Permohonan PPUM 2024 Online (Program Diploma)

Permohonan Program Diploma PPUM 2024 Online. Panduan buat lepasan SPM yang berminat dalam mengikuti Program Pengajian Peringkat Diploma di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Dipetik dari Iklan Permohonan PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya), mereka yang layak adalah dipelawa untuk memohon Program Diploma PPUM 2024 Online dalam bidang kejururawatan dan perubatan. Juga diiklankan, Program Sijil Perawatan Renal.

Program pengajian yang ditawarkan untuk kemasukan ke PPUM adalah Program Diploma Kejururawatan, Diploma Radiografi dan Diploma Teknologi Makmal Perubatan.

Permohonan PPUM 2021 Online

Permohonan Kemasukan Program Diploma PPUM 2024 Online

Berikut dikongsikan maklumat dan panduan penting permohonan secara online bagi tahun 2024, Program/ kursus pengajian yang ditawarkan dalam peringkat Diploma adalah :-

  1. Diploma Kejururawatan
  2. Diploma Radiografi
  3. Diploma Teknologi Makmal Perubatan

Tempat Pengajian : Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Fakulti Perubatan Universiti Malaya

Tarikh Penting (Program Diploma)

Permohonan PPUM akan dibuka bermula dari tarikh berikut :-

  • Tarikh Buka: 11 Mac 2024
  • Tarikh Tutup: 16 Jun 2024

Tarikh pendaftaran adalah pada 1 September 2024

Syarat Am Kelayakan

Berikut adalah syarat am permohonan yang perlu dipatuhi oleh pelajar sebelum membuat permohonan:-

  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur : Berumur 18 hingga 25 tahun
  3. Jantina : Lelaki dan Perempuan
  4. Taraf Perkahwinan : Bujang
  5. Tempoh Program : 3 Tahun (Sepenuh Masa)

Syarat Kelayakan Akademik

Selain syarat am, pemohon juga perlu Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan mendapat :-

  1. (a) Kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik dan lulus mata pelajaran Sejarah, SERTA
  2. (b) Bagi Program Diploma Kejururawatan – memperolehi gred C dan ke atas dalam dua mata pelajaran dan salah satu mata pelajaran adalah Sains Teras atau Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Biologi)
  3. (c) Bagi Program Diploma Radiografi – memperolehi gred C dan ke atas dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Fizik dan Biologi)
  4. (d) Bagi Program Teknologi Makmal Perubatan – memperolehi gred C dan ke atas dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Kimia dan Biologi)

Taraf Kesihatan : Sihat fizikal dan mental serta tidak mengalami kecacatan yang menjadikannya tidak sesuai untuk mengikuti latihan.

Penajaan Pengajian

Calon-calon yang terpilih mengikuti pengajian di Pusat Perubatan Unversiti Malaya perlu memohon pinjaman/ pembiayaan daripada badan-badan yang memberikan pinjaman pengajian seperti PTPTN. Pada tahun sebelumnya, pengajian Diploma Kejururawatan adalah mendapat tajaan PPUM.

Cara Membuat Permohonan Program Diploma PPUM 2024 Secara Online

Sebelum membuat permohonan, calon perlu membeli No. Pin ID PPUM di Bank Simpanan Nasional yang berharga RM10.00 mulai 11 Mac 2024.

Berikut adalah panduan dalam membuat permohonan secara online :-

Permohonan hanya boleh dibuat secara online sahaja melalui http://spp.ummc.edu.my/ bagi calon-calon yang memenuhi kelayakan atau melalui laman web http://www.ummc.edu.my .

Borang permohonan secara online melalui http://spp.ummc.edu.my perlu diisi dengan lengkap dan maklumat yang betul. Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Maklumat lanjut boleh didapati di :

Pemohon yang memenuhi kelayakan akademik akan dihubungi oleh Pentadbiran Kolej Sains Kesihatan

PERHATIAN : Hanya calon Diploma Kejururawatan yang disenarai tapis sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga. Tiada sesi temu duga bagi calon Diploma Radiografi dan Diploma Teknologi Makmal Perubatan.

Permohonan Sijil Perawatan Renal PPUM

Program sijil ini ditawarkan secara sepenuh masa selama 6 bulan. Tempat program adalah di Kolej Sains Kesihatan, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 Mac 2023 bagi ambilan tahun 2023. Maklumat ambilan 2024 akan dikemaskini

Iklan Permohonan

Untuk maklumat lanjut, berikut adalah maklumat iklan permohonan kemasukan PPUM 2024 sebagai rujukan:-

Panduan Penting

  1. Manual Pengguna
  2. FAQ (Soalan Lazim) Permohonan Diploma PPUM

Semakan Keputusan Diploma PPUM 2023 Online

Semakan status permohonan kepada mereka yang berjaya disenarai pendek bagi sesi temuduga boleh disemak seperti tarikh dan kaedah berikut :-

  • Panggilan Temuduga : 23 Jun 2023 hingga 6 Julai 2023 (hanya untuk calon Diploma Kejururawatan)
  • Keputusan Permohonan : 25 Ogos 2023 hingga 29 Ogos 2023
  • Applilasi Semakan : Sama seperti applikasi permohonan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

  • Talian : 03-2028 7047 / 03-2028 7070 / 03-2028 7077 / 03-2028 7015 / 03-2028 7010 Dari jam 08:30 pagi hingga 5:00 petang (Isnin – Jumaat KECUALI Hari Kelepasan Am)
  • E-mel : kewpelajarksk@ummc.edu.my
  • Facebook Kolej Sains Kesihatan PPUM

Selamat membuat Permohonan. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Pusat Perubatan Universiti Malaysia.

Tinggalkan Balasan