Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40

Perhatian buat semua para pelajar lepasan SPM 2022 yang sedang mencari tajaan atau biasiswa untuk membantu menampung kos perbelanjaan pengajian di peringkat tinggi. Berita baik buat anda. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ada membuka tawaran penajaan untuk mengikuti pengajian peingkat Diploma di institusi yang dikenalpasti di bawah Program Dermasiswa B40 tahun 2023. Buat yang berminat dan berkelayakan, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 secara online di eSILA.

Program Dermasiswa B40 dilaksanakan sebagai inisiatif untuk meringankan bebanan pelajar yang tergolong dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 agar dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Fokus program ini tertumpu pada bidang TVET yang mempunyai prospek dan kebolehpasaran tinggi dalam industri.

Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 JPA

Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 JPA Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 buat rujukan semua. Antara butiran yang disertakan termasuklah syarat-syarat permohonan, cara membuat permohonan serta bidang pengajian yang tidak ditaja.

Tarikh Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40

  • 31 Julai 2023 (Tarikh Buka) : 1200 tengah hari
  • 11 Ogos 2023 dilanjutkan sehingga 13 Ogos 2023 (Tarikh Tutup) : 1200 tengah hari

Nota : Jangkaan keputusan permohonan diumumkan adalah pada 6 Oktober 2023. Keputusan akan diumumkan di laman sesawang eSILA.

Sekiranya terdapat sebarang perubahan dari segi pengumuman tarikh keputusan juga akan diumumkan di laman web yang sama.

Cara Memohon

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat permohonan:

1.Lakukan Permohonan di pautan berikut:

2. Bagi memudahkan urusan permohonan, calon boleh merujuk panduan memohon:

3. Sebarang aktiviti pendaftaran, pengemaskinian atau pemindaan maklumat permohonan boleh dilakukan sebelum tarikh tutup permohonan4.Bagi memastikan proses permohonan telah sempurna, Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2020 perlu dicetak sebagai bukti permohonan telah dilengkapkan

Institusi Yang Ditaja

Untuk tahun 2023 ini, penajaan Program Dermasiswa B40 melibatkan pengajian yang ditawarkan di institusi-institusi berikut:

  1. Universiti Awam
  2. Politeknik
  3. Institut Kemahiran Awam

Bidang Pengajian Yang Tidak Ditaja

Senarai bidang pengajian yang tidak ditaja oleh Program Dermasiswa B40 adalah seperti di bawah:

  1. Perubatan
  2. Pergigian
  3. Farmasi
  4. Pendidikan
  5. Kejururawatan
  6. Kursus profesional seperti Certified Legal Practitioner (CLP) dan Chartered Accountancy (CA)
  7. Sijil Profesional untuk perlesenan seperti lesen penerbangan (Aircraft Maintenance License)

Syarat-Syarat Umum Permohonan

Syarat-syarat umum yang perlu dipatuhi bagi calon yang berminat adalah seperti berikut:

  1. Mempunyai kewarganegaraan Malaysia
  2. Sihat tubuh badan
  3. Menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama pada tahun 2022
  4. Belum berumur 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun untuk pelajar peralihan)
  5. Ibu dan / atau bapa tidak di-blacklist (senarai hitam) oleh pihak JPA atau sedang dikenakan tindakan undang-undang oleh JPA
  6. Tidak mendapat bantuan dari segi kewangan atau tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian yang sama
  7. Pendapatan isi rumah ibu bapa atau penjaga berjumlah tidak lebih dari RM4,849.00 sebulan (kategori B40)

Syarat-Syarat Khusus 1

Syarat-syarat khusus yang perlu dipatuhi bagi calon yang menjalankan pengajian di Universiti Awam dan Politeknik adalah seperti berikut:

  1. Menduduki SPM pada tahun 2022 dan memperoleh kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah. Juga memperoleh gred C atau lebih tinggi dalam mana-mana tiga (3) subjek lain yang diambil; dan
  2. Telah mendapat tempat serta memulakan pengajian di institusi berkenaan

Syarat-Syarat Khusus 2

Buat calon yang menjalankan pengajian di Institut Kemahiran Awam (Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) / Institut Kemahiran MARA / Kolej Kemahiran Tinggi MARA / Kolej Komuniti / Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) / Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)), syarat-syarat khusus yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:

  1. Menduduki SPM pada tahun 2022 dan memperoleh kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah. Juga memperoleh gred C atau lebih tinggi dalam mana-mana satu (1) subjek lain yang diambil; dan
  2. Telah mendapat tempat serta memulakan pengajian di institusi berkenaan

Maklumat Penajaan Program Dermasiswa B40

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai program tajaan dan masalah teknikal, rujuk butiran di bawah:

Nombor Telefon

  • 03-8885 3297 mulai 31 Julai 2023 hingga 11 Ogos 2023 (hari bekerja) jam 9:00 pagi hingga jam 4:30 petang

Kemukakan Maklumbalas Melalui

Alamat

  • Bahagian Pembangunan Modal Insan
    Aras 2-4, Blok C2, Kompleks C,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62510 PUTRAJAYA

Syarat Permohonan Program Dermasiswa B40

Soalan Lazim Permohonan Program Dermasiswa B40

Laman Web Rasmi JPA

*Tarikh tutup permohonan dilanjutkan ke 13 Ogos 2023 (Ahad)

iklan dermasiswa b jpa tahun

Diharapkan agar perkongsian tentang Permohonan ini dapat membantu memudahkan urusan pengajian anda. Semoga berjaya mendapat tajaan yang dimahukan.

Tinggalkan Balasan