Permohonan Perajurit Muda TLDM 2025 Online

Anda berminat untuk berkhidmat di Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) atau Navy Malaysia? Berikut dikongsikan maklumat Pengambilan jawatan kosong di TLDM terkini iaitu Permohonan Perajurit Muda TLDM 2025 Online (Siri 230/ 25) yang perlu dibuat secara atas talian. Juga dikongsikan maklumat tarikh pemilihan perajurit muda tldm dan lokasi pemilihan awal TLDM.

Menerusi makluman rasmi Facebook Tentera Laut DiRaja Malaysia, adalah dimaklumkan bahawa Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ingin mempelawa Warganegara Malaysia lelaki dan wanita yang berkelayakan dan berminat, bujang serta sihat tubuh badan untuk membuat permohonan Pengambilan Perajurit Muda (Ptm) TLDM Siri 230/25 Bagi Lepasan SPM/SVM (Lelaki Dan Wanita) Dan Lepasan Diploma Kejuruteraan (Lelaki).

Permohonan Perajurit Muda TLDM Online Pemilihan Awal

Permohonan Perajurit Muda TLDM 2025 Siri 230/25 Secara Online (Tentera Laut DiRaja Malaysia)

TERKINI : Pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 230/25 Kini Dibuka Bagi Lepasan SPM/SVM (Lelaki & Wanita) dan lepasan Diploma Kejuruteraan (Lelaki).

Peluang jadi anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terbuka buat lepasan Diploma dan SPM! Jangan lepaskan peluang ini, permohonan dibuka dari:

  • Tarikh Buka : 1 Mei 2025
  • Tarikh tutup : 31 Mei 2025

Maklumat lanjut, sila rujuk iklan di pautan berikut :-

Proses Permohonan Secara Atas Talian

1. Pendaftaran permohonan boleh dibuat dengan pemohon perlu mengimbas kod QR untuk syarat kelayakan atau layari www.navy.mil.my dan masuk ke pautan Perkhidmatan untuk mendaftar borang permohonan.

2. Pemohon perlu melengkapkan maklumat di dalam borang permohonan dengan tepat.

3. Butiran permohonan akan disemak dan diproses oleh Sel Pengambilan TLDM

4. Pemohon yang berjaya/gagal akan diberitahu melalui Emel selepas tapisan pada Jun 2025

5. Pemohon perlu melapor diri ke pusat pemilihan mengikut lokasi yang dipilih

6. Pemohon perlu mendaftar hanya sekali sahaja

Syarat Kelayakan Perajurit Muda TLDM

Untuk membuat Permohonan Laskar Muda TLDM 2025, anda perlu memenuhi syarat kelayakan berikut:

Syarat Kelayakan Umum

  1. Lelaki dan wanita warganegara Malaysia
  2. Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 1 Disember 2025
  3. Lepasan SPM/ SVM : Lelaki & Wanita
  4. Lepasan Diploma Kejuruteraan dari Politeknik/ Universiti Awam/ Swasta : Lelaki sahaja
  5. Taraf perkahwinan bujang (tidak pernah berkahwin)
  6. Pemohon mestilah bebas daripada sebarang kes jenayah/ dadah/ juvana

Syarat Kelayakan Akademik

  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
    • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam Sejarah
    • Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
  2. Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
    • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
  3. Diploma
    • Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan kepujian dalam Bahasa Melayu
    • Pemohon perlu mengemukakan sijil diploma, transkrip dan sijil perakuan akreditasi
    • Diploma yang diiktiraf oleh MQA adalah seperti berikut :-

tldm diploma

Syarat Taraf Kesihatan

  1. Sihat tubuh badan, penglihatan dan pendengaran berada dalam keadaan baik tanpa memakai alat bantuan
  2. Penglihatan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna
  3. Beza Ukuran Dada Pernafasan : 5sm (Lelaki) dan 4sm (Wanita)
  4. Berat badan minima 47.5 kg (Lelaki) dan 46.5 kg (Wanita)
  5. Tinggi sekurang-kurangnya 1.62 meter (Lelaki) dan 1.60 meter (Wanita)
    • Cara pengiraan: BMI = Berat (kg) / [Tinggi(meter) x Tinggi(meter)]
  6. Body Mass Index (BMI) di antara 18 – 25 (Lelaki) dan 18 – 23 (Wanita)

Taraf kokurikulum

  1. Pemohon yang mempunyai sijil kokurikulum, kecemerlangan dalam bidang sukan dan mempunyai kemahiran berenang akan diberi keutamaan
  2. Keutamaan juga diberikan terhadap atlit yang sedang aktif mewakili negeri atau negara dalam kejohanan sukan tertentu yang diiktiraf

Gaji/ Elaun/ Keistimewaan Perajurit Muda TLDM

Maklumat gaji, elaun dan keistimewaan Perajurit Muda TLDM adalah seperti berikut:

Gaji Permulaan: 

  • Latihan Perajurit Muda (6 bulan) : RM 1,925.00
  • Kelulusan SPM/SVM/SKM : RM 2,035.00
  • Kelulusan SPM dan SKM Tahap 2 : RM 2,107.00
  • Kelulusan SPM dan SKM Tahap 3 : RM 2,179.00
  • Kelulusan Diploma Kejuruteraan (Tugas Khusus) : RM 2,539.00

Kenaikan Tahunan – Kenaikan gaji tahunan yang tetap mengikut pangkat
*Jumlah Gaji Termasuk Elaun Khidmat sebanyak RM115 dan Bayaran Insentif Khas ATM sebanyak RM200

Bayaran Elaun Dan Insentif

Bayaran elaun dan insentif (tertakluk kepada syarat dan kelayakan) adalah seperti berikut:

  1. Elaun Khas Pasukan Khas Laut
  2. Elaun Krew Kapal Selam
  3. Bayaran Insentif Sabah / Sarawak / Semenanjung
  4. Tuntutan Perjalanan dari Rumah ke Tempat Bertugas
  5. Tuntutan Cuti Tahunan

Keistimewaan

Perajurit Muda TLDM akan mendapat keistimewaan seperti di bawah:

  1. Rawatan Perubatan Dan Pergigian
  2. Pakaian Seragam
  3. Waran Perjalanan Tahunan
  4. Sajian Dan Tempat Tinggal Bagi Yang Bujang
  5. Caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera
  6. Peluang Melanjutkan Pengajian Melalui Skim Pengajian Tinggi

tldm

𝐒emakan Keputusan Pendaftaran Permohonan Perajurit Muda TLDM

1. Pemohon boleh melayari laman sesawang http://www.navy.mil.my dan masuk ke pautan Perkhidmatan/Semakan Pengambilan Perajurit Muda TLDM atau terus ke http://www.navy.mil.my/pengambilanllp/. Pemohon yang layak dikehendaki membuat persediaan sewajarnya dan hadir ke lokasi pemilihan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
2. Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung terus dengan Sel Pengambilan TLDM di talian 019-2104163 pada waktu bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang atau Emel ke pengambilantldm@navy.mil.my.
3. Keputusan yang dibuat oleh pihak TLDM adalah muktamad.

4. Pemohon yang berjaya/gagal akan diberitahu melalui emel selepas tapisan pada Jun 2025.

Pengambilan Terdahulu : Dikongsikan dari Portal Rasmi TLDM, berikut dikongsikan maklumat pengambilan Perajurit Muda TLDM. Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dengan ini mempelawa belia dan beliawanis tanah air yang berminat untuk berkhidmat sebagai anggota Lain-lain pangkat melalui pengambilan TLDM.

Info

  • Pengambilan : Perajurit Muda TLDM Siri 229/25
  • Iklan Permohonan Rujuk FB TLDM

Tarikh Dan Lokasi Pemilihan Awal Perajurit Muda TLDM

Berikut dikongsikan maklumat Pengambilan Perajurit Muda Tentera Laut DiRaja Malaysia tahun 2024 yang memaparkan maklumat seperti tarikh dan masa, zon dan lokasi pusat pemilihan setiap zon. Maklumat bagi tahun 2025 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sila hadir ke pusat-pusat Pemilihan Perajurit Muda TLDM lebih awal pada tarikh yang telah ditetapkan di mana masa Pendaftaran adalah pada jam 8.00 pagi sehingga 8.30 pagi. Pakaian semasa temuduga adalah seperti berikut :-

  • Pakaian sukan dan berkasut sukan

Pusat Pemilihan Perajurit Muda TLDM Tahun 2024

Berikut adalah senarai pusat pemilihan yang memaparkan tarikh, hari, lokasi dan pusat pemilihan.

1) Zon Utara

  • 18 April 2024 : Kolej Tentera Udara Alor Setar
  • 21 April 2024 : SKTLDM Sitiawan

2) Zon Pantai Timur

  • 18 April 2024 : MSS Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu
  • 21 April 2024 : Pangkalan TLDM Tanjung Gelang Kuantan

3) Zon Tengah

  • 24 April 2024 : KD Sri Gombak

4) Zon Selatan

  • 24 April 2024 : Pangkalan TLDM Johor Bahru

5) Zon Sarawak

  • 10 Mei 2024 : RNO, Kuching, Kuching Sarawak

6) Zon Sabah

  • 30 April 2024 : Dewan Azim RK Taman Samudera Batu 5, Sandakan, Sabah
  • 3 Mei 2024 : KD Sri Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah
  • 7 Mei 2024 : KD Sri Tawau

Nota

Tiada permohonan secara online. Hanya calon yang walk in serta memenuhi syarat yang telah dinyatakan sahaja berpeluang dipilih ke pemilihan.

Cara Hubungi TLDM

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

  • Markas Tentera Laut
    Cawangan Strategi Dan Perkhidmatan Sumber Manusia – Khidmat Bantuan
    Wisma Pertahanan
    Jalan Padang Tembak,
    50634 KUALA LUMPUR
    (Untuk Perhatian: Sel Pengambilan LLP)
    Telefon: 019-2104163
    Emel: pengambilantldm@navy.mil.my
    Laman Web: www.navy.mil.my

Selamat membuat Permohonan Perajurit Muda TLDM 2025 siri 230/ 25 Online kepada mereka yang berminat dan berkelayakan. Semoga anda berjaya dalam permohonan kali ini.

Tinggalkan Balasan