Permohonan Program Penajaan Nasional & LSPM JPA 2024

Tawaran Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Bagi Mengikuti Pengajian Peringkat Persediaan Dan Ijazah Pertama Di Bawah Program Penajaan 9A+ Tahun 2024. Berita baik buat pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023. Menerusi makluman Portal Rasmi Pembangunan Modal Insan JPA, Permohonan Program Penajaan Ijazah Dalam Negara JPA 2024 secara online kini di buka. Pelajar yang berkelayakan boleh membuat permohonan pada tarikh yang akan dimaklumkan.

Program Penajaan Nasional (PPN) tahun 2024 adalah merupakan penajaan kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023 yang memperoleh keputusan A+ dalam sekurang-kurangnya sembilan (9) mata pelajaran tanpa mengambil kira gred mata pelajaran selebihnya (sekiranya ada) untuk melanjutkan pengajian ke universiti-universiti terkemuka dunia. Calon-calon akan ditawarkan penajaan secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU) untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan sehingga ke Ijazah Pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan pengiktirafan bidang.

Permohonan Program Penajaan 9A+ JPA

Permohonan Program Penajaan Nasional JPA Tahun 2024 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan dengan Permohonan Program Penajaan Nasional JPA tahun 2024 meliputi pautan borang permohonan, tarikh penting, syarat kelayakan permohonan, peringkat pengajian dan maklumat lain yang berkaitan serta akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Penajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2024

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia menawarkan penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Pertama dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di Universiti Awam sahaja.

Syarat Penajaan PIDN

Di bawah adalah syarat-syarat yang perlu dipatuhi pemohon untuk membuat permohonan penjaan yang ditawarkan:

Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia
  2. Mempunyai kesihatan yang baik
  3. Ibu dan/ atau bapa tidak tersenarai hitam atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA
  4. Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama
  5. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  6. Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan)
  7. Tidak pernah gagal atau mengulang mana-mana subjek dalam mana-mana semester sebelum membuat permohonan

Syarat Khusus

  • Bidang Farmasi
    1. Calon telah memulakan pengajian dan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) terkini sekurang-kurangnya PNGK 3.30
    2. mempunyai baki 12 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini/semasa
  • Bidang perubatan dan pergigian
    1. Memperoleh keputusan “Lulus” bagi semester terkini pengajian bagi bidang perubatan dan pergigian
    2. Mempunyai baki 12 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini/ semasa

Tarikh Permohonan

  • 29 Februari 2024 (12 tengah hari) : Dibuka
  • 7 April 2024 (12 tengah hari) : Ditutup

Cara Membuat Permohonan PIDN 2024

Pelajar yang berminat perlu mengisi profiling secara dalam talian (online) seperti pautan di bawah yang dibuka khusus kepada senarai calon yang dipaparkan dalam laman web berkenaan sahaja pada tarikh permohonan yang dinyatakan di atas.

Semakan Keputusan Penajaan

Untuk mereka yang berjaya, semakan keputusan PIDN boleh dibuat pada ketetapan berikut:

  • Tarikh : Dijangka September 2024

Peringkat Pengajian Permohonan Program Penajaan 9A+ JPA

Maklumat bagi tahun 2024 akan dikemaskini. Di bawah adalah maklumat bagi tahun 2022 sebagai panduan untuk semua.

Program Persediaan Ijazah Pertama : Pelajar-pelajar akan mengikuti kursus persediaan iaitu Program A-Level di Kolej Yayasan UEM (KYUEM) selama 24 bulan.

Ijazah Pertama : Pelajar-pelajar akan ditaja untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di 10 universiti terbaik dunia di USA dan 10 universiti terbaik dunia di UK seperti yang disenaraikan dalam THE World University Rankings, QS World University Rankings, dan / atau ARWU berdasarkan kedudukan universiti dan bidang pengajian

Sekiranya pelajar tidak menamatkan kursus persediaan atau menamatkan kursus Persediaan dengan tidak melepasi had kecemerlangan (Cut of Point) yang ditetapkan oleh Kerajaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama, penajaan pelajar akan ditamatkan.

Tarikh Penting Permohonan

  • 20 Jun 2022 (5 Petang) : Dibuka
  • 26 Jun 2022 (5 petang) : Ditutup

Syarat Penajaan

Berikut dikongsikan syarat-syarat penajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) JPA :-

Syarat Umum

  1. Calon adalah warganegara Malaysia;
  2. Mempunyai kesihatan yang baik;
  3. Ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang- undang JPA;
  4. Calon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama; dan
  5. Menduduki peperiksaan SPM 2021 buat kali pertama di manamana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta atau calon-calon persendirian; dan
  6. Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.

Syarat Khusus

Memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 9A+ bagi mata pelajaran berikut:

  • Bahasa Melayu;
  • Bahasa Inggeris;
  • Matematik;
  • Sejarah;
  • Matematik Tambahan;
  • Fizik;
  • Kimia;
  • Pendidikan Islam/ Pendidikan Al-Quran Dan Al-Sunnah/
    Pendidikan Syariah Islamiah/ Pendidikan Moral/ Usul Al-Din/ AlSyariah/ Turath Al-Quran Wa Al-Sunnah/ Turath Dirasat AlIslamiah; dan
  • Satu (1) mata pelajaran lain;DAN JIKA ADAMemperoleh minimum gred A- bagi semua mata pelajaran lain

Mekanisme Perjanjian Pinjaman

Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:

  1. Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada
    bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam
    setelah tamat pengajian;
  2. Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima
    sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC)
    setelah tamat pengajian;
  3. Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima
    sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara
    setelah tamat pengajian; dan
  4. Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar
    balik sepenuhnya nilai pinjaman

Student Assessment Centre (SAC)

Calon yang melepasi syarat akan dipanggil menghadiri SAC. Tujuan SAC adalah untuk menyediakan profil interpersonal pelajar dan menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA. Tarikh semakan dan pelaksanaan SAC adalah seperti berikut:

  • Semakan Panggilan SAC: 1 Julai 2022 (Jumaat) 
  • Pelaksanaan SAC: 4 – 7 Julai 2022 

Senarai Bidang dan Universiti Yang Ditaja

Sila rujuk lampiran 1 dalam pautan di bawah:

Semakan Keputusan Penajaan

Untuk mereka yang berjaya, semakan keputusan PPN boleh dibuat pada ketetapan berikut:

Soalan Lazim PPN 2022

Untuk mengetahui soalan lazim FAQ PPN 2022 sila rujuk pautan di bawah:

Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara (LSPM) Tahun 2022

Pelajar-pelajar akan ditaja untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan hingga ke Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Government Linked Universities (GLU) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara yang dikenalpasti, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Syarat Penajaan

Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Mempunyai kesihatan yang baik;
  3. Ibu/bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;
  4. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama;
  5. Menduduki peperiksaan SPM 2021 buat pertama kali;
  6. Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki; dan
  7. Keutamaan diberikan kepada calon daripada latar belakang keluarga
    dengan kategori pendapatan B40 dan M40.

Syarat Khusus Calon

  1. Pelajar hendaklah mendapat keputusan SPM sekurangkurangnya 9A+ dalam mana-mana mata pelajaran tanpa mengambil kira mata pelajaran selebihnya (sekiranya ada);
  2. Memulakan pengajian peringkat Persediaan sebelum 31 Disember tahun penawaran biasa.

Cara Membuat Permohonan Program (LSPM) JPA 2022 Online

Pelajar yang berminat perlu memohon secara atas talian (online) bermula 20 Jun 2022 (Isnin) hingga 26 Jun 2022 (Ahad), jam 5.00 petang. di pautan berikut:

http://esilav2.jpa.gov.my 

Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/ meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Calon juga hendaklah mencetak Slip Pengesahan Permohonan Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara Tahun 2022 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Student Assessment Centre (SAC)

Calon yang melepasi syarat akan dipanggil menghadiri SAC. Tujuan SAC adalah untuk menyediakan profil interpersonal pelajar serta menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA. Tarikh semakan dan pelaksanaan SAC adalah seperti berikut:

  • Semakan Panggilan SAC: 1 Julai 2022 (Jumaat) 
  • Pelaksanaan SAC: 4 – 7 Julai 2022 

Senarai Program dan Universiti Yang Ditaja LSPM

Sila rujuk lampiran A dan Lampiran B dalam pautan di bawah:

Semakan Keputusan Penajaan

Untuk mereka yang berjaya, semakan keputusan LSPM dijangka boleh dibuat pada ketetapan berikut:

Soalan Lazim LSPM 2022

Untuk mengetahui soalan lazim FAQ LSPM 2022 sila rujuk pautan di bawah:

Maklumat Lanjut

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 pada setiap hari bekerja mulai jam 9:00 pagi hingga jam 4:30 petang.

Iklan dan maklumat permohonan di eSila2 JPA

Selamat membuat Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2024 secara online. Tahniah kepada pelajar lepasan SPM 2023 yang berjaya mendapat tawaran penajaan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di universiti tempatan.

Tinggalkan Balasan