Permohonan Kolej UNIKOP 2024 Program Diploma

Berita baik buat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mempunyai minat dalam bidang kepolisan dan juga bidang diploma yang lain. Kolej UNIKOP menawarkan Diploma Kepolisan Penyiasatan dan Diploma Perkhidmatan Penyiasatan serta program diploma lain bagi ambilan tahun 2024. Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Permohonan Kolej UNIKOP Program Diploma untuk panduan semua.  Lebih 15000 graduan yang telah dihasilkan oleh Kolej UNIKOP sepanjang 24 tahun kolej ini ditubuhkan.

Kolej UNIKOP adalah Institut Pengajian Tinggi (IPT) milik Koperasi Polis Diraja Malaysia. Ia mula ditubuhkan pada tahun 1996 di Taman Koperasi Polis Fasa 2 di Batu Caves, Kuala Lumpur dan telah berpindah ke kampus baru yang lebih canggih dan selesa di Cyberjaya, Selangor. Kolej UNIKOP juga telah mendapat kepercayaan daripada Universiti Teknologi MARA (UITM) bermula tahun 1998 untuk melaksanakan program pra-Diploma dan Diploma dalam pelbagai bidang pengkhususan.

Permohonan Kolej UNIKOP Program Diploma Polis

Permohonan Program Diploma Kolej UNIKOP 2024 Online/ Manual/ Temuduga

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan Program Diploma Kolej UNIKOP ambilan tahun 2024.

Turut dikongsikan adalah tarikh temuduga, pautan  boranng permohonan atas talian/ online, syarat kelayakan dan lain-lain maklumat yang penting untuk dikongsikan.

Program pengajian yang ditawarkan di Kolej UNIKOP adalah seperti berikut :-

  • Diploma Kepolisan Dan Penyiasatan
  • Diploma Perkhidmatan Penyiasatan
  • Diploma Siasatan Korporat
  • Diploma Penguatkuasaan Undang-Undang
  • Diploma Psikologi
  • Sijil Perkhidmatan Penyiasatan

Lain-lain program diploma yang ditawarkan adalah :-

  • Diploma Pengurusan Perniagaan
  • Diploma Teknologi Maklumat
  • Diploma Pengurusan Perniagaan
  • Diploma Pentadbiran Pejabat
  • Diploma Perakaunan
  • Diploma Pengurusan Pelancongan
  • Diploma Pengurusan Penjagaan Kesihatan
  • Diploma Sains Komputer
  • Diploma Sekuriti Siber
  • Diploma Kewangan & Perbankan

Untuk memohon, sila rujuk kepada panduan berikut :-

Pautan Borang Permohonan Kolej UNIKOP 2024

Untuk muat turun borang permohonan, sila klik pada pautan di bawah:

Download Borang Manual (PDF)

NOTA: Borang juga boleh didapati di laman web rasmi UNIKOP

Cara Melengkapkan Borang Permohonan Diploma Kolej UNIKOP 

Berikut dikongsikan cara-cara untuk melengkapkan borang permohonan Kolej UNIKOP :-

  1. Pastikan semua maklumat yang diminta dilengkapkan dengan tepat
  2. Pastikan anda sertakan sekali dokumen-dokumen yang diperlukan dan pastikan dokumen telah disahkan
  3. Setelah borang dan dokumen lengkap, anda boleh menghantar borang dengan :-
  • Tekan butang SUBMIT (Permohonan Online)
    • ATAU
  • Borang manual – diemel ke Info@unikop.edu.my atau hantar terus ke alamat UNIKOP

Selain permohonan secara online atau manual, Kolej UNIKOP juga ada membuat sesi temuduga permohonan yang dibuat dari masa kesemasa. Maklumat temuduga terkini adalah :-

Temuduga Kolej UNIKOP

Temuduga bagi tahun 2024 akan dikemaskini. Untuk tahun 2022, temuduga akan dibuat secara onlinedan bersemuka. Anda diwajibkan bersama ibubapa atau penjaga ketika menjalani sesi temuduga bagi tujuan proses pendaftaran, penapisan dan  kelayakan.

Anda dikehendaki untuk menghubungi pegawai khas di talian di bawah bagi tujuan temuduga atas talian :

  • 011-63883172 (En.Azman)
  • 017-303 2946 (En.Badrul)
  • 017-2939650 (En.Nabil)
  • 017-3443871 (En.Fitri)

Notis ini akan terbatal sekiranya calon pelajar gagal membuat pengesahan pendaftaran temuduga melalui aplikasi Whatsapp ke +6017 293 9650. Sila hantarkan :

  • [NAMA PENUH<jarak>NO.KAD PENGENALAN<jarak>PROGRAM YANG DIPILIH SERTA SALINAN PERCUBAAN/SPM ].

Amaran : Jika maklumat yang diberikan tidak benar/ palsu, pihak UNIKOP berhak untuk membatalkan temuduga serta merta.

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut merupakan dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan. Sila pastikan dokumen telah disahkan:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon, Ibu & Bapa Kandung
  2. Salinan Percubaan SPM / SPM
  3. Salinan Sijil Kelahiran Pemohon
  4. Salinan Sijil Berhenti Sekolah

NOTA: Sila kemukakan dokumen diatas melalui aplikasi Whatsapp kepada:

  • En Husainy 0165846325
  • En Hairi 0199121700

Iklan Pengambilan Kolej UNIKOP

Iklan Permohonan kemasukan Diploma Kepolisan UNIKOP boleh dirujuk di Laman Facebook Rasmi Unit Kemasukan & Rekod Unikop

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan. sila hubungi :-

  • Alamat
  • Block 3420, Persiaran Semarak Api,
    Cyber 4, 63000 Cyberjaya, Malaysia
    Email : info@unikop.edu.myNo. Tel.+603 6186 7936
  • Laman Web Rasmi : unikop.edu.my

Semoga perkongsian maklumat berkaitan Permohonan Diploma Kolej UNIKOP 2023 ini dapat memudahkan urusan anda. Semoga berjaya.

Tinggalkan Balasan