SAPS Ibu Bapa : Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Semakan Keputusan Peperiksaan Anak-Anak. Perhatian kepada ibu dan bapa yang menghantar anak di sekolah bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Satu sistem telah diperkenalkan untuk ibu dan bapa membuat semakan keputusan peperiksaan para pelajar secara online. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) NKRA untuk panduan semua.

Sistem ini membolehkan ibu bapa untuk memantau perkembangan akademik anak-anak secara mudah sama ada di sekolah rendah atau sekolah menengah. Ia akan memaparkan slip keputusan, markah peperiksaan dan kedudukan pelajar di dalam kelas masing-masing. Oleh itu, ibu dan bapa boleh merancang dan berbincang dengan anak-anak kaedah terbaik untuk meningkatkan prestasi akademik yang penting untuk masa hadapan mereka.

SAPS Ibu Bapa Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Semakan SAPS Ibu Bapa : Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Ikuti perkongsian panduan berkenaan SAPS Ibu Bapa : Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah untuk ibu, bapa dan penjaga pelajar yang ingin membuat semakan keputusan peperiksaan secara online.

Sebelum itu, berikut adalah gred pemarkahan sekolah rendah dan sekolah menengah yang selaras berdasarkan gred kebangsaan sebagai rujukan :-

1) Gred Sekolah Rendah

  • 80% – 100% : A Cemerlang
  • 65% – 79% : B Baik
  • 50% – 64% : C Memuaskan
  • 40% – 49% : D Mencapai tahap minimum
  • 0 – 39% : E Belum mencapai tahap minimum
  • TH : Tidak hadir

2) Gred Sekolah Menengah

  • 85% – 100% : A Cemerlang
  • 70% – 84% : B Kepujian
  • 60% – 69% : C Baik
  • 50% – 59% : D Memuaskan
  • 40% – 49% : E Mencapai tahap minimum
  • 0 – 39%: F Belum Mencapai tahap minimum
  • TH : Tidak hadir

3) Gred Menengah Atas

  • 90% –  100% : A+ Cemerlang Tertinggi
  • 80% – 89% : A Cemerlang Tinggi
  • 70% – 79% : A- Cemerlang
  • 65% – 69% : B+ Kepujian Tertinggi
  • 60% – 64% : B Kepujian Tinggi
  • 55% – 59% : C+ Kepujian Atas
  • 50% – 54% : C Kepujian
  • 45% – 49% : D Lulus Atas
  • 40% – 44% : E Lulus
  • 0 – 39% : G Gagal
  • TH : Tidak Hadir

Antara jenis-jenis keputusan peperiksaan yang boleh disemak menggunakan sistem SAPS ini adalah :-

  • Ujian 1
  • Peperiksaan Pertengahan Tahun
  • Ujian 2
  • Peperiksaan Akhir Tahun
  • Peperiksaan Percubaan (SPM)

Semua keputusan peperiksaan di atas akan disimpan dan pengguna boleh menyemak semua keputusan peperiksaan sekolah rendah bermula Darjah 1 hingga Darjah 6 dan sekolah menengah dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Sistem yang mengintergrasikan maklumat peperiksaan ini akan memudahkan guru untuk memuat naik dan dianalisis oleh pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan juga KPM. Guru-guru akan memasukkan (Key-In) markah para pelajar mengikut tarikh yang ditetapkan oleh KPM.

CARA MEMBUAT SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

Anda boleh membuat semakan keputusan peperiksaan menggunakan SAPS dengan langkah berikut :-

  1. Layari Portal Rasmi :-
    • SAPS (https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/)
  2. Sila masukkan nombor kad pengenalan pelajar atau sijil lahir
  3. Klik “Cari”
  4. Kemudian pilih negeri, daerah, dan nama sekolah pelajar untuk disemak
  5. Jika berjaya, satu paparan nama pelajar dan nombor kad pengenalan akan keluar
  6. Pilih tahun yang ingin disemak
  7. Pilih jenis peperiksaan
  8. Pilih Slip keputusan atau markah peperiksaan
  9. Satu paparan lengkap akan dikeluarkan mengikut pilihan anda

Keputusan peperiksaan terkini hanya akan dipaparkan selepas guru kelas dan guru matapelajaran selesai memasukkan maklumat ke dalam sistem. Guru-guru yang ingin mengakses sistem SAPS untuk memasukkan markah peperiksaan anak murid boleh layari pautan di bawah:-

SOALAN LAZIM SAPS

1) Ibu dan bapa menghadapi masalah nombor kad pengenalan pelajar tidak boleh diakses

Jika ibu dan bapa menghadapi masalah untuk mengakses SAPS, anda perlu hubingi guru krlas untuk memaklumkan masalah tersebut. Guru kelas akan menyemak nombor kad pengenalan dan dokumen sokongan serta ejaan nama yang tepat. Jika terdapat kesalahan, Guru kelas perlu mengemaskini maklumat pelajar di sistem APDM dan melaporkan masalah kepada Setiausaha Peperiksaan sekolah (SUP). Jika terdapat kesalahan ejaan nama pelajar juga perlu dimaklumkan kepada guru kelas untuk pembetulan.

2) Saya baru dilantik sebagai Setiausaha Peperiksaan yang baru. Akan tetapi, saya tidak mempunyai ID dan kata laluan.

Anda boleh dapatkan ID dan kata laluan dengan terus mendaftar di sini. Masukkan kod sekolah anda, dan ikuti arahan seterusnya yang tertera. Dapatkan kod sekolah pada pihak pengurusan sekolah anda.

3) Saya merupakan seorang Setiausaha Peperiksaan dan saya terlupa kata laluan

Sila dapatkan kembali maklumat login anda dengan kunjungi meja SAPS di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) ataupun Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

4) Saya merupakan guru kelas/ mata pelajaran, saya terlupa dan ID kata laluan

Mohon dapatkan ID anda pada Setia Usaha Peperiksaan (SUP). Bagi kata laluan yang terlupa, mohon pada Setiausaha Peperiksaan untuk reset. Kemudian login kembali dengan kata laluan sementara iaitu, 12345678. Selepas berjaya login, terus tukar kepada kata laluan yang baru.

5) Sebagai guru kelas/ mata pelajaran saya telah mengisi markah peperiksaan murid denga lengkap. Akan tetapi apabila dibuka semula, semua markah yang saya isi tadi hilang (tidak diisi pun).

Perkara ini terjadi jika bilangan murid di dalam kelas tidak sama dengan bilangan markah peperiksaan yang dimasukkan. Ini disebabkan apabila terdapat murid yang berpindah masuk ataupun keluar. Sila kemaskini bilangan murid yang sebenar.

6)  Saya mendapat notis “Kod akses atau kata laluan salah“.

Pastikan anda memasukkan kata laluan yang betul. Huruf kecil dan besar haruslah sama dengan kata laluan yang anda masukkan. Jika perkara ini berterusan, hubungi meja SAPS Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Soalan-soalan lazim yang lain boleh disemak pada:-

Maklumat lanjut

  • Sekolah masing-masing
  • Bahagian Teknologi Pendidikan KPM (BTP) : 03-8321-7000 telefon, btp@moe.gov.my emel
  •  KPM : 1800-88-7723

Semoga perkongsian berkaitan SAPS Ibu Bapa : Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah dapat membantu semua yang ingin membuat semakan keputusan peperiksaan anak.

Rel : ibu bapa menyemak keputusan peperiksaan anak anak, perkara ini disebabkan apabila terdapat murid yang berpindah masuk ataupun keluar, no kad pengenalan, saps semakan ibu bapa, aplikasi pangkalan data murid apdm, gps 0 bilangan lulus 0, sup sekolah, semak keputusan peperiksaan, kod akses atau jabatan pendidikan negeri jpn, masukkan kod akses atau jabatan pendidikan negeri jpn untuk, pendidikan malaysia kpm untuk, sila dapatkan kembali maklumat login anda dengan kunjungi meja saps di pejabat pendidikan daerah ppd atau jabatan pendidikan negeri jpn untuk, nombor sijil lahir ataupun kad pengenalan pelajar,

Tinggalkan Balasan