ePrasekolah : Permohonan Prasekolah KPM 2025 / 2026 Online

Perhatian kepada ibu bapa yang ingin membuat permohonan anak ke dalam prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia KPM. Untuk makluman, permohonan Prasekolah KPM bagi sesi 2025/ 2026 dibuka secara online pada 1 Mac 2024 hingga 30 April 2024. Penawaran kemasukan pelajar eprasekolah terhad mengikut kuota yang disediakan di setiap sekolah kebangsaan.

Permohonan juga boleh dibuat secara manual di sekolah yang ingin dipohon. KPM menyediakan alternatif kepada ibu dan bapa untuk membuat permohonan secara dalam talian. Kemudahan ini selaras dengan perkembangan teknologi masa kini dan menjimatkan masa ibu dan bapa yang sibuk dengan kerjaya masing-masing.

ePrasekolah Permohonan Prasekolah KPM Online

Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah KPM 2025 / 2026 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkenaan ePrasekolah untuk panduan semua.

Rujuk tarikh permohonan, syarat-syarat kelayakan, cara memohon, cara semakan permohonan dan rayuan di bawah.

TARIKH PERMOHONAN PRASEKOLAH ONLINE

DibukaDitutup
1 Mac 2024
30 April 2024
*Permohonan secara manual boleh dibuat bermula 1 Mac 2024 hingga 31 Mei 2024.

Syarat Kelayakan Prasekolah

Terdapat dua syarat yang perlu dipatuhi untuk layak membuat permohonan kemasukan ke prasekolah KPM iaitu :-

  1. Anak yang mempunyai taraf warganegara Malaysia sahaja ( kanak kanak warganegara malaysia sahaja )
  2. Untuk kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2019 hingga 15 Januari 2021

Nota: Pemilihan murid akan dilakukan oleh pihak sekolah menerusi Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah.

Cara Mohon Kemasukan ke Prasekolah

Sekiranya, anak-anak melepasi syarat kelayakan, ibu bapa atau penjaga boleh membuat permohonan kemasukan ke praskolah bagi sesi 2025/2026 secara atas talian atau manual dengan langkah-langkah berikut:-

  1. Layari laman sesawang https eprasekolah.moe.gov.my
  2. Pengguna kali pertama perlu mendaftar terlebih dahulu
  3. Kemudian log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah dicipa semasa pendaftaran
  4. Klik Borang Permohonan
  5. Lengkapkan maklumat-maklumat yang diperlukan dengan tepat
  6. Buat permohonan secara online (Ibu, Bapa dan Penjaga yang dibenarkan sahaja untuk mengesahkan permohonan)
  7. Klik Hantar Permohonan untuk proses permohonan
  8. Cetak salinan borang permohonan dan hantar borang tersebut di sekolah yang dimohon beserta dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.

Langkah-langkah permohonan secara manual pula adalah seperti berikut :-

  1. Ibu, bapa atau penjaga yang sah boleh mendapat borang permohonan di sekolah yang ingin dimohon
  2. Lengkapkan borang dengan maklumat yang tepat
  3. Sediakan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan
  4. Hantar borang permohonan ke sekolah yang dimohon sebelum atau selewat-lewatnya pada 31 Mei 2024

Semakan Permohonan Prasekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia melalui laman permohonan ke prasekolah telah mengumumkan tarikh untuk membuat semakan Prasekolah pada ketetapan berikut:-

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN

DibukaDitutup
5 Ogos 2024
20 Ogos 2024
*Tarikh semakan tertakluk kepada sebarang pindaan oleh KPM

Semakan penempatan di prasekolah boleh dibuat di portal rasmi ePrasekolah seperti di dalam pautan di atas. Tarikh semakan tertakluk kepada sebarang pindaan daripada KPM. Tahniah diucapkan kepada calon yang berjaya diterima penempatan untuk kemasukan ke prasekolah KPM Sesi akademik 2025/2026

Cara Mohon Rayuan Prasekolah

Sekiranya permohonan tidak berjaya, permohonan rayuan boleh dibuat oleh ibu, bapa atau penjaga melalui portal eprasekolah dalam tempoh dua minggu selepas keputusan diumumkan.

Rayuan permohonan boleh dibuat pada 5 Ogos 2024 hingga 20 Ogos 2024 dengan cara seperti berikut :-

  1. Layari laman sesawang ePrasekolah
  2. Log masuk dan pastikan menggunakan id pengguna dan kata laluan yang sama digunakan untuk membuat permohonan sebelum ini
  3. Ibu, bapa atau penajga juga boleh membuat rayuan secara manual di sekolah, PPD/ PPW atau jabatan pendidikan negeri masing-masing
  4. Rayuan boleh disemak secara online pada tarikh yang akan dikemaskini
  5. Manakala rayuan secara manual akan dimaklumkan keputusan oleh pihak sekolah sekiranya rayuan berjaya

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan ePrasekolah : Permohonan Prasekolah KPM 2025 / 2026 Online, ibu, bapa atau penjaga boleh merujuk atau hubungi :-

Rel : bapa penjaga yang mengemukakan, jabatan pendidikan negeri jpn bagi negeri, dimohon atau pejabat pendidikan, tertakluk kepada pindaan, negeri yang tiada ppd, kanak warganegara malaysia sahaja, pejabat pendidikan daerah ppd,

Tinggalkan Balasan