Jadual Karnival Pendidikan MARA 2024 (IPMA)

Tarikh Dan Lokasi Karnival Pendidikan MARA Tahun 2024. Berikut dikongsikan Jadual Karnival Pendidikan MARA 2023 (Karnival IPMA) buat panduan pelajar yang masih buntu dalam memilih laluan pengajian tinggi lepas SPM mereka. Karnival anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) ini akan diadakan di beberapa lokasi mengikut zon di seluruh Malaysia pada bulan Jun 2023 hingga Julai 2023. Pelajar atau mereka yang ingin melanjutkan pelajaran, mendapatkan pinjaman atau mencari pelbagai peluang pendidikan adalah digalakkan untuk datang hadir ke karnival pendidikan ini. Bagi tahun 2024 akan dikemaskini setelah diumumkan.

Selain mengunjungi KPM MARA, para pelajar termasuk para pemohon UPU juga digalakkan untuk hadir ke Karnival Pendidikan Tinggi 2023 Jom Masuk U yang akan diadakan pada sekitar bulan Jun sehingga Julai 2023.

Jadual Karnival Pendidikan MARA IPMA

Tarikh Dan Lokasi Karnival Pendidikan MARA Tahun 2024 (Karnival IPMA)

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Jadual Karnival Pendidikan MARA 2023 yang memaparkan  tarikh dan lokasi karnival diadakan. Untuk tahun 2024 akan dikemaskini.

Matlamat dan objektif utama penganjuran Karnival Pendidikan MARA adalah untuk memberi pendedahan dan maklumat mengenai peluang-peluang pendidikan dan latihan yang disediakan oleh institusi pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh Malaysia.

Pelajar terutamanya lepasan SPM/ STPM dan orang awam adalah digalakkan untuk hadir ke KPM kerana anda boleh membuat pilihan pengajian yang sesuai dengan kelayakan dan minat masing-masing di sana. Ianya sekaligus dapat merencana kerjaya masa depan anda lebih awal.

jadual karnival pendidikan mara

Jadual Karnival Pendidikan MARA (Tarikh Dan Lokasi 2023)

Berikut dikongsikan tarikh dan lokasi di mana berlangsungnya Karnival Pendidikan MARA 2023 di seluruh Malaysia sebagai rujukan. Ianya memaparkan maklumat tarikh dan lokasi karnival MARA diadakan.

ZON/ NEGERI

LOKASI

TARIKH/ HARI

1. Kuala LumpurRuang Legar, Ibu Pejabat MARA10 & 11 Jun 2023 (Sabtu & Ahad)
2. SabahSuria Mall, Kota Kinabalu17 & 18 Jun 2023 (Sabtu & Ahad)
3. PahangBerjaya Megamall, Kuantan17 & 18 Jun 2023 (Sabtu & Ahad)
4. JohorPlaza Larkin, Johor bahru17 & 18 Jun 2023 (Sabtu & Ahad)
5. PerlisDewan Warisan, Kangar20 & 21 Jun 2023 (Selasa & Rabu)
6. SarawakThe Summer Mall, Kota Samarahan24 & 25 Jun 2023 (Sabtu & Ahad)
7. TerengganuTerengganu Trade Centre, Kuala Terengganu24 & 25 Jun 2023 (Sabtu & Ahad)
8. KedahStadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar8 & 9 Julai 2023 (Sabtu & Ahad)
9. MelakaAeon Bandaraya, Melaka8 & 9 Julai 2023  (Sabtu & Ahad)
10. KelantanMydin Mall Tunjong, Kota Bharu, Kelantan14 & 15 Julai 2023  (Jumaat & Sabtu)
11. Pulau PinangMydin Mall Bukit Mertajam15 & 16 Julai 2023  (Sabtu & Ahad)
12. PerakMydin Mall Meru15 & 16 Julai 2023  (Sabtu & Ahad)

Nota: Tarikh dan lokasi Karnival adalah tertakluk kepada perubahan dari masa kesemasa. Masa karnival adalah dari jam 1000 pagi hingga 600 petang

Aktiviti Menarik Karnival Pendidikan MARA

Berikut adalah di antara aktiviti-aktiviti menarik yang terdapat di Karnival Pendidikan MARA tahun 2023 seperti berikut :-

  1. Maklumat pendidikan IPTS dan IPMa
  2. Ceramah dan Kaunseling kerjaya
  3. Pendaftaran online Institusi Pendidikan MARA (IPMa)
  4. Cabutan Bertuah
  5. Jualan usahawan
  6. Food truck
  7. Photobooth
  8. Pendaftaran Alumni MARA

Manfaat Untuk Lepasan Sekolah

  1. Peluang pendidikan di IPMa, IPTA dan IPTS
  2. Yuran percuma di IPMa terpilih
  3. Kaunseling pendidikan dan kerjaya
  4. Permohonan terus dan temuduga terbuka
  5. Semakan baki tunggakan pinjaman MARA

Maklumat Lanjut Jadual Karnival Pendidikan MARA

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :-

Bahagian Komunikasi Korporat,

Selamat berkarnival buat semua. Semoga perkongsian Jadual Karnival Pendidikan MARA 2023 boleh dijadikan panduan untuk mereka yang mahukan informasi dan peluang terkini pendidikan di Malaysia.

Tinggalkan Balasan