Contoh Pengiraan Merit UPU Aliran Sains Dan Sastera Lepasan SPM. Kepada lepasan SPM atau setaraf yang bakal menyambung pengajian ke Universiiti Awam/ Institusi Pengajian Tinggi Awam. Berikut disediakan sedikit panduan berkenaan Contoh Pengiraan Merit UPU Lepasan SPM untuk Aliran Sains/ Sastera buat rujukan pemohon UPU. Cara pengiraan markah merit kemasukan pelajar ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM atau setaraf adalah berdasarkan prinsip meritokrasi.
Ianya mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum yang diselaraskan dengan sistem penggredan baru keputusan SPM. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menggunakan cara ini mulai Sesi Akademik 2010/2011. Mulai tahun 2010, KPM telah melaksanakan sistem penggredan baru bagi calon Lepasan SPM 2009. Sistem penggredan baru tersebut mewujudkan peringkat kelulusan A+. Namun bermula tahun 2020, Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) telah diperkenalkan dan cara pengiraan merit baharu akan diperkenalkan.
Sehubungan itu, KPT juga akan melaksanakan kaedah pengiraan markah merit terkini dengan perubahan kecil kepada kaedah sedia ada. Pengiraan markah merit adalah berdasarkan nilai gred mata pelajaran bagi tujuan pengiraan markah. Kiraan markah merit calon adalah merangkumi proses penentuan aliran, penyediaan dan pengiraan merit serta penyediaan susunan merit.
Baca : Kalkulator Pengiraan Markah Merit UPU Terkini (Lepasan SPM/ STPM dan Setaraf)
Pengiraan Markah Merit Kemasukan Ke UA/ IPTA
Kriteria pemilihan kemasukan ke Universiti Awam dan Politeknik Premier untuk program pengajian Lepasan SPM adalah seperti berikut:-
- Pencapaian akademik dalam peperiksaan SPM dan pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;
- Tanggungan, pendapatan dan tempat tinggal (SES); (bagi permohonan ke Politeknik Konvensional / METrO, Kolej Komuniti dan ILKA)
- Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian dipohon;
- Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
- Memenuhi syarat khas seperti yang ditetapkan oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA;
- Lulus temu duga/ujian bagi program bertemu duga/ ujian;
- Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan; dan
- Bilangan tempat yang disediakan oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA.
Pengiraan Merit 2.0 – Lepasan SPM
Menurut Bahagian Kemasukan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT), pengiraan merit 2.0 bagi Lepasan SPM adalah seperti berikut
Bermula SPM 2021, pakej mata pelajaran yang diambil oleh pelajar adalah berbeza. 90% markah akademik terdiri daripada :
1. Merit Mata Pelajaran Universal (40%)
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sejarah
2. Merit Mata Pelajaran Pakej (30%)
- 2 Mata Pelajaran Pakej
3. Merit Mata Pelajaran Terbaik (10%)
- 2 Mata Pelajaran Lain Terbaik
Jumlah merit 80% akan dibahagi dengan 80 dan didarabkan dengan 90%, hasilnya akan ditambah dengan markah kokurikulum (10%) menjadikan jumlah merit 100%
Di bawah adalah infografik dan contoh pengiraan mengikut pakej yang disediakan oleh UPU untuk rujukan calon Lepasan SPM berkenaan pengiraan merit 2.0 :
Penentuan Aliran SPM (Sains Atau Sastera) – Lepasan SPM Bukan Tahun Semasa
Kaedah penentuan aliran sains bagi semua calon adalah dengan mengguna pakai 4 daripada 5 mata pelajaran utama seperti berikut :
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Biologi atau Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Ekonomi Rumah Tangga / Teknologi Maklumat / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Sains Pertanian / Pengajian Agro Teknologi / Pengetahuan Sains Sukan
Pemohon yang tidak memenuhi komponen Aliran Sains secara automatik dimasukkan ke Aliran Sastera.
Markah Kokurikulum
- Markah kokurikulum 10% bagi calon sekolah di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dibekalkan oleh Bahagian Seni dan Kokurikulum KPM kepada BPKP JPT
- Bagi calon persendirian, markah kokurikulum adalah berdasarkan maklumat kokurikulum yang diisi semasa mengemukakan permohonan
- Markah kokurikulum dikira berdasarkan purata 2 daripada 4 bidang yang terbaik dengan markah 10%.
Contoh Pengiraan Merit UPU Lepasan SPM/ Setaraf – Lepasan SPM Bukan Tahun Semasa
Dasar pemilihan pelajar ke UA/ IPTA. Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai :-
- a) UA & Politeknik Premier : 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.
- b) Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA : 75% markah akademik, 10% markah kokurikulum dan 15% Status Sosio-Ekonomi (SES)
i) Kemasukan Ke UA Dan Politeknik Premier
Markah Akademik : Nilai gred mata pelajaran bagi tujuan pengiraan markah adalah seperti berikut:-
a) Aliran Sains
Kaedah Pengiraan Markah Akademik bagi Aliran Sains adalah seperti berikut :-
- a) 90 markah dari 5 mata pelajaran berikut:-
- i. Matematik
- ii. Matematik Tambahan
- iii. Fizik
- iv. Kimia
- v. Biologi atau salah satu dari mata pelajaran berikut:-
- Pengajian Kejuruteraan Awam/ Elektrik & Elektronik/ Mekanikal/ Reka Cipta/ Lukisan Kejuruteraan/ Teknologi Kejuruteraan/ Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Pertanian/ Teknologi Maklumat/ Prinsip Akaun/ Perdagangan/ Ekonomi Asas/ Pengetahuan Sains Sukan / Pengurusan Makanan;
DAN
- b) 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang lain.
b) Aliran Sastera
Kaedah Pengiraan Markah Akademik bagi Aliran Sastera adalah seperti berikut :-
- a) 90 markah dari 5 mata pelajaran berikut:-
- i. Bahasa Melayu
- ii. Matematik
- iii. Sains
- iv. Sejarah
- v. Pendidikan Islam atau salah satu mata pelajaran berikut:-
- Pendidikan Syariah Islamiah / Pengajian Al-Quran & Al-Sunnah / Pendidikan Moral;
DAN
- b) 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang lain
Pengiraan Markah Merit melibatkan komponen adalah seperti berikut :-
ii) Kemasukan Ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti Dan ILKA
Markah Akademik : Nilai gred mata pelajaran bagi tujuan pengiraan markah adalah seperti berikut:-
Kaedah Pengiraan Markah Akademik adalah seperti berikut :-
- a) Mengambil kira 5 mata pelajaran berikut:-
- i. Bahasa Melayu;
- ii. Matematik/ Matematik Tambahan dan
- iii. Satu (1) mata pelajaran SPM terbaik dari kumpulan Sains/ Vokasional/ Teknologi dan
- iv. Dua (2) mata pelajaran terbaik yang belum diambil kira
Pengiraan Markah Merit melibatkan komponen adalah seperti berikut :-
A. Contoh Pengiraan Merit UPU Lepasan SPM 2021 (Pakej STEM A)
- Andaikan keputusan peperiksaan calon aliran sains yang mengambil 9 mata pelajaran;
- Bahasa Melayu A+
- Bahasa Inggeris A+
- Matematik A+
- Sejarah A
- Pendidikan Islam A
- Fizik B+
- Matematik Tambahan B+
- Kimia B
- Biologi C
- Pengiraan markah akademik untuk 4 mata pelajaran universal
- Bahasa Melayu A+ = 18
- Bahasa Inggeris A+ = 18
- Matematik A+ = 18
- Sejarah A = 16
- JUMLAH : (18+18+18+16)/72 x 40 = 38.89
- Pengiraan markah akademik bagi 2 mata pelajaran pakej
- Fizik B+ = 12
- Matematik Tambahan B+ = 12
- JUMLAH : (12+12)/36 x 30 = 20
- Pengiraan markah akademik Mata Pelajaran Terbaik yang lain
- Pendidikan Islam A = 16
- Kimia B = 10
- JUMLAH : (16+10)/36 x 10 = 7.22
- Jumlah Markah Akademik
= (Markah akademik)/80 x 90
= (38.89 + 20 + 7.22)/80 x 90
= 74.37
6. Markah Merit Calon ialah Markah Akademik + Markah Kokurikulum
MARKAH AKADEMIK (74.37) + MARKAH KOKURIKULUM (7) = MARKAH MERIT (81.37%)
B. Contoh Pengiraan Merit UPU Lepasan SPM 2021 (Pakej Kemanusiaan Dan Sastera Ikhtisas)
- Andaikan keputusan peperiksaan calon aliran sains yang mengambil 9 mata pelajaran;
- Bahasa Melayu A
- Bahasa Inggeris B
- Matematik A-
- Sejarah A+
- Ekonomi A-
- Prinsip Perakaunan A+
- Pendidikan Islam B
- Sains B
- Pengiraan markah akademik untuk 4 mata pelajaran universal
- Bahasa Melayu A = 16
- Bahasa Inggeris B = 10
- Matematik A- =14
- Sejarah A+ = 18
- JUMLAH : (16+10+14+18)/72 x 40 = 32.22
- Pengiraan markah akademik bagi 2 mata pelajaran pakej
- Ekonomi A- = 14
- Prinsip Perakaunan A+ = 18
- JUMLAH : (14+18)/36 x 30 = 26.67
- Pengiraan markah akademik bagi 2 mata pelajaran lain yang terbaik
- Pendidikan Islam B = 10
- Sains B = 10
- JUMLAH : (10+10)/36 x 10 = 5.56
- Jumlah Markah Akademik
= (32.22 + 26.67 + 5.56)/80 x 90
= 72.51
6. Markah Merit Calon ialah Markah Akademik + Markah Kokurikulum
MARKAH AKADEMIK (72.51) + MARKAH KOKURIKULUM (9) = MARKAH MERIT (81.5%)
C. Contoh Pengiraan Merit UPU Lepasan SPM (Aliran Sains)
- Andaikan keputusan peperiksaan calon aliran sains yang mengambil 9 mata pelajaran;
- Bahasa Melayu A+
- Bahasa Inggeris A+
- Pendidikan Islam A+
- Sejarah A+
- Matematik A+
- Matematik Tambahan A
- Fizik A-
- Kimia A
- Biologi A
- Pengiraan markah akademik untuk 5 mata pelajaran utama (Aliran Sains)
- Matematik A+ = 18
- Matematik Tambahan A = 16
- Fizik A- = 14
- Kimia A = 16
- Biologi A- = 14
- JUMLAH = 78
- Pengiraan markah akademik bagi 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil (Aliran Sains):
- Bahasa Melayu A+ = 18
- Bahasa Inggeris A+ = 18
- Pendidikan Islam A+ = 18
- JUMLAH 54
- Markah Akademik Bagi Pengiraan Markah Merit Pelajar
- Markah Akademik = Markah Mata Pelajaran + Markah Mata Pelajaran Utama Aliran Terbaik
- Pengiraan Markah Mata Pelajaran Utama Aliran = (78 x 90)/90 = 78
- Pengiraan Markah Mata Pelajaran Terbaik = (54 x 30)/54 = 30
- Jumlah Markah Akademik
= (Markah Mata Pelajaran Utama Aliran + Markah Mata Pelajaran Terbaik)/120 x 90
= (78 + 30)/120 x 90
= 81
6. Markah Merit Calon ialah Markah Akademik + Markah Kokurikulum
MARKAH AKADEMIK (81) + MARKAH KOKURIKULUM (8) = MARKAH MERIT (89)
D. Contoh Pengiraan Merit UPU Lepasan SPM (Aliran Sastera)
Contoh Aliran Sastera mengambil 9 Mata pelajaran dan Pengiraan Markah Akademik 5 mata Pelajaran Utama (Aliran Sastera)
Pengiraan Markah Akademik Bagi 3 Mata Pelajaran Terbaik Lain Yang Diambil (Aliran Sastera)
Markah Akademik Bagi Pengiraan Markah Merit Pelajar
- Markah Merit = Markah 5 Mata pelajaran Utama Aliran Sastera + Markah 3 mata Pelajaran Terbaik
- MP Aliran Utama (Markah) = 58 x 90/ 90 = 58
- Markah MP Terbaik = 42 x 30/ 54 = 23.3
- Jumlah Markah Akademik = Markah MP Utama Aliran + MP Terbaik x 90/ 120
= (58 + 23.3) x 90/ 120
Markah Merit Calon ialah Markah Akademik (60.9) + Markah Kokurikulum (7) = 67.9
E. Contoh Pengiraan Markah Merit Ke Program Pengajian Di Politeknik Konvensional/ METRO, Kolej Komuniti Dan ILKA (TVET)
Contoh calon SPM mengambil 8 Mata Pelajaran dan Pengiraan Markah Akademik 5 Mata Pelajaran.
Markah Akademik bagi pengiraan Markah Merit Calon
Maklumat lanjut, sila rujuk kepada Kalkulator Pengiraan Markah Merit Lepasan SPM/ Setaraf di pautan berikut :-
Semoga perkongsian maklumat Contoh Pengiraan Merit UPU Lepasan SPM/ Setaraf untuk Aliran Sains dan Sastera Lepasan SPM ini boleh dijadikan panduan buat yang memerlukan. Selamat membuat permohonan UPUonline dan diucapkan semoga anda berjaya.