Syarat Kemasukan Program Diploma Kolej Profesional MARA

Perhatian buat anda yang ingin memasuki Kolej Profesional MARA (KPM) untuk mengikuti program Diploma bagi lepasan SPM dan STPM/setaraf, permohonan telah pun dibuka pada 16 Januari yang lalu. Permohonan kemasukan ke KPM selalunya boleh dibuat di portal Unit Pusat Institusi Mara iaitu Upimonline. Berikut dikongsikan Syarat Kemasukan Program Diploma Kolej Profesional MARA meliputi syarat am dan khas.

Untuk pengetahuan umum, KPM ada menawarkan program Diploma untuk persediaan pelajar ke universiti tempatan dan juga luar negara. KPM adalah berada di bawah pentadbiran Majlis Amanah Rakyat (MARA) sepenuhnya. Di KPM, lengkap dengan kemudahan kolej kediaman, dewan kuliah, dewan makan, pusat sumber, tempat rekreasi dan surau. Program Diploma KPM selalunya mengambil masa sebanyak 2 hingga 2 1/2 tahun.

Syarat Kemasukan Program Diploma Kolej Profesional MARA KPM

Syarat Kemasukan Kolej Profesional MARA – KPM (Syarat Am Dan Khas)

Berikut merupakan syarat kemasukan KPM iaitu Kolej Profesional MARA bagi mereka yang berminat untuk menyertai program-program yang ditawarkan di KPM di seluruh Malaysia:

Syarat Kemasukan Program Diploma Kolej Profesional MARA – KPM

A. Am

  1. Warganegara Malaysia
  2. Bumiputera (Pemohon dan ibu atau ayah berstatus bumiputera)
  3. Berumur 18 tahun sehingga 35 tahun
  4. Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

B. Untuk syarat-syarat kemasukan khas ke KPM sila klik di pautan berikut :-

Berikut dikongsikan senarai KPM yang terdapat di seluruh Malaysia berserta program pengajian yang ditawarkan di kolej berkenaan:

Senarai KPM Seluruh Malaysia

Maklumat Nama Kolej, Alamat dan No. Telefon serta Program Yang Ditawarkan

1. KPM Ayer Molek

Alamat: KM16, Jalan Tiang Dua, 75460 Ayer Molek, Melaka.
Tel: 06 269 5881

  • Diploma in Accounting
  • Dip in Business Studies

2. KPM Beranang

Alamat: Lot 2333, Jalan Kajang/ Seremban, 43700 Beranang, Selangor.
Tel: 03 8766 8935

  • Diploma in Accounting
  • Dip in Business Studies
  • Diploma in Computer Science
  • Diploma in Landscape & Horticulture

3. KPM Indera Mahkota

Alamat: Lot No. 14687, Bandar Indera Mahkota, Jalan Sungai Lembing, 25200 Kuantan, Pahang.
Tel: 09 573 6304

  • Diploma in Accounting
  • Diploma in Computer Networking
  • Diploma in English Communication
  • Diploma in Creative Digital Media Production

4. KPM Bandar Penawar

Alamat: Jalan Ungku Abdul Aziz, 81930 Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.
Tel: 07 884 2222

  • Diploma in Accounting
  • Diploma in Integrated Logistics Management

5. KPM Seri Iskandar

Alamat: Lot PT No. 2635, Bandar Seri Iskandar, 32600 Bota, Perak.
Tel: 05 371 1045

  • Diploma in Marketing
  • Diploma in International Business
  • Diploma in English Communication
  • Diploma in Business Information Technology

6. KPM Bandar Melaka

Alamat: Tingkat 13, Bangunan Graha Maju, Jalan Graha Maju 75300 Melaka.
Tel: 06 281 2011

  • Diploma in Islamic Banking & Finance
  • Diploma in Entrepreneurship
  • Diploma in Halal Industry

Diharapkan perkongsian Syarat Kemasukan KPM dapat membantu pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian diploma dalam program-program yang disediakan. Selamat maju jaya diucapkan!

Tinggalkan Balasan