Panduan kepada pelajar lepasan SPM yang ingin memohon untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma di Kolej Profesional MARA. Seperti yang sedia maklum, Kolej Profesional MARA akan membuka permohonan untuk kemasukan sesi Mac, Julai dan November. Berikut dikongsikan maklumat permohonan Kolej Profesional MARA pengambilan untuk lepasan SPM.
Seperti yang sedia maklum, kemasukan ke Kolej Profesional MARA hanya dibuka sebanyak dua kali setahun iaitu sesi Januari dan Jun/ Julai. Kini, pengambilan diubah kepada bulan Mac, Julai dan November berdasarkan ambilan tahun lepas. Namun hanya program pengajian Diploma bagi lepasan SPM sahaja yang ada ditawarkan dan ianya adalah program sepenuh masa serta mendapat akreditasi oleh MQA.
Permohonan Kolej Profesional MARA 2023 Secara Online
Kolej Profesional MARA atau secara ringkasnya KPM adalah salah sebuah kolej bantuan sepenuhnya daripada kerajaan yang ada menawarkan program-program di dalam pengajian Diploma dan Sijil.
Berikut disediakan maklumat berkaitan intake Kolej Profesional MARA ambilan 2023 termasuk syarat kelayakan, cara permohonan, senarai kolej-kolej Profesional MARA yang wujud dan cara menghubungi.
Baca Info Penting : Senarai Kolej Profesional MARA Dan Kursus Yang Ditawarkan
1. Tarikh Permohonan Kolej Profesional MARA Sesi 1 2023/2024 Pengambilan Mac
Berikut dikongsikan adalah maklumat penting application ke Kolej Profesional MARA ambilan Mac 2023/2024. Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online)
- Tarikh Buka : 9 Januari 2023
- Tarikh Tutup : 5 Februari 2023
- Hari Pendaftaran : 30 Mac 2023
2. Tarikh Permohonan Kolej Profesional MARA Sesi 2 2023/2024 Pengambilan Julai
Berikut dikongsikan adalah maklumat penting application ke Kolej Profesional MARA ambilan Julai 2023. Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online)
- Tarikh Buka : 3 April 2023
- Tarikh Tutup : akan dikemaskini
- Hari Pendaftaran : akan dikemaskini
3. Tarikh Permohonan Kolej Profesional MARA Sesi 3 2022/2023 Pengambilan November
Berikut dikongsikan adalah maklumat penting application ke Kolej Profesional MARA ambilan November 2022. Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online)
- Tarikh Buka : 5 September 2022
- Tarikh Tutup : 30 September 2022
- Hari Pendaftaran : 1 Disember 2022
4. Cara Permohonan Kolej Profesional MARA 2023 Online
Permohonan perlu dibuat dengan melayari laman sesawang berikut:
Laman sesawang Hi edu MARA : Permohonan Online
5. Syarat Umum Kelayakan Memohon Kolej Profesional MARA
Pemohon lepasan SPM yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke Kolej Profesional MARA. Mereka perlu membuat semakan syarat kemasukan mereka terlebih dahulu. Ianya terdapat beberapa bidang kursus yang ditawarkan adalah berbeza serta meletakan syarat kelayakan yang berlainan.
Semakan serta makluman lanjut tentang program dan syarat kelayakan Senarai Program dan Syarat Kelayakan
6. Senarai Kolej Profesional MARA Malaysia
Hanya terdapat beberapa kampus yang telah ditawarkan di Kolej Profesional MARA di seluruh Malaysia. Ianya terdapat sebanyak 6 kampus Kolej Profesional MARA sahaja:
- KPM Bandar Melaka
- Seri Iskandar
- Indera Mahkota
- Ayer Molek
- Bandar Penawar
- Beranang
Semakan Keputusan Kolej Profesional MARA
Keputusan permohonan dan rayuan boleh dibuat di pautan :-
Tarikh semakan keputusan adalah seperti berikut dan tertakluk kepada sebarang perubahan :-
- Semakan Keputusan Permohonan Sesi 1 2023/ 2024 : 24 Februari hingga 2 Mac 2023
- Semakan Keputusan Rayuan Sesi 1 2023/ 2024 : 15 hingga 26 Mac 2023
Sekiranya keputusan permohonan pemohon didapati TIDAK LAYAK, pemohon boleh membuat RAYUAN permohonan secara atas talian (online).
Keputusan RAYUAN akan dikeluarkan dari semasa ke semasa sebelum sesi pendaftaran, bergantung kepada kelayakan dan kekosongan penempatan
5. Maklumat Lanjut
Alamat :
UNIT PUSAT INSTITUSI MARA BAHAGIAN PENDIDIKAN TINGGI MARA,
TINGKAT 12 IBU PEJABAT MARA JALAN RAJA LAUT,
50609 KUALA LUMPURNo. Tel.03-261 34074 / 34075 / 34076 / 34077 / 34081E-Mailupim.bpt@mara.gov.my
Laman Sosial
FACEBOOK: Hi-Edu MARA – Kolej Profesional MARA
TWITTER: Hi-Edu MARA
INSTAGRAM: Hi-Edu MARA
TELEGRAM: Hi-Edu MARAWhatsapp: +6011-58521184
Dengan maklumat ini, semoga apa yang dikongsikan ini dapat memudahkan urusan mereka yang terlibat. Ucapan semangat kepada anda semua, semoga maju jaya.