Permohonan Latihan Separa Perubatan 2024 Online

Separa Perubatan adalah satu program latihan dalam bidang perubatan yang banyak dipohon oleh pelajar lepasan SPM/ Sijil. Sekiranya anda berminat dan berkelayakan, pemohon boleh membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA9 di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia. Untuk makluman, Permohonan Latihan Separa Perubatan online sesi Januari 2024 akan dibuka sehingga 24 Julai 2023, manakala sesi Julai 2024 telah dibuka sehingga 8 Januari 2024.

Latihan Separa Perubatan bertaraf Sijil dan Diploma adalah satu kursus yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk lepasan SPM yang berusia antara 17 hingga 25 tahun. Permohonan mengikuti latihan adalah dibuat dalam 2 sesi iaitu Januari dan Julai setiap tahun.

Permohonan Latihan Separa Perubatan 2019

Panduan Permohonan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Dan Sijil

Seperti yang dinyatakan, Latihan Separa Perubatan adalah program latihan selama tiga tahun bagi lepasan Diploma dan dua tahun untuk lepasan Sijil. Pelatih akan mendapat elaun bulanan dan segala kemudahan akan disediakan di Pusat Kolej Kesihatan seluruh Malaysia. Selepas tamat tempoh pengajian, pelatih Separa Perubatan akan menjalani ujian untuk kemasukan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Syarat Kelayakan Mengikuti Latihan Separa Perubatan

Menerusi iklan permohonan, berikut dikongsikan Syarat Kelayakan bagi Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma dan Sijil.

  • Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya dan Kepujian (tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
  • Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/ Sains Tulen dan Matematik.

Syarat Umur Calon

Umur para pemohon adalah seperti berikut :-

  • Calon lantikan terus mestilah berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  • Pegawai sedang bertugas untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan mestilah berusia tidak melebihi 51 tahun pada tarikh permohonan.
  • Pegawai sedang bertugas (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam atau Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan mestilah berusia 38 tahun atau kurang pada tarikh tutup permohonan.

Senarai Program Latihan Separa Perubatan Di Kolej KKM

Berikut merupakan senarai program Latihan Separa Perubatan bagi kemasukan sesi 2024 :

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

1. Jururawat
2. Jururawat (PSL)
3. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
4. Penolong Pegawai Perubatan
5. Juru X-ray (Diagnostik)
6. Jurupulih Perubatan (Fisioterapi)
7. Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
8. Penolong Pegawai Farmasi
9. Juruteknologi Makmal Perubatan
10. Juruterapi Pergigian
11. Juruteknologi Pergigian

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil

1. Pembantu Kesihatan Awam
2. Pembantu Pembedahan Pergigian

Maklumat Lanjut Iklan Permohonan Latihan Separa Perubatan 2024

Iklan Permohonan Latihan Separa Perubatan sesi Januari 2024 dan Julai 2024 boleh dirujuk pada maklumat di bawah ini. Untuk makluman, permohonan Latihan Separa Perubatan sesi Januari 2024 telah dibuka. Sebarang maklumat tarikh rasmi akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Julai 2024

Iklan latihan separa perubatan spa julai

Januari 2024

iklan latihan separa perubatan spa januari

Nota Penting Permohonan: Pemohon yang berkelayakan, mereka akan menerima surat panggilan temu duga dan ujian. Semakan pula dapat dibuat melalui Portal SPA pada bulan Oktober untuk sesi kemasukan Januari dan bulan April untuk sesi kemasukan Julai. Tempoh sahlaku permohonan untuk calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA9) adalah satu tahun. Calon perlu mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut.

Sumber: SPA

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :-

  • Setiausaha
    Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
    Bahagian Pengambilan Khas
    Aras 7, Blok C7 Kompleks C
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    60520 PUTRAJAYA
    Tel : 88856000
  • Facebook Rasmi SPA

Selamat membuat Permohonan Online Latihan Separa Perubatan tahun 2024 sesi Januari dan Julai secara online. Moga permohonan anda berjaya dan seterusnya ditawarkan latihan perubatan Diploma dan Sijil di Kolej KKM di seluruh Malaysia. Tahniah kepada mereka yang berjaya.

Tinggalkan Balasan