Jadual Program Jom Masuk U 2024

Tarikh Dan Lokasi Karnival Jom Masuk U Tahun 2024. Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2023 (KPTN) atau Karnival Jom Masuk U kembali menemui anda di 6 lokasi di seluruh Malaysia. Berikut dikongsikan Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2023 buat panduan pelajar terutama lepasan SPM/ STPM yang masih buntu dalam memlih halatuju pendidikan tinggi mereka. Karnival IPT akan memasuki edisi ke 17 dan bakal diadakan di beberapa negeri dan zon di seluruh Malaysia bermula dari bulan Mei hingga Jun 2023 berdasarkan tarikh tahun lepas. Untuk tahun ini akan dikemaskini

Program karnival ini adalah anjuran Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) dan bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai yang bercadang memohon kemasukan ke UA/ IPTA dan Politeknik tahun 2023. Pelajar boleh mendapatkan maklumat terperinci berkaitan program pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Awam (UA), Kolej Komuniti, Politeknik dan ILKA semasa karnival.

Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara

Tarikh Dan Lokasi Program Jom Masuk U 2024 (JMU)

INFO TERKINI

1. KPT telah mengumumkan penganjuran program Jom Masuk U 2023 bagi 6 zon merangkumi lokasi Sarawak, Sabah, Kedah, Terengganu, Kuala Lumpur dan Johor. Untuk tahun 2024, akan dikemaskini.

Pelajar-pelajar terutama yang ingin melanjutkan pengajian tinggi mereka adalah disarankan untuk hadir ke Karnival KPTN ini. Pelajar boleh berjumpa terus dengan wakil-wakil dari universiti dan kolej semasa pameran untuk mendapatkan maklumat melanjutkan pengajian, pembiayaan pendidikan dan syarat-syarat kelayakan yang diperlukan. Di antara manfaat buat mereka yang hadir ke karnival Jom Masuk U ini adalah seperti berikut :-

  1. Mendapatkan maklumat mengenai institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini termasuk pelbagai program yang ditawarkan
  2. Mendapatkan maklumat jelas berhubung peluang melanjutkan pengajian di IPT termasuk program ditawarkan mengikut kesesuaian kelayakan akademik seseorang pelajar.
  3. Memberi idea dalam melanjutkan pengajian tinggi dan halatuju pengajian seterusnya
  4. Memudahkan pelajar untuk membuat keputusan yang tepat dalam melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kelak.
  5. Mendapat nasihat pemilihan program pengajian dari wakil IPT
  6. Memperolehi maklumat yang lanjut berkaitan pilihan program pengajian yang diminati
  7. Membuat perbandingan di antara satu institusi dengan institusi pengajian tinggi yang lain.

Nota : Para pelajar adalah digalakkan untuk membawa keputusan peperiksaan yang terkini semasa di Karnival KPTN nanti.

Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara Tahun 2023 (Karnival Jom Masuk U)

Berikut dikongsikan Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2023 (KPTN) atau Jom Masuk U sebagai rujukan. Maklumat yang dikongsikan termasuk tarikh, lokasi dan negeri/zon.

NEGERI

TARIKH

LOKASI

1. Zon Selatan – Johor20 & 21 Mei 2023Stadium Tertutup Arena Larkin Johor Bahru, Johor
2. Zon Sarawak20 & 21 Mei 2023Times Square Megamall Bintulu, Sarawak
3. Zon Sabah27 & 28 Mei 2023Kompleks Dewan Kuliah Pusat ke-2 UMS, Sabah
4. Zon Utara – Kedah27 & 28 Mei 2023Dewan Perdana, UiTM Cawangan Kedah, Kedah
5. Zon Timur – Terengganu3 & 4 Jun 2023Dewan Sultan Mizan UMT, Terengganu
6. Zon Tengah – Kuala Lumpur4 & 5 Jun 2023Dewan Tunku Canselor, UM, Kuala Lumpur

Nota

  • Masuk : Percuma
  • Waktu/ Masa Karnival : 900 pagi hingga 500 petang

Maklumat lanjut, sila rujuk kepada peta Karnival yang dikongsikan ini.

  • Tarikh dan lokasi Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2023 adalah tertakluk kepada perubahan yang akan dikemaskini dari masa ke semasa

jadual karnival pendidikan tinggi jom masuk u

jadual karnival pendidikan tinggi jom masuk u

Maklumat Lanjut Karnival Pendidikan Tinggi Negara

Untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Karnival Jom Masuk U, sila layari :-

Semoga perkongsian Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2023 boleh dijadikan panduan buat pelajar. Jom datang beramai-ramai ke Karnival Jom Masuk U yang berdekatan.

Tinggalkan Balasan