Soalan Lazim Permohonan SBP 2024 (FAQ)

Pasti ramai pelajar (pemohon) dan ibu bapa yang ingin mengetahui lebih lanjut maklumat permohonan pengambilan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ambilan tahun 2024 untuk Tingkatan 1 dan 4. Berikut dikongsikan Soalan Lazim Permohonan SBP 2024 atau FAQ pengambilan murid untuk ke Sekolah Berasrama Penuh.

Maklumat yang dikongsikan termasuk cara membuat permohonan SBP secara atas talian/ online, tarikh permohonan dibuka dan ditutup, syarat pemilihan murid, semakan keputusan dan e-rayuan SBP.

Soalan Lazim Permohonan SBP FAQ

FAQ Permohonan Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2024

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Soalan Lazim SBP 2024 untuk Tingkatan 1 dan 4 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan semua.

Nota :

  1. Soalan adalah berasaskan kepada IQ, EQ, SQ dan pengetahuan am.
  2. Sila bawa kad pengenalan pemohon dan Slip Menduduki Ujian yang dicetak dari laman sesawang semakan

Soalan Lazim Permohonan SBP Tingkatan 1 Dan 4 2024

1. Bagaimanakah cara untuk memohon ke SBP?

  • Permohonan ke SBP boleh dibuat secara on-line sepenuhnya melalui laman sesawang single entry point kemasukan ke sekolah-sekolah khusus berikut:
    Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/
    Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my/

2. Siapakah yang boleh memohon?

  • Murid Tahun Enam 2023 yang didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
  • Murid Tingkatan Tiga 2023 yang didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
  • SBP hanya menawarkan intake ke Tingkatan Satu dan Empat sahaja.

3. Bilakah permohonan SBP mula dibuka? Soalan Lazim Permohonan SBP

  • Permohonan ke Tingkatan 1 SBP : 1 Ogos 2023 hingga 17 September 2023
  • Permohonan ke Tingkatan 4 SBP : 1 Ogos 2023 hingga 17 September 2023

4. Bagaimana cara untuk akses sistem permohonan?

  • Pemohon hanya perlu memasukkan nombor mykid/mykad dan nombor mykad penjaga utama untuk mengakses sistem.

5. Sekiranya akses disekat, apa yang perlu dilakukan?

  • Pemohon perlu merujuk pihak sekolah untuk mengemaskini maklumat dalam APDM.
  • Sebarang perubahan maklumat yang sedia tertera di dalam sistem permohonan bolehlah dibuat menerusi APDM juga

6. Apakah syarat pemilihan murid ke SBP?

Pemilihan Murid Tingkatan 1:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
  3. Mencapai aras toleransi PKSK.
  4. Cemerlang akademik.
  5. Aktif dalam kokurikulum.

Pemilihan Murid Ke Tingkatan 4:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
  3. Mencapai aras toleransi PKSK
  4. Cemerlang akademik.
  5. Aktif dalam kokurikulum.

7. a) Bagaimana cara untuk memohon ke SBP yang menawarkan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (TMUA – Tahfiz Model Ulul Albab)?

  • Calon masih perlu mengisi permohonan secara online.

b) Apakah syarat untuk terpilih ke SBP KBT (TMUA)?

  • Calon yang memenuhi syarat-syarat pemilihan ke Tingkatan Satu dan memperoleh pencapaian yang baik bagi Quran dan Jawi layak dipertimbangkan. Calon yang telah dikenalpasti ini akan dipanggil untuk ditemuduga.

8. Selepas cetakan, beberapa kesalahan maklumat didapati dalam permohonan. Apa yang perlu dilakukan?

  • Pemohon masih boleh mengemaskini permohonan sehingga tarikh akhir tutup permohonan. Tiada had dalam proses kemaskini. Hanya cetakan terakhir pemohon yang diperakukan secara atas talian dipertimbangkan sebagai permohonan yang sah.

9. Adakah pemohon perlu sertakan salinan sijil sebagai bukti mengesahkan penglibatan dalam Kokurikulum?

  • Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan sijil tersebut kepada BPSBP kerana maklumat penglibatan murid di dalam aktiviti Kokurikulum akan diselaraskan dengan Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia (BSKK, KPM).

Sumber : Maklumat Permohonan SBP 2024

Soalan Lazim

Berikut adalah soalan lazim bagi tahun 2024 untuk rujukan

10. a) Apakah yang dimaksudkan dengan Ujian Kelayakan SBP?

  • Pentaksiran Kemasukan SK adalah satu mekanisme saringan yang dilaksanakan kepada semua murid yang berjaya memohon sebagai salah satu syarat kemasukan ke SBP Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan 4 (Empat). Pentaksiran akan dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan. Tiada ulangan akan dilaksanakan sekiranya pemohon gagal untuk menduduki ujian tersebut.

b) Apakah kesan Pentaksiran kepada peluang murid untuk ditawarkan ke SBP?

  • Ianya merupakan salah satu syarat utama kemasukan ke SBP.

c) Adakah murid yang tidak berjaya/ tidak menduduki Pentaksiran masih berpeluang untuk ditawarkan ke SBP?

  • Murid yang tidak menduduki tidak akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP

d) Bagaimanakah cara untuk menyemak keputusan kelayakan menduduki Pentaksiran?

  • Semua murid yang telah membuat permohonan boleh menyemak tarikh, masa dan pusat Pentaksiran yang ditetapkan melalui laman sesawang (seperti perkara 1) bermula 25 September hingga 27 Oktober 2023 bagi Tingkatan 1 (Satu) dan 25 September hingga 13 Oktober 2023 bagi Tingkatan 4 (Empat)

e) Dimanakah dan bilakah Pentaksiran akan dijalankan?

  • Bagi Tingkatan 1 (Satu) akan dijalankan secara serentak di semua pusat yang telah ditetapkan pada 16 hingga 27 Oktober 2023
  • Bagi Tingkatan 4 (Empat) pula akan dilaksanakan secara serentak di semua pusat yang telah ditetapkan pada 2 hingga 13 Oktober 2023

Tarikh Semakan Keputusan SBP 2024

11. Bilakah keputusan pemilihan dan penempatan ke SBP dapat diketahui?

  • Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Satu SBP diumumkan selewat-lewatnya 1 Mac 2024.
  • Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Empat SBP diumumkan selewat-lewatnya 1 Mac 2024.

Rayuan SBP

12. Adakah murid yang tidak memohon pada tarikh yang ditetapkan masih berpeluang ke SBP?

  • Tidak

13. Bilakah e-Rayuan dibuka?

  • e-Rayuan mula dibuka pada tarikh pengumuman tawaran keputusan ke SBP ambilan pertama.

14. Bagaimanakah mengisi permohonan e-Rayuan secara online dan cara menyemak e-Rayuan?

Calon yang telah membuat permohonan dalam talian tetapi Tidak Berjaya dan calon yang tidak pernah membuat permohonan dalam talian tetapi ingin memohon:

  1. Masuk ke laman sesawang seperti perkara 1
  2. Klik semakan ke SBP Tingkatan 1 atau Tingkatan 4
  3. Masukkan no. MyKid/MyKad sendiri beserta nombor MyKad penjaga utama
  4. Perubahan maklumat boleh dilakukan
  5. Klik pada e-rayuan.
  6. Hantar.

15. Bolehkah pemohon yang gagal mendapat tempat menukar SBP pilihan apabila membuat e-Rayuan?

  • Boleh. Walau bagaimanapun, penawaran bergantung kepada kekosongan tempat.

Cara Semakan Keputusan SBP 2024 (Soalan Lazim Permohonan SBP)

16. Bagaimanakah semakan keputusan ke SBP boleh dibuat?

Semakan boleh dibuat melalui :

  1. Laman sesawang KPM; seperti perkara 1
  2. Talian hotline BPSBPSK : 03-8321 7400

17. Apa yang perlu dibuat sekiranya murid berjaya mendapat tempat di SBP?

  1. Murid yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan.
  2. Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran.
  3. Sekiranya maklumat tidak lengkap/ tidak benar, pihak sekolah berhak untuk tidak mendaftarkan/ menolak pendaftaran tersebut.

18. Apabila semakan status keputusan permohonan ke SBP dilakukan, mesej yang tertera menyatakan rekod permohonan tiada dalam sistem. Mengapakah perkara ini berlaku?

  • Setiap permohonan perlu ‘Klik’ Sah & Hantar supaya dapat disimpan di dalam sistem. Cetakan perlu dibuat sebagai rujukan pemohon.

19. Adakah pertukaran murid antara SBP dibenarkan?

  • Tawaran ini adalah muktamad. Sebarang permohonan untuk bertukar ke Sekolah Berasrama Penuh lain tidak akan dipertimbangkan.

20. Bolehkah murid menukar pakej mata pelajaran?

  • Sebarang pertukaran aliran mata pelajaran yang ditawarkan tidak akan dipertimbangkan.

21. Bilakah tarikh pendaftaran ke SBP?

  • Murid perlu mendaftar dalam masa 7 hari dari tarikh yang dinyatakan dalam surat tawaran. Tawaran akan terbatal sekiranya murid tidak mendaftar dalam masa yang ditetapkan.

22. Benarkah seorang murid hanya ditawarkan satu tempat sahaja sama ada SBP atau mana-mana sekolah khusus??

  • Benar

23. Benarkah seorang murid yang ditawarkan ke SBP atau mana-mana sekolah khusus jika didapati memalsukan apa-apa sahaja maklumat termasuk laporan perubatan, maka tawaran kemasukan akan terbatal serta merta?

  • Benar

23. Apakah pakej mata pelajaran dan aliran yang ditawarkan di SBP?

  • a. Mata pelajaran yang ditawarkan kepada murid Tingkatan Satu SBP
  • b. Pakej aliran mata pelajaran yang ditawarkan kepada murid Tingkatan Empat SBP

Sumber FAQ SBP

Selamat membuat permohonan ke SBP 2024 Tingkatan 1 dan 4 secara online. Semoga maklumat Soalan Lazim Permohonan SBP 2024 (FAQ) ini boleh dijadikan panduan buat para pelajar.

Rel : 1 bagaimanakah cara untuk akses sistem permohonan,

Tinggalkan Balasan