Syarat Kemasukan MRSM Terkini (Maktab Rendah Sains MARA)

Pasti ramai yang ingin tahu apakah Syarat kelayakan masuk ke Tingkatan 1 dan 4 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ? Berikut dikongsikan Syarat Kemasukan MRSM Terkini meliputi syarat Umum Dan Akademik untuk panduan para pemohon dan pelajar.

Syarat kelayakan kemasukan adalah untuk sesi pengambilan tahun 2024 yang dibuka pada bulan September 2023. Antara syarat yang dikongsikan adalah syarat umum dan syarat kelayakan akademik. Umum sedia maklum yang MRSM adalah di antara sekolah terbaik di Malaysia selain Sekolah Berasrama Penuh dan SBT.

Syarat Kemasukan MRSM

Syarat Kelayakan Umum Dan Akademik Kemasukan Ke MRSM Sesi 2024

Pelajar Tahun 6 (UPSR) dan Tingkatan 3 (PT3) adalah dinasihatkan untuk merujuk lepada syarat kelayakan memasuki MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sebelum memohon.

Syarat Masuk MRSM Terkini

Kepada pelajar yang berminat untuk memasuki MRSM, berikut adalah Syarat Terkini untuk panduan pelajar semua.

Pemohon hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Memiliki sikap diri yang positif
  2. Tahap kesihatan yang baik dan mampu menjalani program kecerdasan fizikal
  3. Pelajar bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian dan mematuhi arahan serta peraturan dengan penuh disiplin.

Syarat Umum MRSM

Antara syarat umum yang perlu dilepasi oleh pemohon sebelum membuat application ke MRSM Tingkatan 1 dan 4 2024 secara online adalah seperti berikut :-

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia
  2. Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia
  3. Pemohon perlu mengisi borang online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
  4. Calon sihat tubuh badan, bebas daripada masalah mental, penyakit kronik sepert masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan – epilepsy dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan, membataskan serta menyukarkan pelaksanaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum
  5. Calon lahir pada 2 Jan 2011 hingga 1 Jan 2012 bagi calon Tingkatan 1 2024 atau lahir pada 2 Jan 2008 hingga 1 Jan 2009 bagi calon Tingkatan 4 2024
  6. Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA
  7. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

Bermula ambilan tahun 2021, calon diwajibkan untuk menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM). Ia melibatkan subjek Matematik, Sains, Bahasa Inggeris  dan Ujian Keperibadian. Pemohon program Ulul Albab diwajibkan untuk menduduki Ujian Hafazan sebagai syarat tambahan.

Pemohon perlu lulus empat UKKM bagi melayakkan diri ke MRSM yang dimohon. Keutamaan akan diberikan kepada golongan pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

Syarat Khusus Tingkatan 1 2024 MRSM

Berikut adalah syarat khusus kemasukan Tingkatan 1 MRSM meliputi syarat kelayakan akademik :-

  1. Calon mestilah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang.
  2. Aktif kegiatan kokurikulum dan bersedia mengikuti pelbagai program yang dianjurkan.
  3. Keutamaan diberi kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah

Syarat Kelayakan Akademik Tingkatan 4 2024

  1. Calon mestilah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang.
  2. Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  3. Keutamaan diberi kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah

Nota Penting

Menurut FAQ Pengambilan pelajar SBP tahun 2020,

  • Setiap calon boleh menerima tawaran kemasukan sama ada dari KPM atau MARA. Sekiranya pemohon mendapat dua tawaran dan mendaftar di MARA, maka tawaran ke SBP adalah terbatal

Untuk maklumat lanjut berkaitan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), sila hubungi :-

Pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 3 2024 yang berminat dan memenuhi syarat kemasukan/ kelayakan yang ditetapkan. Anda boleh membuat application kemasukan MRSM Tingkatan 1 & 4 secara online di MARA.

Rel : sistem pendidikan maktab rendah, sihat tubuh badan dan mampu berdikari, sila bawa bersama salinan kad pengenalan dan salinan sijil kelahiran pemohon borang pengesahan pendapatan jika perlu borang pengesahan felda jika perlu dan slip menduduki ukkm, membuat permohonan kemasukan ke tingkatan, online dan memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah, mewajibkan calon tingkatan 1 dan tingkatan 4,

Tinggalkan Balasan