Laluan Menjadi Jururawat Untuk Lepasan SPM

Laluan Menjadi Jururawat/ Nurse. Adakah anda berminat untuk menjadi seorang jururawat yang berkhidmat untuk institusi kesihatan awam mahupun swasta di Malaysia? Sekiranya ya, anda berpeluang besar untuk melanjutkan pelajaran sebagai seorang jururawat selepas tamat mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Hal ini kerana ia merupakan syarat minima untuk seseorang layak melanjutkan pelajaran ke mana-mana institusi yang menawarkan kursus terbabit.

Terdapat empat laluan yang anda boleh ikuti untuk menjadi seorang jururawat yang bertauliah di Malaysia samada sebagai penjawat awam ataupun swasta. Jika anda ingin menjadi jururawat di hospital atau klinik awam maka anda perlu melalui Suruhanjaya Penjawat Awam (SPA) yang menjadi rebutan orang ramai. Tetapi, terdapat juga peluang lain seperti melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM), hospital dan juga kolej-kolej swasta. Maka, pilih laluan yang sesuai dengan kemampuan anda.

Laluan Menjadi Jururawat

Laluan Menjadi Jururawat/ Nurse Untuk Lepasan SPM

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan ntuk lepasan SPM yang berminat mengikuti kerjaya sevagai nurse merangkumi syarat dan cara-caranya untuk panduan orang ramai.

Syarat Khas Lembaga Jururawat Malaysia

Lembaga Jururawat Malaysia telah menetapkan syarat umum bagi sesiapa yang berminat untuk mendpaatkan sijil kejururawatan di Malaysia. Syarat-syarat cara jadi nurse adalah seperti berikut:

  1. Sihat tubuh badan dan disahkan oleh Pegawai Perubatan Berdaftar.
  2. Pemohon atau pelajar yang mempunyai masalah HIV/ AIDS, Hepatitis B atau C, kesihatan mental, Epilepsi dan sebarang penyakit kronik yang lain Tidak Boleh diterima masuk ke sdalam program kejururawatan.
  3. Pemohon atau pelajar mestilah tiada sebarang kekurangan pada fizikal atau gangguan pancaindera yang boleh menyebabkan kesukaran melaksanakan perawatan kejururawatan.

Cara-Cara Untuk Menjadi Seorang Jururawat 

Di bawah adalah empat laluan yang anda boleh dapatkan sebagai peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang kejururawatan. Pastikan anda membuat permohonan pada tempoh yang diberikan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

i) Melalui Kementerian Kesihatan Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merupakan agensi kerajaan yang mengendalikan industri kesihatan awam di Malaysia khususnya hospital-hospital besar dan klink kesihatan di seluruh negara. Oleh itu, KKM memerlukan jumlah jururawat yang ramai bagi menampung keperluan kesihatan awam.

Pada setiap tahun, SPA akan membuka peluang kepada mereka yang berkelayakan untuk memohon (cara jadi nurse) melalui aplikasi berikut:

  • Portal Rasmi SPA9
    • Anda perlu mendaftar dan tunggu permohonan ke Latihan Separa Perubatan (Jururawat) dibuka
    • Calon dekehndaki melalui temuduga sebelum ditapis untuk menyertai latihan yang disediakan

Mereka yang layak akan mengikuti latihan selama empat tahun sebelum boleh berkhidmat secara rasmi kepada masyarakat dan dilantik secara tetap di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

ii) Mohon Melalui UA Terpilih

Selain itu, anda boleh membuat permohonan (cara jadi nurse) untuk melanjutkan pelajaran ke dalam bidang kejururawatan yang ditawarkan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Antara IPTA yang menawarkan diploma kejururawatan adalah UiTM Pulau Pinang, UiTM Sarawak dan UniSZA. Anda boleh buat permohonan melalui:

Universiti Sains Malaysia dan Universiti Malaya juga menawarkan diploma dalam bidang kejururawatan dan boleh dimohon pada pautan berikut:

iii) Tawaran Daripada IPTS

Pada masa yang sama, Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan hospital swasta juga membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk mengikuti pengajian mereka (cara jadi nurse). Anda boleh terus layari laman web mereka dan mohon pada tempoh permohonan dibuka. Antara IPTS yang menawarkan pengajian kejururawatan adalah:

  1. KPJ Healthcare University College
  2. UNIKL Royal College of Medical Perak 
  3. MSU
  4. Segi University and College
  5. Kolej Poly Tech MARA (KPTM)

Terdapat banyak kolej dan universiti yang menawarkan diploma yang berkaitan kejururawatan. Oleh itu, anda boleh menyemak kelayakan program pengajian yang ditawarkan melepasi syarat yang ditetapkan oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) atau tidak kerana ia menentukan kesahihan sijil kejururawatan anda. Semakan MQA boleh dibuat

iv) Melalui Angkatan Tentera Malaysia

Akhir sekali, peluang untuk menjadi jururawat (cara jadi nurse) boleh diteruskan melalui permohonan menjadi seorang anggota tentera di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Jika permohonan untuk menjadi seorang perajurit muda berjaya, anda perlu melalui latihan ketenteraan sebelum diserap masuk ke Kor Kesihatan Di Raja (KKD). Seterusnya anda akan diserap ke Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera (INSAN) untuk diploma kejururawatan. Permohonan boleh dibuat melalui :

Umum sedia maklum bahawa jururawat merupakan kerjaya yang penting kerana tugas mereka dalam membantu doktor dan juga pesakit di klinik ataupun hospital. Maka dengan niat yang baik untuk berkhidmat menjaga kesihatan orang lain adalah dianggap sebagai satu kerjaya yang mulia. Semoga perkongsian berkaitan laluan menjadi jururawat untuk lepasan SPM dapat membantu anda mengorak langkah yang terbaik untuk menjadi seorang jururawat.

Tinggalkan Balasan