Pendaftaran Tahun 1 Online Sesi 2025 / 2026 KPM & Semakan Keputusan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka pendaftaran Tahun 1 Sekolah Kebangsaan di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak bagi sesi akademik 2025/ 2026 pada 2 Mei 2024. Ibu, bapa atau penjaga yang ingin memohon penempatan bagi anak masing-masing boleh membuat permohonan secara online. Berikut dikongsikan maklumat penting Cara Daftar Murid ke Tahun 1 secara Online Sesi 2025 / 2026 KPM melalui idme.moe.gov.my untuk panduan semua.

Bermula pada sesi lepas, KPM telah menyelaras pendaftaran murid ke Tahun 1 (Darjah 1) melalui Sistem Bersepadu Modul Pengurusan Awam KPM (MOiES). Permohonan secara atas talian yang mudah akan membantu pengurusan maklumat yang lebih tepat dan terperinci dalam penapisan calon-calon yang akan berjaya. Justeru itu, pastikan proses pendaftaran dilakukan dengan tepat dan lengkap dengan dokumen yang diperlukan agar permohonan penempatan ke tahun satu berjaya.

pendaftaran tahun satu kpm online idme

Cara Daftar Murid Ke Tahun 1 Secara Online Sesi 2025 / 2026 KPM (idme.moe.gov.my)

Di bawah dikongsikan maklumat berkaitan Pendaftaran Tahun 1 Online Sesi 2025 / 2026 KPM (idme.moe.gov.my) buat rujukan ibu bapa atau penjaga murid.

Ianya meliputi syarat kelayakan, tarikh permohonan, cara daftar, cara untuk semak permohonan dan kaedah rayuan penempatan ke tahun satu untuk makluman semua.

Syarat Kelayakan Tahun 1 KPM

Pendaftaran Murid ke Tahun Satu (1) KPM bagi sesi akademik 2025/2026 hanya dibuka kepada :-

  • Kanak-kanak warganegara Malaysia
  • Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2018 sehingga 1 Januari 2019

TARIKH PENDAFTARAN TAHUN 1

DibukaDitutup
2 Mei 2024
30 Jun 2024
*Permohonan

Cara Mendaftar Tahun 1 KPM

Kepada ibu, bapa atau penjaga yang ingin mendaftar masuk anak-anak ke tahun satu sekolah di bawah kelolaan KPM, sila ikuti langkah-langkah seperti berikut :-

  1. Buka laman sesawang rasmi pendaftaran KPM
  2. Klik Daftar Masuk
  3. Isi maklumat-maklumat pada ruangan yang disediakan dengan tepat dan klik Daftar
  4. Selepas pendaftaran sistem berjaya, log masuk ke dalam sistem iDME
  5. Satu kata kunci telah dihantar ke emel, masukkan kata kunci tersebut dan taip kata laluan seterusnya klik daftar masuk
  6. Pilih bahagian Aplikasi dan klik Modul Pengurusan Awam
  7. Pilih Pengurusan Profil dan isi maklumat yang diperlukan seperti maklumat peribadi, maklumat pasangan dan maklumat anak di bawah jagaan
  8. Klik Simpan dan buka bahagian maklumat anak jagaan, klik pada setiap nama anak untuk mengemaskini maklumat anak secara terperinci
  9. Pilih Permohonan Kemasukan dan klik pada tulisan biru
  10. Klik Mohon dan OK sekiranya pemohon memenuhi syarat-syarat yang dipaparkan
  11. Pilih Sekolah berdasarkan alamat tempat tinggal yang didaftarkan dan klik Seterusnya
  12. Sila muat naik dokumen yang diperlukan mengikut saiz dan format yang ditetapkan
  13. Lengkapkan ruang pengesahan permohonan dan tandakan kotak Saya Mengaku dan klik Hantar
  14. Cetak borang permohonan serta borang sokongan dan hantar ke sekolah yang dimohon

Untuk panduan yang lebih terperinci, sila buka pautan :-

Di bawah adalah senarai dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan untuk mendaftar anak-anak ke tahun satu :-

  • Sijil lahir kanak-kanak yang memohon (Salinan asal beserta satu salinan)
  • Kad pengenalan ibu bapa/ penjaga (Salinan asal dan satu salinan kad pengenalan ibu dan bapa)
  • Surat nikah/ surat cerai (Salinan asal dan satu salinan)
  • Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu sebagai bukti tempat tinggal
  • Sampul surat bersaiz standard dan setem (saiz sampul surat dan harga setem berdasarkan pengurusan sekolah yang dimohon)
  • Laporan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)
  • Surat hak penjagaan/ sijil perintah mahkamah (jika berkaitan)
  • Salinan borang permohonan online

Cara Semak Status Pendaftaran (Semakan Keputusan Penempatan Murid Tahun 1)

Melalui aplikasi idme yang sama, pemohon boleh membuat semakan status pendaftaran sama ada berjaya atau tidak pada tarikh yang ditetapkan seperti berikut :-

TARIKH SEMAKAN

DibukaDitutup
1 Oktober 2024
31 Oktober 2024
*Pihak sekolah akan memberikan surat tawaran kepada murid yang berjaya dalam permohonan. Pemohon yang berjaya perlu mencetak surat penempatan dan dibawa ke sekolah semasa pendaftaran.

Perakuan Penempatan

Ibu bapa atau penjaga perlu memastikan untuk buat pengesahan penempatan dalam sistem online. Surat penempatan dan dokumen pengesahan sekolah tidak perlu dihantar secara fzikal ke sekolah tetapi dibawa semasa pendaftaran hari pertama persekolahan.

Jika pengesahan penempatan tidak boleh dilakukan atau terdapat sebarang masalah, sila hubungi sekolah yang ditempatkan untuk bantuan proses pengesahan tersebut.

Rayuan Permohonan Tahun 1 KPM

Sekiranya pendaftaran tidak berjaya, ibu bapa atau penjaga boleh membuat rayuan melalui aplikasi yang sama bermula pada 1 hingga 31 Disember 2024. Rayuan hanya boleh dibuat secara atas talian/ online dan status penempatan boleh disemak melalui sistem. Rayuan secara manual di sekolah tidak boleh dilakukan.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan cara daftar murid ke Tahun 1 Sesi persekolahan tahun 2025 / 2026 KPM (idme.moe.gov.my), sila rujuk :-

  • Soalan Lazim (FAQ) 2024/2025
  • Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
    Kementerian Pendidikan Malaysia
    Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62604 Putrajaya
  • No. Telefon : 03 – 8884 9370
  • Emel : supportidMe@moe.gov.my/ daftartahun1@moe.gov.my
  • Hubungi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sekolah yang dipohon

Diharapkan perkongsian pendaftaran tahun satu ini membantu ibu, bapa atau penjaga untuk mendaftar anak masuk ke sekolah yang diinginkan.

Rel : pejabat pendidikan daerah atau jabatan pendidikan negeri yang berhampiran, dimohon sebelum ini tidak perlu menghantar borang semula selepas membuat kemaskini, keputusan permohonan penempatan tahun 1 boleh disemak di pautan https idme.moe.gov.my, sabah sarawak dan w.p labuan, pendaftaran tahun 1 kalendar akademik sesi 2025/2026, laporan kesihatan doktor dan kad, doktor dan setem saiz sampul surat dan harga setem, mei 2024 hingga 30 jun 2024, borang persetujuan perkhidmatan kesihatan dan imunisasi,

Tinggalkan Balasan