UPUPocket 2.0 Muat Turun Aplikasi Mobile Di Google Play & AppStore

Aplikasi Mobile UPU Pocket 2.0 Kini Boleh Dimuat Turun. Berita baik buat para pemohon permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti melalui permohonan UPU online. Pelajar boleh mendapatkan panduan permohonan, semakan dan kemaskini melalui telefon pintar. Mudah bukan. UPUPocket adalah satu aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi.

Aplikasi UPU Pocket bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia terutama para pemohon dan ibu bapa dalam mendapatkan perkhidmatan dan rujukan dalam urusan kemasukan pelajar ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam.

UPUPocket 2.0

Aplikasi UPUPocket 2.0 : Panduan Permohonan Dan Semakan UPU

Mendapatkan status permohonan kemasukan UPU adalah satu tugas yang membosankan buat kebanyakkan ibubapa dan lepasan sekolah jika maklumat atau panduan yang dicari sukar diperolehi. Aplikasi ‘UPU Pocket’ bakal menjadikan urusan anda menjadi lebih mudah.

Aplikasi UPU Pocket telah dilancarkan pada 3 Februari 2018 bersempena dengan Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 (Jom Masuk U/ IPTA) di Melaka. UPUPocket menyediakan penyelesaian yang mudah kepada masalah di mana seseorang boleh menjejaki status permohonan dan semakan UPU dengan mudah hanya dhujung jari anda.

Menu Utama UPU Pocket

Di antara maklumat dan panduan yang terdapat di aplikasi UPU Pocket termasuk :-

i) Semakan Status UPU

Membolehkan pengguna untuk menyemak status permohonan UPU, status kelayakan dan keputusan permohonan dan rayuan pemohon.

upupocket 2,0

ii) e-Panduan

e-Guide menyediakan syarat kemasukan ke universiti awam, TVET dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

upupocket 2,0

iii) Kalendar Akademik 

Menyediakan butiran mengenai tarikh penting yang berkaitan dengan aktiviti permohonan UPUonline.

upupocket 2,0

iv) Aduan

Maklumbalas berkaitan permohonan UPUonline. Para pengguna boleh menghubungi staf pentadbiran UPU sekiranya mereka mempunyai sebarang aduan atau maklum balas mengenai status mereka melalui ciri ‘Aduan’ yang dibina di dalam aplikasi.

v) Alamat UA

Pertanyaan lanjut berkaitan program yang ditawarkan

upupocket 2,0

vi) Hubungi BPKP

Pertanyaan lanjut berkenaan permohonan UPU online

Muat Turun Aplikasi UPU Pocket 2.0

Bermula pada 25 Februari 2019, Aplikasi UPUPocket telah dilancarkan semula. Oleh itu, pengguna Android yang telah memuat turun aplikasi UPUPocket, perlu membuang versi lama dan memuat turun aplikasi versi terbaru.’UPU Pocket 2.0′ kini boleh didapati di Android (Google Play) dan Apple (AppStore).

upupocket 2,0

Iklan Aplikasi UPUPocket 2.0

Berikut adalah iklan yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) Kementerian Pendidikan Malaysia:

UPUPocket Applikasi Mobile Permohonan & Semakan UPU

Semoga pengenalan Aplikasi mobile UPUPocket 2.0 dapat memudahkan pelajar dan ibu bapa dalam membuat Permohonan, kemaskini dan Semakan keputusan UPU melalui telefon pintar mereka. Tahniah MOHE atas pelancaran aplikasi ini.

Tinggalkan Balasan