Matrikulasi Sistem Dua Semester Matrikulasi KPM bagi sesi 2024/2025:
JURUSANSISTEM DUA SEMESTER
SAINSRM599.00
KEJURUTERAANRM599.00
PERAKAUNANRM546.00
PERAKAUNAN PROFESIONAL (JPPro)*RM546.60 + tambahan RM600 untuk pembelian buku (Semester 1)
RM546.60 + tambahan RM1,690 untuk yuran peperiksaan ACCA (Semester 2)
Sistem Empat Semester (Tahun Ke-2) bagi Jurusan Sains Tahun 2024/2025RM599.00 (Semester 1)
Sistem Empat Semester (Tahun Ke-2) bagi Jurusan Sains Tahun 2024/2025RM296.00 (Semester 3)

(termasuk yuran Malaysia University English Test (MUET))

*Tertakluk kepada perubahan pertukaran matawang

Selain itu, tidak ada yuran lain yang dikenakan ke atas pelajar kerana kos pengajian dan penginapan adalah bawah tajaan kerajaan.

Semua pelajar digalakkan untuk mengambil peluang ini untuk mencorak masa depan anda dengan sokongan yang diberikan oleh KPM yang memudahkan perjalanan pendidikan anda.

SUMBER : KPM

Maklumat Lanjut

Semoga perkongsian kadar yuran Program Matrikulasi ini dapat membantu anda membuat perancangan kewangan dalam pengajian anda. Selamat mendaftar ke Program Matrikulasi. Harap segala urusan anda dipermudahkan dan semoga berjaya.

Tinggalkan Balasan