Permohonan Young Talent Development (YTD) 2024 Online

Perhatian buat para pelajar lepasan SPM yang baru sahaja mengambil keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah mengumumkan program penajaan pelajaran dikenali sebagai Young Talent Development Programme (YTP). Berikut adalah cara membuat Permohonan Young Talent Development (YTD) 2023 secara Online. Maklumat bagi tahun 2024 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Young Talent Development Programme (YTP) adalah sebuah program penajaan pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat atau MARA khusus bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2022 untuk menyambung pengajian bermula daripada peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah sarjana pertama di institusi yang terpilih. Permohonan dibuka secara atas talian menerusi keterangan lanjut seperti di bawah.

Permohonan Young Talent Development YTD

Permohonan Program Young Talent Development (YTD) MARA 2023 Online

Berikut dikongsikan maklumat dan panduan penting permohonan meliputi tarikh penting permohonan, cara memohon, syarat kelayakan dan maklumat lanjut bagi tahun 2023.

TARIKH PENTING

DibukaDitutup
8 Jun 2023 (Khamis) 3 petang
19 Jun 2023 (Isnin) 12 tengah hari
*Permohonan dibuka selama 12 hari seperti tarikh di atas

Syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut:

Syarat Kelayakan Umum Young Talent Development (YTD) 

  1. Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia
  2. Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA
  3. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama
  4. Lulus pemeriksaan kesihatan

Syarat Kelayakan Khusus Young Talent Development (YTD) 

  1. Pemohon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama pada tahun 2022
  2. Pemohon memenuhi SYARAT KELAYAKAN PROGRAM seperti pautan berikut:
  3. Syarat Kelayakan Program YTD

Dibawah adalah maklumat permohonan YTD bagi panduan pemohon:

PANDUAN PERMOHONAN

Layari Aplikasi Permohonan Online YTD untuk memohon

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di pautan seperti di atas mulai tarikh yang telah dinyatakan sehingga tarikh tutup
  2. Pemohon perlulah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan yang ditetapkan
  3. Ujian psikometrik secara atas talian dijalankan semasa pemohon mengisi permohonan Program YTP. Pastikan pemohon telah menduduki ujian psikometrik tersebut sebelum menghantar permohonan
  4. Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman

Maklumat Lanjut

Jika anda menghadapi sebarang masalah atau pertanyaan dalam membuat permohonan bagi sesi 2022, anda boleh rujuk pautan di bawah atau hubungi pihak MARA di:

Diharap perkongsian Permohonan Young Talent Development (YTD) bagi sesi 2023 Online dapat membantu pemohon untuk membuat permohonan dengan lancar. Semoga berjaya dan tahniah diucapkan kepada mereka yang terpilih.

Related : 05 mac 2020

Tinggalkan Balasan